Impian sambung belajar di luar negara

Saturday, November 01, 2014 EJ 0 Comments



Assalamualaikum semua, adakah anda sudah sedia untuk melayan angan angan saya sekarang ini hahaha.
Disebabkan aku tak boleh nak tidur, so aku decide nak tulis entry pasal futher study abroad from malaysia gitu. Hahaha. Lately ni aku selalu cerita pasal ketidakpuasan hati aku hahaha. Poyo kan. Always negative. Sebenarnya buat camtu sbb takde tempat nak luah. U know bila u takde bff yg boleh dipercayai kat sini. It suckss. Okay itu bukan pointnya.
Masa aku tengah scroll instagram i. Aku ternampak my old friend upload gambar dia kat tempat dia study sekarang. Let call him as Zul. Zul ni memang budak top 10 la masa sekolah dulu. Dalam kelas asyik dia je nombor one. Huhu hebatkan. I dapat tau dia masuk INTEC under uitm. Dia macam programme before study luar negara. Macam korea, japan, uk and macam macam lagi. Serious jelesnya weh. Aku pernah berangan nak sambung belajar kat luar negara. Terutamanya korea tapi sbb aku ni memang ada masalah tak boleh makan makanan pelik especially makanan korean and japanese. Aku batalkan saje niat tu. And student kat korea pun cakap makanan halal agak susah nak dapat kat sana.
Aku ni plak bukan orang yang boleh starving. Aku maybe boleh berdikari jauh dari family urus diri sendiri. But soal makanan aku sangat memilih and nak macam malaysia. But aku still nak study luar negara hahaha mengada kan. Sebab tu aku nak cuba pelbagai food supaya aku tak terkejut beruk nanti.
Okay sekarang ni aku tgh memasang cita cita untuk study kat uk  hehehe. Poyo siakkk. Ahhh persetankan budak budak yang cakap i berangan. Aku nak cuba. Dapat pointer baik and study abroad. Even aku ni just budak kptm. Insyallah. I will prove it. Kalau tak dapat takpelah i redha. Maybe ada hikmah right. So aku nak start improve english aku yg kucar kacir ni. Konon spm english A. Heh padahal omputeh tanda kertas aku gred aku just "C" u know that. Malu aku. Biarlah benda sudah berlalu.
Tapi aku ada masalah homesick sikit. Huhu. Aku bukan rindu kan family sangat. Ceh padahal sebulan tak balik macam nak mati. Aku sangat rindu tempat aku membesar. Sekarang ni belajar kat johor pun asyik balik. Tapi aku just balik bila ada public holiday or cuti lama sikit. Kalau banyak public holiday sebulan banyak la balik umah huhu. Bila aku cakap dengan orang aku belajar johor semua cakap jauh. Batu pahat je weh bukan jb ke sarawak ke. Kat sini ada kawan aku yg duduk kluang belajar kat batu pahat je. hehh Sangat tak mencabar and tak cukup berdikari. Weh sampai bila kau nak duduk celah ketiak Mak kau. Tapi aku memang tabik kat budak budak kelantan yg study kat sini. Jauh bapak hanggg. Semangat tuu. Wa tabikkk. Mesti hati sangat kental tatkala semua kawan kawan asyik balik rumah. Biasalah budak sem 1 homesick dia over sikit. Kalau ada member yang asyik nak balik tiap minggu tu memang mintak kaki. Kalau takleh jauh dengan family mohon takyah belajar la. Pergi masuk sekolah tu balik haiyaaa.
Haaa berbalik kepada nak sambung study. Walaupun baru lepas spm. Tapi ada member aku yg dah study kat jakarta la macam macam. Aku pun pelik. Bagi aku kalau baru lepas spm tu takyah la sambung kat luar negara. Sebab korang tu baby lagi hahaha lol. Hati belum kental. Duduk dulu dalam negara ni and then belajar independant dulu. Kalau dah rasa okay sikit baru sambung kat luar negara masa degree ke or master maybe. Tapi aku ingat nak study sampai degree je. Sebab aku taknak susahkan mak aku dok bayar kos hidup aku ni. So aku plan kalau result aku gempak aku akan usahakan study kat uk. University pun aku dah pilih. Nama dia manchester metropolitan university. Aku ingat nak ambik film or teruskan je Course graphic aku ni. Dekat manchester agak senang dapat makanan halal. So takde la kebulur. Plus duit elaun kat uk agak mencukupi. Kalau boleh dpt biasiswa lagi best. Tapi as student of course kau kena kental maaa. Hadapi all ujian tanpa keluarga di sisi. Sound lonely right hehe. Mana tau hang dapat mat saleh kaaa jadi suami. Berangan siakkk.
Benda ni cuma terjadi kalau aku improve english aku. Ada sebab kenapa aku study luar ni. First sebab aku nak improve kan confidence level plus nak pengalaman hidup sendiri. Camne nak survive sendiri without family. Hidup kat luar negara sangat mencabar okay. Perbezaan budaya dia. Bahasa semua tu cuaca bla bla bla. Duduk johor pun aku dapat rasa perbezaan hidup and sosialism kat sini. Rasa cam nak stay je dalam selangor tu. Tapi bila fikir balik apa salahnya belajar kenal negeri org. Faham perbezaan pemikiran. Itu yang buat kita lebih matang. Aku ni bukan anak orang kaya. Family aku orang biasa je. Mak aku tak sambung belajar pun. Tapi mak aku sangat berdikari. Lepas spm masuk kelas menjahit menaip pastu cari kerja. Skrg gaji dia dah cecah ribu jugak lah. Standard gaji untuk orang yang pendidikan tak tinggi mana . Tapi dia still bersyukur dengan apa yang dia ada. Family aku kira agak susah dulu and aku selalu merungut. Aku cakap kenapalah mak aku tak pandai and sambung tinggi tinggi so gaji banyak la sikit. Tapi mak aku cakap gaji ni lah yg sara kita sekarang ni. Mama tak pernah meminta duit orang.
Dia cakap camtu. Aku rasa dia dah cukup puas hati dengan hidup dia. Dia dah capai apa yang dia nak. Bagi dia duit tak menjamin kebahagiaan. Dulu aku ingt berjaya adalah apabila kau kaya and ada pendidikan yang tinggi. Actually kejayaan tu sangat subjektif. Sometimes gaji kau rm4000 tapi kau dh rasa puas hati and rasa dah berjaya dalam hidup. Sometimes kau ada gaji rm10 000 tapi still tak puas hati dengannya. Kau tak rasa kau dah berjaya. Belum cukup berjaya lagi so kau teruskan usaha. Everyone has their own goals in life. Aku mengaku aku seorang yang materialistik hahaha. Aku sangat suka duit and kedekut. Aku nak contohi mak aku. Dia tu kan sangat pemurah. Dia selalu utamakan anak anak. Dia lebih pentingkan makan minum kitorg. Tapi bab baju ke hehe dia suruh kitorg berdikari. Mak aku ni kan sangat pemurah dia ada potong zakat macam macam ah. Gaji dia buat potongan untuk kitorang adik beradik. Dia selalu fikir pasal masa depan kitorang. Dia banyak menabung. Sebab tu kitorang hidup dalam kesederhanaan.
Sekarang ni dah dua tahun lebih arwah abah tinggalkan kitorang. Bukan nak cakap apa sejak dia pergi hidup kami agak senang sikit. Rasa bersalah sbb lebih senang skrg compare masa abh ada dulu tapi mungkin itu balasan  yg allah kasi sbb dia dah ambik sesuatu yang sangat bernilai bagi kitorang. Seorang ayah. Walaupun aku tak rapat sgt dengan abah tapi setiap kali raya aku akan rindu dia sangat sangat. Sedih hati ni bila fikir. Sebab abah sangat ceria masa raya and dia ramah dengan semua adik beradik dia pakcik makcik segala sedara mara lah. So jadi meriah. Sekarang ni semua tinggal kenangan. Aku dah lama tak melawat kubur abah. Mesti mak aku sangat sunyi. Kalau aku belajar luar negara sapa nak tgk mak aku. Itu pun kena fikir jugak.
Aku harap abang aku akan stick jaga mak aku. Sbb anak sulung lelaki wajib jaga mak dia. Mana boleh tinggal. Kalau dia tinggal siap diaa. Makin aku dewasa makin aku sedar pasal kehidupan. Aku ni memang banyak muhasabah diri and aku pandai bagi nasihat kat orang hahahaha. Rasa macam bagus kalau jadi guru kaunseling. Sebab i sangat bagus bagi advice. Ceh bajet. Adakah aku ditakdir menjadi seorang guru. Biar masa menentukan. Perlu kah aku menjadi seorang guru tuisyen. Ntahlah. Darah seni ni mengalir dalam darahku  walaupun masa depan aku lebih cerah kalau pilih sains tapi aku still choose art walaupun benda tu risky. Kawan aku semua cakap why aku ambik art. They dont understand what i want. Tapi takpe biarlah aku study je skrg ni. Biar masa yang menentukan. Aku yang salah atau diorg yang salah. Tapi masyarakat tak patut pandang rendah pada seni. Antara math dan art, art lagi payah kau tau tak. Math tu kalau tau formula kira boleh la kan. Dalam seni kami tak diajar nak warna bunga rose. Semuanya sendiri. Lecturer just suruh buat task tu. Dari situ kami develop skill kitorg. At least math tu lecturer ajar. Ingt senang nak lukis balik bunga rose contoh sebijik sebijik. Semua urat dia kena real. Do u think its easyyy. No wayyy. Nothing easy in this world. Even nak kerja sapu sampah pun susah. Minat je yang mampu buat kau survive. Lagi satu art ni nak siapkan satu artwork ambik masa tau dak. Kadang sampai tak tidur malam. Ada orang buat math tak tidur malam. Haish takde kan. Jarang kott. Kalau ada pun maybe dia sangat tekun. So janganlah pandang rendah. Budak budak art ni cool tau sebab diorg ni creative. Besttt thats why i choose art sebab nak hidup dalam kehidupan yang berseni gitu. Kerjaya yang berseni hahahaha. Mengada kan. So budak art janganlah rendah diri. Aku selaku ex budak sains sangat tabik ketekunan budak art. Sebab budak sains takde buat kerja kena reject by lecturer. Tapi budak seni susah payah buat artwork pastu kena koyak kena reject. Dont u know the feelinggg. Memang down habis. Kadang cam nak bertekak je dengan lecturer apa yang dia tak suka semua. Sebelum kitorang buat assignment selalu kena tunjuk gambar as subject matter. Lecturer aku selalu reject gambar yg aku ambik. And selalu aku mempertikaikan keputusan dia hahaha. Aku selalu ask sir aku asal gambar ni taknak. Pastu pertahankan angle yg aku ambik. Hahaha lol. Mana tak geram dalam banyak banyak gambar yang aku ambik semua dia taknak. Punyalah merata aku snap dia taknak. Kejadahhhh. So aku paksa gak sir tu. And bagi reason asal nak reject. Kadang kau tak leh jadi skema sangat ikut sir tu. Lukis sesuatu yg kau mampu and of course takkan meninggal hahahaha. Kadang sir tu pilih gambar yang macam nak kasi kau meninggal. Dia tak tau ability korg so dia main pilih je. Its ur decision tu take the challenges or simply make something that u'r  afford. Dah la i nak tidurm battery pun dh nak kong. So goodnight everyone. I patutnya cerita pasal sambung study but aku dah melalut ke mana ntah. But guys wish me luck. I hope my dream comes true. Amin~

You Might Also Like

0 comments: