Kptm batu pahat

Tuesday, June 16, 2015 EJ 55 Comments

Assalamualaikum adik adik lepasan spm,

Korang mesti sekarang tengah mencari mana ipta or ipts yang bagus. Aku tak tau la kalau upu dah keluar or belum. Rasa macam dah. Tapi aku saje nak tulis benda ni as reference untuk korang yang nak sambung belajar. So korang yang berjaya dapat masuk ipta congrats la. Even aku pun tak dapat masuk huhu. Korang memang terpilih. So jangan sia-siakan peluang yang diberi. Akak doakan korang berjaya tsk tsk haha. Btw yang tak dapat masuk ipta tu it's okay. Well always remember rezeki ada kat mana mana. Memang la masuk ipta bagus tapi ipts pun ada benefit dia gak. And ada yang okay. Cth ipts yg okay macam unikl, msu, sunway university, taylor university and banyak lagi la. Korang kena pandai pilih okay.


So sekarang ni akak senior ni (kononlah) nak cerita pasal ipts akak iaitu KPTM. Aku sekarang belajar kat kptm batu pahat. It is a small town somewhere in johor between muar and ayer hitam. Hahaha. Sekarang aku dah nak masuk sem 3. Pointer sem 1 mmg cantik. Sem 2 tak tau ah ahahaha. So memandangkan aku ada sedikit pengalaman kat sini aku nak bagi tau korang before korang menyesal masuk sini lol.




First of all kat sini ada 4 course:

1) Diploma in computer graphic design
- Ini la course akak adik adik semua. Basically belajar pasal design (photoshop, illustrator) then ada photography, belajar buat video, advertising. Semua tu akan belajar. Banyak lagi act tapi malas nak list haha. Ramai yang salah anggap course ni tak perlu melukis sbb COMPUTER graphic design. Okay itu adalah salah sekali sebab semua course seni mesti akan belajar lukis dulu masa sem 1. Mesti wajibul gunnah. Wajibb pahamm. Jadi anda tidak akan terlepas dari melukis. 
Even korang power gila photoshop pun. Have fun la huhu

2) Diploma in information technology
-  Course ni lebih kpd IT. Belajar pasal database, math, english bla bla semualah. Aku tak tau sangat course ni tapi tulah dia. IT okay.

3) Diploma in business information technology
- Okay bisnes budak dbit cakap diorg belajar pasal statistic, math. And macam macam lagi. Course ni gabungan IT dgn bisnes. So kita belajar pasal bisnes tapi still ada knowledge dalam IT. 2 in one la kiranya.

4) Diploma in computer system and networking
- Okay course ni lebih kepada programming la. Belajar coding, buat games semua. Banyak lagi la.

So itu muqadimmah setiap course la ye. Korang takkan paham kalau aku cerita panjang lebar pun. Basically tu yang korang perlu tau. Dah belajar baru tau banyak pahamm. Hahaha. Okay so lepas ni aku nak cerita pasal kemudahan kat sini pulak. Okay kitorang ada sebuah bangunan yang sangat besar (lol besarlah sangat). Antara terbesar di batu pahat tak termasuk kilang kilang okay. Bangunan tu adalah bangunan tabung haji. 

Lihatlah bangunan yang anda akan belajar. Sila tabah wahai adik adik.

Bangunan ni ada banyak class tapi takde dewan semua tu. Ada dewan seminar tapi aku rasa kebesaran dia sebesar kelas aku kat sekolah dulu. Ada studio fotografi tapi aku tak pernah jumpa. Ada bilik mayat, library. Kitorang panggil bilik mayat instead of bilik rehat pelajar. Selalu budak takde class lepak sini or library. Batch aku banyak lepak bilik mayat ni. Kecik je bilik ni pastu sejuk gila sebab tu kitorg panggil bilik mayat. Tapi bilik tu dah jadi class. Tapi aku still lepak situ bila takde class kat bilik tu. Tak kira hahaha. Tempat favourite aku tu weh. Aku tak suka lepak library benci. Banyak mata memandang. Kemudahan kat kolej sangat sikit. Ada lab semua tu tapi biasa la tak besar sgt. Bangunan ni kecik je so paham paham la tapi ada aircond tu jangan risau hahaha. And aircond sejuk. Tu yang penting. Kat sini memang takde kemudahan macam ipta yang besar gedabak tu ,auditorium yang besaq gila mmg takde la. Kirim salam awal awal. Takde padang, or gelanggang pape. Jangan nak berangan okay. Tingkat G adalah kawasan tabung haji. Jangan kacau diorg nanti kena kompaun lulss. Kolej ni dekat gila dgn summit parade. Tak dekat sangat tapi korang mampu jalan kaki. Ada karaoke kat summit tu and bowling. So lepas class korg boleh lepas tension yang bersarang di kepala dek assignment yang menimbun.

Asrama pulak. Sem 1 and 2 wajib duduk asrama. Sem 3 duduk luar ye. Asrama korang takyah risau. Memang selesa. Tapi sangat jauh. 30 minit dari kolej so kptm ada sediakan bas setiap hari. Ada masa-masanya ikut kelas korang hari tu. Basically aku nak bagitau korang yang kita ni menumpang. Asrama menumpang and kolej pun menumpang. Hahaha bangga tak? Kita ni memang kaki tumpang tau jadi bergembiralah. Asrama tu namanya KKTM. Institut ni under mara. Sebab tu kita tumpang duduk asrama situ konon sama sama under MARA. Puihh. 
Bilik asrama ada 2 jenis, bilik 2 org dgn bilik 4 org. Bilik 2 org lagi banyak dari bilik 4 org. Bilik 4 orang serious luas. Bilik 2 orang pun okay. Memang selesa la. Kat IPTA tak dapat bilik luas macam ni. Oh almari diorang best besar. Takde la sebesar rumah korang punya almari tapi besar untuk asrama. Sapa pernah duduk asrama tau la almari kecik mana. Warden asrama sini baik kitorang panggil 'ibu'. Suami ibu kitorang panggil 'abah'. Sweet tak ala ala ibu ayah ada kat sini luls. Aku suka borak dengan abah. Abah ni ada buat bisnes sewa basikal. So aku ni kira pelanggan tetap la sebab suka pergi dobi kat taman U. huhu

Ni asrama siswi. Yang oren tu lah bangunan asrama kptm. Yang sebelah tu kktm punya. Petang-petang  aku suka tengok permandangan kat belakang asrama ni. Lepas tu bukak tingkap luas-luas kasi angin masuk. Time tu memang best. 

Ini adalah main gate asrama kktm. Sorry takde gambar siang. Masa ni lawa tu yang snap tu huhu. Sebab selaunya gate ni kelam dan suram je tetiba meriah je lol haha

Ni bilik aku dulu. Rindu bilik ni tsk tsk. Sesapa yang dapat bilik ni sila jaga elok elok please uhuk uhuk. Masa ni dah habis sem. Tu yang bersih.
Best bukak tingkap luas luas. Angin sedap. Spot ni sesuai nak usha crush lalu lalang.


Aku suka gambar ni nampak sangat elegan lol.

Kat asrama ni ada macam macam kemudahan tapi korang tak dibenarkan pergi guna sbb korang ni kptm bukan kktm. Kan aku dah cakap korang menumpang luls. So sedar la diri. Ceh cakap dengan cermin haha. Ada gelanggang tenis, badminton, padang, futsal court, astaka, cafe, gmart. TAPIIII korang boleh pergi cafe and gmart je. Jangan pergi main kat tempat lain. Dkt siswi ada court badminton. So situ korg boleh main. Padang aku tak pasti. Tapi kalau training as atlet kptm boleh kot. So jangan sesekali PERGI KE TEMPAT LARANGAN. Sebab diorg ni sensitif tau. Nanti mesti ada yang mengadu pastu bagitau org atasan kptm cakap kita ganggu diorang.

Kat sini boleh sewa basikal. Harga tu mampu sewa la ye haha. Kat luar asrama ni ada kawasan perumahan and kedai kedai namanya TAMAN U. Kat sini ada mcd, restoran bersepah, bank, dobi layan diri, kedai stationary. Sini boleh kata lengkap la untuk kemudahan pelajar. Sebelah bangunan kktm ni ada UTHM yang BESAR GEDABAK. Jeles aku tengok kemudahan kat situ. Ada balapan lari besaq gilaqq, tasik ada main kayak, ada dewan renang ( tapi aku tak pernah masuk), ada library terbesar di asia tak silap aku huhu. Korang as jiran kepada uthm boleh masuk sana pergi tasik, library. Diorg bagi. Kptm dengan uthm baik. Kptm dengan kktm kurang baik. Paham paham la ye. Kat sini ada gak pekan yang dekat kitorg panggil parit raja. Kat situ ada la pasar boleh pergi. Kat taman u pun ada pasar malam hari rabu. Basically taman u tu mmg kawasan pelajar. So lengkap and best. Tak bosan la. Aku mungkin akan rindu suasana kat sana nanti tsk tsk. Kat situ aman tak busy sgt macam kat bandar. Kurang bangla. Kalau kat bandar penuh je bangla aku tengok.


Jalan menuju ke Taman U. The most perspective view luls

Untuk outing kalau korang bosan atau menghadapi stress melampau. Kat sini ada 3 mall. Banyakkannn so tak payah pergi JB semata mata nak tengok wayang. Aku sebat korang. Assignment banyak nak pergi JB ciss. Ni lah mall kebanggaan batu pahat.


1) BP mall

2) Summit Parade


3) Square One

Tapi yang function and sesuai dibuat outing would be BP mall. So masa weekend anda boleh la datang ke sini bersama teman teman baru lol. BP mall ada wayang, karaoke, dan bowling. Kedai kedai pun okay la. Ada yang branded ada yang biasa. Kat square one ada Parkson. Jadi sapa yang memang gila barang kat parkson ni takde la sedih sangat kan. Sebelah square one tu ada Carefour. Square one ada karaoke and wayang. Summit ada karaoke and bowling. Orang kata sini murah sikit compare to bpmall.

Soal transport jangan risau. Bas berlambak kat sini. Takde la lambak sangat tapi ada la. Every 30 minutes ada bas. Kat sini ada 2 jenis bas dari asrama yang korang boleh naik kalau nak pergi bpmall. Johore motor and causeway (bas kuning). Johore motor takde aircond paham. Causeway ada tapi bau masam. Biasalah banyak golongan international dalam tu. Sabar je la. Bas nak pergi bus stand (terminal bas batu pahat) boleh naik johore motor and causeway.


Johore motor : Ayer hitam - sri gading - asrama kktm - bp mall - bandar bp - bus stand

Causeway: Sri gading - asrama kktm - bp mall - carefour/square one - summit parade - bus stand

Itu route bas tu. Aku saje bagi info ni sebab masa baru baru kat sini. Aku macam nak gila sebab tak pernah naik bas. Masa tu nak balik rumah first time naik bas. So kalau aku bagitau takde la korang gila sangat. Senior kat sini bukan senang sangat nak bergaul. Korang yang tau sendiri nanti. So bersyukurlah sebab aku bagitau. Aku kat sini memang naik bas je la memandangkan takde lesen. So penting untuk aku tau semua benda ni. Bas nak ke parit raja pun ada. Bas sama gak johore motor or causeway. Parit raja tu terletak sebelum kktm and uthm. Tapi jarang sangat la aku pergi. Hah selain bas ada perkhidmatan kereta sewa dekat uthm. Jadi anda hanya perlu call sahaja nanti diorg hantar kat gate asrama. Nanti dah masuk sini korang tau la mana nak dpt nombor. Harga kereta sewa okay la. Nak compare dgn kl memang tak dapat harga macam ni. 

Haaaa soal lecturer kat sini aku rasa okay la. Diorang memang sporting. Susah nak jumpa lecturer berjiwa pelajar kan. Tapi kat sini banyak. Maklumlah banyak lecturer muda. Aku rasa cikgu kat sekolah aku semua tua-tua kot. Masuk college lecturer muda muda. Pelik aku. Lecturer kat sini memang bagus and banyak bantu pelajar. Kira tak lokek ilmu. Diorang akan ajar selagi diorang boleh. Tu yang aku suka dengan lecturer kat sini. And kat sini korang boleh mohon pinjaman Mara kalau dapat pointer cemerlang takyah bayar langsung. So sapa taknak kan. Setiap bulan elaun rm500++. Sapa taknak rm500 sebulan. Boleh la tenang sikit hidup kat sana. Kalau takde mara memang senak nak cari duit survive. Tapi sapa yang layak je dapat mohon mara. Kalau tak lepas syarat kena ambik PTPTN. Tapi jangan risau once korang sem 2 ke atas korang dapat pointer bagus boleh mohon mara. Tapi tu time batch aku. Aku dengar sekarang sapa yang masuk kptm tak lepas mara guna sijil spm. Means tak boleh mohon mara after sem 1 even pointer lepas syarat mara. Idk about that. Tak pasti sangat. So result spm sangat penting.

So basically itulah kehidupan kat sini. Aku tulis entry hanya sebagai reference untuk korang kat luar sana. Sebab masa mula mula masuk sini pun aku tak tau pasal keadaan kat sini. And aku terkejut dengan kemudahan dia. Tapi bila lama lama rasa macam ala yang penting aku belajar. Yang penting aku berjaya. Kalau nak masuk Ipta yang besar gedabak tu kenalah usaha kuat sikit. Korang pun tau swasta banyak pakai duit and memang kena pandai independent. Kalau UITM dapat bantuan barang seni untuk pelajar. Kitorang beli sendiri barang seni pakai duit sendiri. Memang kena independent. Tapi sebab duit mara boleh cover benda tu so takpelah kan. We don't mind even belajar tempat kecik. Kemudahan takde. Yela swasta. Yang penting ilmu tu kita kutip and banggakan institut kita. Mana tau satu hari nanti KPTM boleh jadi university. Even UITM tu pun dulu cuma institut mara. Tapi dah jadi besar setaraf IPTA. So basically kita as pelajar yang bangunkan kolej ni sampai mampu jadi IPTA. Kalau result bagus mesti kita boleh. So adik adik jangan jadikan bangunan pengukur kejayaan sebab kejayaan datang dari usaha. Even kau sekolah pondok pun boleh berjaya. Aku ada impian nak sambung degree oversea. Hmm insyaallah kalau ada rezeki. I will fight for it. Kalau cemerlang kita boleh mohon program skim pelajar cemerlang mara ke oversea. Bestnya.. Kalau tak dapat pun takpe lah aku anggap takde rezeki. So itu jelah untuk hari ni. Aku ada terfikir nak sambung entry ni nanti. But idk macam dah banyak info aku bagi. Kalau ada info lagi aku akan masukkan dalam entry part 2 insyaallah. Kalau ada lah. huhu. Sekian akak senior yang baik hati.


Read more about KPTM


Any thoughts? Share in comment below or reach me out at 
inspiredgeeks.ej@gmail.com






You Might Also Like

55 comments:

Unknown said...

As'salam akak nak tnye jauh x kolej ngan asrama? Pnah ke tertinggal bas

Unknown said...

As'salam akak nak tnye jauh x kolej ngan asrama? Pnah ke tertinggal bas

EJ said...

hai sorry lambat balas. Kptm dengan asrama agak jauh. Dalam 18km. Tapi diorang provide bas kptm and ada timingnya. Mestilah pernah tertinggal bas. hahaha. Tapi jangan risau bas tambang ada nak pergi kolej. Dalam tahun pertengahan 2016 kptm akan pindah kampus baru. Sama ada diorang provide asrama sekali. I don't know la hihi

anis said...

assalamualaikum akak. boleh saya mintak nombor telefon akak? sebab saya dapat sini. boleh saya tanya akak apa yang patut nanti :D

EJ said...

Wassalam anis. Awak boleh add fb akak. Nanti kita chat kat sana okayy 😘

Unknown said...

Assalaamua'alaikum Akak,
Info yang sangat berguna untuk new student, jika tiada pilihan kena join juga kptm batu pahat ini. Dari info nampak tak lah teruk sangat, dengar kptm bp ada new building dekat dengan kktm dah siap ke belum. Tentang kemudahan kolej bolehlah duk pakat2 bagi idea untuk improvement kat kptm. Yang penting subject yang di ajar memenuhi kriteria teknologi dan keperluan pasaran terkini. Saya juga tertarik dengan keadaan asrama kalau boleh duduk sampai habis kursus. Terima kasih Akak...

EJ said...

Wassalam. Hai adik. Thanks baca entry ni. Hope membantu adik nak study kat sini. Well bangunan baru akan siap dalam next year or lebih awal I'm not so sure. Yes asrama sangat selesa. Tak pasti boleh stay asrama sampai tamat kursus ke tak. Sbb asrama terhad for sem 1 and 2. Btw thanks again for the positive feedback. I'm really appreciate that.

Anonymous said...

assalam dik, nak Tanya building baru tu asrama je ke or bangunan ofis dan kelas skali?

Qallynna said...

Hye kak..nak tanya..asrama tu boleh duduk sem 1 ngn sem 2 je ke? So sem seterusnya kena duk luar ke camne?

Qallynna said...
This comment has been removed by the author.
EJ said...

Hai qasih sorry lambat. Sem 1 and sem 2 selalunya dapat asrama. And sem seterusnya kena sewa kat luar la. Kalau cth ada kosong asrama baru boleh mohon untuk sem seterusnya.

EJ said...

Wassalam, building baru is kelas and office la. Asrama tak pasti diorg buat sekali ke tak. Kalau tak stay asrama lama kat kktm. Tak sure. Lagipun start pindah macam awal tahun depan.

Cik Annur said...

Salam , akak . Sy dpt kos graphic dsgn. Minat tu mmg la minat but pembelajaran kat kptm smua dlm english ke? :( sy takle go sgt klw stiap pmbelajaran asyik kne english je tk mcm politeknik. Haha, sy skrg blaja form6 dan dilema nk pegi kptm. Heh mcm mana la nk gred pointer ye 😂

Cik Annur said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Hi sis……Mesin Atm apa yg dkt dgn hostel situ??

Unknown said...

Good info. Thanks dik ... Eh. Nak 😅

EJ said...

Wassalam annur, pembelajaran di kptm semua dalam bm. Tapi as pelajar ipt awak kena hadap gak english ni. Bljr mmg dlm malay tp buku all english. English mmg tak boleh elak. Jangan la rasa macam eh aku tak boleh la english english ni. Kenapa jadikan bahasa sebagai penghalang. Awak kena ubah persepsi awak tu. Sebab bila dh kerja nanti susah kalau tak reti cakap english. Awak kena improve english awak dr skrg. So kalau stkt ada presentation english. Awak hadap je la. Awk boleh buat punya. Btw goodluck dpt kptm. Kalau rasa minat graphic boleh teruskan. Kalau rasa macam rugi dh buat sptm. Habiskan je. Lepas stpm boleh mohon ipta course graphic. Ipta dapat more recognition dr kptm. So better ipta.

EJ said...

Hi,ada taman perumahan dekat dgn asrama. Tapi kena menapak sikit la. Area situ ada bank. Dekat dgn hostel uthm

Anonymous said...

Tq for replying…Jadi acc bank ape saya patot buka? prefer yg berdekatan dgn hostel

EJ said...

Dekat kampus kptm ada maybank. Selalu pelajar yg buat mara buat acc cimb. Dkt dgn asrama ada atm bank rakyat je.

Unknown said...

Salam kak saya baru lepas spm ni and nk sambung kt kptm batu and dpt course graphic design juga. Boleh saya minta no whatsapps akak or anything yg boleh saya contact dgn akak? Sebab saya ada banyak benda nk tanya nih huhu. Thanks reply asap.

Unknown said...

Salam kak saya baru lepas spm ni and nk sambung kt kptm batu and dpt course graphic design juga. Boleh saya minta no whatsapps akak or anything yg boleh saya contact dgn akak? Sebab saya ada banyak benda nk tanya nih huhu. Thanks reply asap.

EJ said...

hi kakarot love, boleh add facebook akak or dm me at twitter. kat my blog ada link. boleh add situ. and tq so much for reading my blog

Anonymous said...

saya mahu sis sambung entri ni. Lelagi pasal course pembelajaran grafik.

Anonymous said...

Sis..mna link fb???tk jmpa pom

Unknown said...

26/2 nnty kptm akn pindah ke tempat baru... So x bljar dekat tabung dah

Unknown said...

takde padang? oh mayn

EJ said...

It's march already and still tak pindah. Kptm always tabur janji manis.

EJ said...

Yes takde padang. Kat kktm ada la. If nak padang. Masuklah uthm hahaha. Situ nak berkayak pun ada. Track balapan segala bnd kemudahan complete.

Anonymous said...

assalam kak ..nak tanya kalau tersilap isi alamat dalam borang permohonan kptm tu nak buat mcm mana yer ..boleh edit ke ?

Unknown said...

hai kak syafiqah jamal . until now tak pindah lagi ke ? saya dapat tawaran HR kat batu pahat . tengok asrama dia best tapi tempat belajar dia tu em .

Unknown said...

Hai kak nak tanya Tandas dekat dalam bilik jugak or jauh dari bilik? 😂

Syafiqah jamal said...

Hi tykaa. Sekarang belum pindah. Tapi insyaallah bulan 7 dah start pindah. Bangunan baru dah siap cuma biasalah banyak persiapan kena buat before that. So i guess this july dah boleh masuk. Pray for the best la. Btw jangan jadikan bangunan tu pengukur dalam mencari ilmu. Belajar mana mana sama je. Yg penting niat. Btw goodluck

Izzz said...

Hahaha tkdalah jauh mana. ..pling jauh pun 20 langkah

Noor said...
This comment has been removed by the author.
Noor said...

Assalamualaikum, kos HR ok x?

Unknown said...

Hai dik. Nak tumpang tanya leh. Kos adik ni ade subjek fotografi kan. Student memang wajib kena ade kamera eh. Bleh bgi cdangan x kmera jenis apa ssuai untuk student kos sama ngn awak ni. Hehe sorry. Mintk pendapat je. Dslr je ke guna

EJ said...

Hi stroberi hijau. Yes course graphic ni ada subjek photo. Tapi sem 3 lambat lagi. Kalau nak beli pun boleh taknak pun takpe. Beli just untuk mudahkan buat assignment je. Kalau nak share dgn kawan kawan pun boleh. Beli je dslr second yg beginner untuk bljr dulu.

Unknown said...

Tq reply ;)

nak tanya pasal yuran sepanjang sem pls. mohon jawabbbb ��

EJ said...

Ye fatiennn kenapa ye. Pm fb saya kita chat kat sana. Tq

Unknown said...

Hi. Bidang cmputer system n network ni mmg akm berkait rapat dgn buat game ke?
Sbb saya dpt bidang tu.

EJ said...

Itu saya kurang sure la. Kalau course saya ada jugak bljr basic buat game. Contact saya kt fb kita boleh citer sana tq

Unknown said...

Hai..nak tanya kos pembelajaran tmbahan (barang seni etc) untuk computer grafik ni mahal tak? pinjaman mara cover untuk yuran pengajian or dia bagi lebih?

EJ said...

Art student mmg akan kuar duit banyak for brg art and also printing. But if u got MARA allowance i think it will help you to manage your finance. MARA cover tuition fees, monthly allowance, and also other allowance yg akan help u buy laptop and stuff.

Unknown said...

assalam akak, boleh tak kita contact personal as dekat ws ke. sebab saya dpat sambung sini tapi takberapa faham

IPTonline said...

Jika ada yang berminat untuk menyambung pengajian di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM). Boleh memohon di Permohonan KPTM

Unknown said...

Salam kak, yuran untuk course ni mahal? Kalau pinjaman Mara kena brp credit?

EJ said...

Hi Salam, sorry saya baru perasan comment. Can u contact me via email eqajamal@gmail.com thankss

EJ said...

Tu kena tanya office kptm. Cause it's vary between course. Pinjaman Mara I think science and math kena c at least tak silap la. U can try contact kptm batu pahat for more info.

Just2000 said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum akak nk tanya tahun2020 ni still ade lgi ke msuk kptm just bayar rm200? Bole akak bgithu x, sbb saya nk msuk situ nnti hihihi mohon pencerahan ya

anonymous said...

saya masuk tahun ni gak 4 hb ni

Unknown said...

kptm ipts ke?

Nurul Hikmah said...

Hi boleh tak terangkan Interview and ujian lukisan tu macam mana?