Why womens wear makeup?

Tuesday, May 31, 2016 EJ 0 Comments


Assalamualaikum people.

How are you. I'm fine thank you. Hahaha conversation budak sekolah tadika. Okay okay. Based on tajuk entry kali. Pernahkah anda lelaki atau perempuan tertanya-tanya kenapa wujudnya species yang suka makeup ni. Well actually aku pun termasuk species yang suka makeup. Sebelum menceburi bidang ni. Aku seorang yang anti makeup. Lipstick tu adalah musuh ketat aku. Aku geli bila pakai lipstick. Masa zaman aku. Budak-budak sekolah menengah semua dah start belajar makeup kan. Tapi ketika itu aku hanya buat donno dan meneruskan zaman kehodohan dan keselekehan aku. Jadi bila aku throwback zaman sekolah aku ada la perasaan untuk pijak muka sendiri. Lol. Hahahaha

Actually apa yang korang paham pasal makeup. Hari ni aku nak ubah persepsi orang yang tak suka makeup. Mostly lelaki la. Yang tak paham asal gf korang dok makeup berkilo kilo.

ha macam barbie ni bila takde makeup tak berseri kan. Muka pun nampak macam orang sakit. But bila dah bermakeup she looks much better right?

The answer is very simple. Okay semua orang dalam dunia ni nak lawa. Tak kisah la kau laki ke perempuan ke nyah ke transgender ke. Apa2 species sekalipun. Tapi korang mesti walaupun sekali terfikir nak lawa. Dan dalam dunia ni ada beribu manusia yang berbagai rupa. Ada putih ada hitam ada coklat sikit. Ada yang macam ternak jerawat. Ada yang kulit se flawless whiteboard dan ada species yang minyak berlebihan sehingga boleh dijadikan minyak masak. Ewww. That's disgusting. Hahaha. So manusia memang suka benda perfect. Beauty is subjective but people always pandang yang putih gebu flawless dan ramping macam kerengga tu yang lawa. Maka mereka yang dilahirkan gelap dan species muka tak flawless cuba sedaya upaya untuk menjadi lawa dgn menggunakan pelbagai teknik makeup and skincare.

So basically that is why womens wear makeup. Get it. Most people misunderstood them for being fake bla bla bla tak yakin dengan diri. Tak bersyukur dengan nikmat allah. Seriously gais?? Seriously?? Kau boleh la lahir-lahir kulit macam whiteboard tak pernah tumbuh jerawat batu. Muka putihh dari jauh orang dah nampak. Dari kecik semua suka kau. Cakap kau comel cantik bla bla. Habis tu takkan orang yang hodoh tu selamanya nak hodoh. At least they do something. Jadi tak jadi tu belakang kira. Everyone nak cantik. So please don't let them down dgn comment keji korang seperti:

"Weh dah hodoh tu hodoh la. Jangan ubah ciptaan tuhan"

"Elok kau pakai purdah terus daripada tunjuk muka hodoh kau"

"Orang yang pakai makeup ni fake. Cuba ubah diri sendiri"

"Diorang ni takde confidence sebab tu pakai makeup. Tengok aku langsung tak pakai pape. Okay je"


Masyarakat sendiri memandang yang cantik putih gebu flawless tu yang lawa kan. So they tried to be one of them. How to have confidence kalau muka tu berpimple. Masyarakat pun pandang geli. Lain la kalau ada orang puji kau ada jerawat. So then everyone is pretty when ada jerawat. So diorg pun boleh la ada confidence cause jerawat is beauty macam tahi lalat la. Pemanis la kata kau. Hahaha can you imagine that happen. So no more skin care yang merawat jerawat lagi. Sebab jerawat tu pemanis hahahahhaa. Can't imagine that. So gais. Why so judging towards orang yang try nak jadi cantik. Sedangkan definition cantik korg pun typical je kot. Kalau korang tengok barat ah kan. Mostly diorg keluar pakai makeup. Bukan sebab fake tapi sebab they want to be confident in front of people. That is!

So mostly this is why womens wear makeup :

1) Confident
2) Beauty is pain
3) Perception of society

Makeup ni sama je macam kenapa lelaki beli kereta mahal baju branded? Why? Because they want to look charming in front of gadis2. Macam tu la makeup. Makeup untuk confidence nak flirt lelaki kacak. Nak cantik tu memang fitrah perempuan. Macam lelaki suka kan kereta gadjet dan sebagainya. Perempuan suka makeup baju handbag. Allah jadikan lelaki dan perempuan berbeza fitrahnya. So do understand and stop being judging. Kita semua cantik luar dalam. Tak kisah lah warna kulit apa sekalipun. Kalau tak macam mana orang kulit gelap macam beyonce still ada manisnya. Lawa dia. So kepada yang agak gelap dan muka tak flawless jangan rasa hanya orang kulit cerah flawless je lawa. We also lawa. Aku cakap we sebab aku pun gelap dan tak flawless. Sighh~ So aku paham korang. Aku paham perasaan bila orang yang cerah pakai tudung mint nampak cantik ceria. Kita pakai dah macam indon jual sayur. I get it gais. Seriously. Haish. The truth is more painful. So aku selalu ingatkan diri aku. Apa yang orang pakai lawa tak semestinya lawa untuk aku. So how to be "lawa" tu. Kita kena cari benda yang sesuai dengan diri kita. Nak berfesyen pun jangan la terlalu drastik. Kita kena ada diri kita sambil ikut trend tu. Aku still pakai converse even banyak wanita2 yang memakai heels dan jelly shoes. Aku belum pernah pakai walau sekali. Sebab sneakers tu memang diri aku. And boots. Omg I love boots so much.

I get it why most man tak suka perempuan bermakeup. It is because of this........


I know it's horrible hahahaha. But kalau korang bercinta just because of looks then you can't married la. For sure. You expect your wife will be 24/7 cantik ke hahaha. Lepas kahwin nanti segala ayu mayu perempuan tu akan berkurang sedikit demi sedikit. We will show our true color. MUAHAHAHA. Man just be ready and don't get the culture shock soon.

So I think that's enough for today. The next entry will be about my latest trip to perhentian. Huhuhuhu I'm so excited to share my experience bila ADA MASA luls. See you soon my beloved reader. Thanks sudi baca my celoteh yang panjang lebar ni. Assalamualaikum~

0 comments:

SPM dah keluar : kemana arah tuju anda?

Tuesday, March 08, 2016 EJ 2 Comments

Salam adik adik yang sudi membaca blog ini,

(ada ke yang baca) hahahaha lol. So pada hari ni akak selaku tuan blog ni nak beri some of tips how korang nak cari course and bidang yang sesuai dengan hampa semua. Nak ambil diploma macam akak ni ke. Ambil asasi/matrik or maybe STPM. jeng jeng jeng. Mesti korang sekarang dok pikiaq nak masuk mana satu. UPU pun dah bukak. So masing-masing pun mesti menggelibas baru nak cari mana baguihh. Padan muka hangpa. Lepas spm asyik tidur je kat rumah pastu habiskan beras kat rumah. Ingat aku tak tau. Haa sekarang ni akak nak citer satu-satu biar terang hati korang nak pilih course and IPT mana.

So firstly dalam malaysia ni. Budak-budak lepas spm terutamanya budak sains akan pergi....

1) Matrik
Hello gais. Kat matrik ni korang akan hidup macam takde masa sebab kena habiskan hidup korang dengan attend kelas dari pagi sampai 4 petang. Selalunya la. Emm dan korang akan habiskan all chapter dalam masa 6 bulan. And grad dalam masa setahun. Jadi anda boleh bayangkan 1 tahun form 5 tu nak habis dalam 5-6 bulan. Senakkk..

Tetapi jangan risau. Sebab matrik adalah salah satu cara untuk singkatkan time korang daripada ambik diploma yang takes about 2-3 years. So dalam masa 1-2 tahun dalam matrik lepas tu korang boleh sambung degree.

Matrik ni pun ada 2 jenis iaitu program setahun and dua tahun. Sape tak layak untuk setahun dapat pergi program 2 tahun. Kira relaks sikit la belajar kat program 2 tahun tu.

2) Asasi
Selalunya yang pergi sini budak-budak pandai je la. Macam akak ni memang tak lepas la. SPM pun main-main hahahaha. Jadi result dia macam main-main jugak la. So kat sini pun lebih kurang macam matriks. Setahun je okay. Nak kata padat sangat boleh la. Actually tengok course jugak gais. Macam aku yang ambik dip ni pun padat weh. Kelas pagi habis petang gak. Penat aku. Tapi based on kawan-kawan aku cakap Asasi agak tough and tiring. Mohon muhasabah diri nak masuk sini.

3) Diploma
Hai geng hahaha. So sebab kat Malaysia ni IPTA still takde asasi seni or matrik course seni. Well actually ada tapi swasta dan yuran dia cekik darah. So i just close my eyes. Hahaha. So I have take a really big step in my life. Aku ambik diploma hahahaha for 3 years. Ambik kauuu. Lagi 1 and a half year nak habis. Bila nak habis ni woii. Kawan aku semua dah degree. So gais what is the greatest thing about diploma. Korang akan merasai kehidupan sebenar sebagai seorang student ipt. Di mana ada gap dan anda bebas ke mana-mana. Bebas memakai baju yang anda suka (tengok tempat and course). And ketika ini anda belajar apa yang anda suka. Banyak pilihan course.  Tapi nak habisnya masyallah. Kau akan melihat pelbagai karenah manusia dan melihat perjalanan kawan-kawan kau yang ambik matrik dah ambik degree. Jadi kau pun sering tertanya-tanya bila aku nak habis?? Tapi jangan lah menyesal kerana apa yang penting, bukan pasai sapa yang grad dulu tapi apa yang kita akan jadi nanti after grad tu. So there's no need rushing. Bak kata amir khan "all is well". Don't chase success, success will come if we excellent. lol betul ke quotes ni. hahaha. But for me there is point. Ramai orang sekarang nak berjaya tapi berapa ramai yang nak cemerlang. Belajar macam nak gila kejar pointer sekali buat benda yang opposite dengan apa yang kita struggle selama ni. Lol terasa ke? Hahaha

4) STPM
So kepada adik-adik yang masih tak boleh move on dengan sekolah. Rindukan sekolah. Rindukan tapak perhimpunan dan makcik kantin. Jangan risau kerana anda diberikan peluang kedua untuk masuk lagi sekolah. And the best thing aku dengar sekarang budak STPM dah macam budak u boleh pakai bebas tapi still formal like baju kurung kemeja. bla bla. Tiada lagi baju sekolah. Wahhh congrats gaiss. Sistem belajar pun dah macam u dah skrg. Hebak la depa. Tapi diorang still kena ikut timing sekolah. Bangun awal pagi, kena denda sebab lambat, kena rotan, kena tulis nama kat bilik disiplin dan sebagainya. Have fun gaisss~

So antara semua ni mana yg korang akan pilih. Semua ada pros and cons. Macam course aku ni graphic design. Sebab kitorang perlu banyak praktikal. So aku syor ambik diploma. Sebab diploma akan ajar kau macam budak baru nak tatih. Macam cikgu ajar kat sekolah. Pastu kalau sape yg ambik matriks then sambung degree art sgtlah rugi. Sebab can you imagine how dia nak survive dgn budak2 yang dah ambil diploma art 3 years. And diorang dah ada basic in diorg punya course. Unless budak matrik tu memang dikurniakan bakat semulajadi. Tu based on my perception la. Sebab at degree. Lecturer dah takkan ajar. They expect we know it already. Just like that. So gais serve your right hahaha. Janganlah rasa macam perghh 3 tahun belajar, lama tu. Baru nak habis diploma. Hello dalam 3 tahun, you had learned a lot okayy. Jangan pernah rasa rugi habiskan masa korang demi ilmu. Ilmu kan takkan pernah habis. Kenapa rasa rugi belajar. Belajar tak pernah merugikan. Tak kisah la kau belajar apa sekali pun. Ilmu sangat penting dalam hidup ni. Islam sendiri mengajar umatnya jangan pernah berhenti mengejar ilmu sehingga ke nafas terakhir. Haa kan dah keluar ustazah pilihan musim 2016. Hahaha. Aku kalau bab basuh kepala orang. Memang boleh suci kepala korang tu lulss.

Bagi aku kan SPM is not that important. Kalau SPM pun tak important apatah lagi UPSR and PMR yang cikgu kau selama ni dok push push. Macam penting gila jee. Padahal takde sape cakap pasal tu sekarang. So what kalau kau UPSR straight A. So what kalau kau ada 2B takyah nak nangis sangatlah woiii. Geram pulak aku. Aku menyampah betul dengan budak-budak darjah 6 hari tu. Dok nangis sebab tak dapat straight A. Like seriouslyyy. And the most annoying thing bila kena marah dengan parents. Woahhh chill la educated mom and dad. Your daughter/son have do their best kot. Takde orang yang peduli result upsr bila nak kawin nanti. Janganlah risau anak tu takde masa depan. hahahah. Overthinking la pakcik makcik ni. Takde orang peduli bape result UPSR bila kau nak mintak kerja. Nobody ask that. PMR pun sama tak penting pun bagi aku. That is just record tau. Your own achievement in life. Exam besar yang ada pengaruh dalam hidup aku actually SPM la. Tapi as long kau dah pilih apa yang korang nak (course apa) and just target A subjek yang diperlukan untuk masuk course tu. That is more than enough. Seriously weh.

Cikgu aku pernah cakap. Kawan dia ambik subjek senang nak score masa SPM. Pastu dia just target A subjek tertentu je. Sebab requirement dia nak masuk course tu need like 3 A's je. Very good tips right? Tapi for orang-orang yang always nak do the best and get better result korang kena lah struggle kan (macam i) mata ke atas. Ehem ehem bukan nak bangga SPM saya 7A. Tapi jangan risau. Sebab akak punya subjek sains semua b+ and c+. Tu petanda elak aliran sains hahaha. And aku dah rancang awal2 nak tambah 1 subjek sebab aku yakin boleh dapat A. Memang subjek tu aku dapat A pun. Sebab tu la result aku 7A. Hahahaha. Okay itu bukan pointnya.

Kat mana kita tadi hmm. Haa so masa adik di peringkat diploma nanti takde lagi kategori bodoh seperti di zaman sekolah. Di zaman sekolah ada banyak kasta. Ada kasta pandai, kasta bodoh, kasta don't give a damn, kasta acah-acah bad boy dan kasta hipster dan hot stuff opss hahaha. Hanya ada golongan yang tidak minat sahaja. Jadi sangatlah penting untuk korang pilih course yang korang betul-betul minat. Sebab dah lah kat sekolah kau tak minat belajar kata takde subjek yg kau suka. Dah tu time kat universiti takkan pilih benda yang kau tak suka jugak. Kau ni bodoh ke apaaa??? Kan akak dah marah. Astaghfirullah. Jadi kalau korang ada parents yang suka menentukan future korang. Bawak la berbincang leklok. Cakap lah...

" Mum it's my future can you stfu for a second and let me choose it by myself "

OKAY that's rude. So korang pilih la cara yang lebih sopan sejajar dengan agama kita yang mengajar lemah lembut sopan santun dan sejajar dengannya. Berdoa la supaya mak ayah korang lembut hati. Kalau selama ni diorg rasa nak hentam muka kau. Tapi kali ni biar muka korang bagai ada nur gitu. Baru tenang sikit mak ayah korang. Baru boleh bawak bincang. Ni muka macam pecah rumah. Kau ingt mak bapak korang selera tengok. Muka bawak gaduh je hahaha.

Or ayat lain yang kau boleh try :

Mak, untuk kali ni je boleh tak saya pilih apa yang saya suka, apa yang saya minat. For the sake of my life. Please. Saya janji saya akan belajar betul-betul dan banggakan mak 1 hari nanti. Saya akan sangat gembira kalau dapat buat apa yang saya suka. So please mak. Can you follow my decision this time.

Okay tu antara script-script yang aku boleh provide la hahaha. But most importantly korang kena la ikhlas okay. Get it. Kalau boleh biaq scene tu jadi scene yang paling dramatis dan emosional sekali. Sometimes parents tak semestinya paham kita and tau apa yang kita nak. But they know what the best for you and your future. Depa takkan suruh kau ambik course yang memudaratkan masa depan kau. Mesti semuanya yang ada future and stabil. Depa pun pernah hidup susah gak dulu. So diorang taknak apa yang diorang rasa kena kat korang. Diorang nak korang berjaya okay. Paham tak. So korang kena pandai slow talk and terangkan kat depa. Cakap memang cam senang kan. Mesti korang pikir aku ni macam reti cakap je kan. Aku ramai kawan yang ada masalah ni. And I try to help but diorang taknak take the first step. So how. Masalah takkan selesai. So we need one person to take the very first step la. I know its hard. Well everything changes when you make a first step in your life. Belajar macam mana nak atasi awkward/masalah korang tu. I know teenagers always awkward dgn parents. Zaman akil baligh la katakan. Suka duduk dalam bilik. Menyepi ntah hidup ntah mati. Masa korang teenagers memang selalu ada perasaan tak suka rumah la bagai. Bila kau dah start tak tinggal kat rumah. Pergi belajar dan sebagainya barulah korang akn berubah. It happens to me. And most of people out there. Korang kena learn how to communicate with your parents. And try cakap dalam nada yang paling lembut. Nescaya mak pak korang pun lembut hati. Kalau dok merengus je macam lembu memang tak jalan la weh. Kirim salam.

So I think thats enough for today. Besok aku nak pi tengok orang busking kat depan sogo. Hopefully ada la. Em em. Sape yang sudi baca blog ni thanks for reading. I really appreacite your hardwork to see my celoteh yang panjang lebar ni meskipun aku tak sefamous fatin liyana. Fatin you're my idol babe. I hope you all get la apa yang aku cuba sampaikan dalam bentuk karangan more than 350 words hahaha. So basically always follow our heart in making decision and not forget to always pray for the best decision. Jangan lupa restu mak ayah hampa. Tu paling penting. Lastly kita kena yakin dengan jalan yang kita pilih. So adik adik, selamat memilih course and achieve your dreams. Mudah-mudahan. Amin~

2 comments:

Duit syiling

Monday, March 07, 2016 EJ 0 Comments


Salam 1 malaysia semua..

So hari ni topik kita adalah berkenaan duit syiling. Mungkin anda tertanya-tanya apa maksud duit syiling yang dia dok perkatakan ni sampai boleh terhasil sebuah entry. Well it's not only about "duit syiling" ladies and gentleman. 

Sebab aku rasa benda ni tak boleh dibiar. Benda kecik macam ni dah buat aku berfikir jauh dan buat aku rasa benci dengan kaum aku sendiri. So...

Begini ceritanya, 

Hari tu aku nak tukar duit kertas ke duit syiling sebab nak guna dobi. Mesin tukar duit syiling kat dobi dh habis. So aku pun merayau mencari kedai runcit untuk tukar duit syiling. Menipu ah kan kalau kat kedai runcit takde duit syiling. Aku tau la. Pastu aku pergi dekat kedai pakcik melayu ni. Nak mintak tukar. Namun tanpa melihat wang terus dia cakap takde la dik. Aku merayu lagi mintak RM1 pun jadi la. Tak cukup duit syiling nak pergi buat dobi. Bukan aku tak bayar RM1 kertas. Tapi pakcik tu still tak bagi. Tengok lah manusia zaman sekarang. Nak tukar duit syiling pun tak boleh apatah lagi nak bersedekah kat orang. Yang paling menyedihkan sbb org melayu sendiri taknak tolong melayu. Cina pun selalu bantu kaum dia. India bantu kaum dia. Tapi melayu? Hanya harapkan kerajaan ubah itu ini baru nak maju. Takde inisiatif langsung. Hanya tau complain itu ini. Bukan semua macam tu. Tapi segelintir melayu yg pandai cakap kosong. Aku bercakap berdasarkan pemerhatian aku. Dan sikap orang melayu yang malas kerja tapi nak itu ini. And masalah melayu ni selalu tak puas hati dengan kaum lain. Aku rasa melayu patut jadikan kaum yang rajin macam cina tu sebagai kaum yg boleh dicontohi. Dari segi inisiatif diorg yang masuk malaya dulu just jadi buruh pastu dapat jadi peniaga. And cina yang mendominasi perniagaan. Memang la masa zaman british melayu tak dibenarkan berniaga. Tapi sekarang ada lagi ke benda tu. Kan dah sama rata. Jangan salahkan kerajaan sebab ni. Orang melayu sendiri taknak cuba mendominasi. Lepas tu complain kat media sosial. Like wtf. Aku bukan nak membenci kaum sendiri tapi sebab moral orang melayu yg kononnya beradab sopan saling membantu tu macam dah takde. Aku bukan nak sentuh pasal "melayu" je tapi pasal islam yg mengajar umatnya membantu kaumnya yg susah. Actually takyah sentuh pasal agama and kaum la. Act semua manusia kena saling membantu bila susah. Tak kira la agama apa pun or bangsa apa pun.

Bukan bermaksud aku ni backup kerajaan. NOO. I'm talking about us. Our own behaviour towards the community. Well aku pun tak percaya kerajaan. Sebab tu la kita tak perlu nak expect kerajaan buat semua. Diorg bukan peduli kat rakyat pun. Dengan keadaan yang corrupt macam sekarang. Kita yang kena pikir sendiri. Walaupun kerajaan bagi BRIM. Tapi Kerajaan sendiri menaikkan cukai. Bagi aku BRIM tu tak membantu langsung. Diorang tu buat lawak bagi BRIM tapi naikkan minyak and tambah cukai. Rakyat kerja siang malam nak cari duit. Lepas tu kerajaan senang-senang lenggang kaki ambik duit rakyat. Ni la kerajaan sekarang. Sebab tu tak perlu berharap kerajaan bantu kita biar kita yang bantu rakyat malaysia sendiri. Kita pun actually takleh berharap sangat kat kerajaan. Kalau education free tu baguslah kan. Sebab education yang akan membuatkan masyarakat lebih maju. Tapi kalau kita fikir balik. Kalau kita buat free education pun nanti ada banyak jugak masalahnya. Sama macam sekolah. Tak semua orang belajar sebab diorang nak. Bila diorang dipaksa diorang taknak mencuba. Dan akhirnya kena buang sekolah. Bila pelajar ipt bayar utk belajar, diorang akan lebih bermotivasi and fikir jauh kalau berhenti mesti membazir and kena fikir hutang ptptn yg berlambak tu. Tapi ada pros and cons nya. Maksudnya bayar untuk belajar tu membentuk kita menjadi seorang yg bertanggungjawab and tak sesuka hati nak quit study nak belajar main-main. Tp kalau education free dilaksanakan, beban rakyat dapat dikurangkan. And orang-orang yang tak mampu nak belajar akhirnya boleh sambung study. Tak semua orang mampu nak sambung study. Sebab yuran dia mahal menggila. Lepas tu dgn hutang ptptn yg buat kau pengsan lepas habis belajar. Kadang-kadang kita taknak pun ambik ptptn tapi terpaksa. Kalau tak, macam mana nak hidup. Lain lah kita ni anak menteri or anak najib dgn rosmah tu. And I felt very bad to those yang study at ipta. Diorang belajar macam nak gila masa spm sebab nak masuk ipta. Tapi last-last ambik ptptn gak. Kesian. At least aku ni ada la dapat loan mara yg kalau cgpa dekan dpt tukar jadi biasiswa. Kadang-kadang bila aku fikir balik. Adakah kita ni belajar untuk membayar hutang? Tapi kalau tak belajar macam mana nak survive dgn sijil spm je. Kalau korang renung dalam-dalam memang banyak benda yang malaysia patut buat. Tapi nak mencapai benda tu kita kena cukup stabil. Kalau hutang kerajaan yang berlambak macam tu macam mana nak buat betul tak. Kalau pemimpin kita sendiri dok songlap duit macam mana nak buat. Jadi kita yang kena start dulu. Kita yang kena ambil inisiatif dulu. Mula-mula kita kena stop blame each other sebab takde guna pun.  Sedangkan duit seringgit tak boleh disedekahkan takyah nak sembang salahkan kerajaan. Malu dengan diri sendiri dulu. Bantu kaum sendiri. Bantu rakyat malaysia. 

Ha jadi sekarang hampa nampak tak isu "duit syiling" yang aku dok kupas jadi sebuah isu yang lebih besar. Isu why malay should help each other for our own community. Yeah that the biggest issues among apa yang aku dok bebel dari tadi. So sekian daripada ej. Renung-renungkan dan selamat beramal gais~

0 comments: