KPTM Batu Pahat Part 2 : New Building

Sunday, March 22, 2020 EJ 0 Comments

Assalamualaikum,

Hi korang pekabar semua


Since sekarang adalah musim adik-adik lepasan SPM cari tempat nak sambung study, maka blog dan social media aku mula dibanjiri dengan pelbagai soalan yang kadang-kadang aku tak tau macam mana nak jawab. Kenapa aku cakap macam ni sebab korang kadang kala menganggap aku seperti salah satu staff KPTM sedangkan untuk pengetahuan korang semua aku hanyalah ex student yang sudah pun graduate tahun 2017. Dalam masa 3 tahun banyak benda yang telah berubah. Post aku yang lama tu ditulis pada tahun 2015 which is 5 years ago. 


So this post ditujukan kepada semua adik-adik lepasan SPM mahupun tuan puan yang nak hantar anak study ke kptm. First of all aku nak declare kat sini aku bukan lah sponsored by kptm, so all of my reviews and suggestions are based on my personal experience.



Aku akan listkan soalan-soalan famous by adik adik kita ni ye :


1) Bangunan KPTM sekarang masih di tabung haji ke ?

Good news untuk student baru selepas 2017, korang dah boleh start guna bangunan baru yang banyak facilities yang ex student tak pernah dapat. Hahaha bitter kejap. Aku dapat guna dewan serbaguna dia je tu pun for my diploma show. So here you go



Ni video by KPTM yang introduce their new building. Bagi aku twice the size from the old building. Since this new building is our own so takyah korang nak berebut dengan pakcik makcik yang nak buat haji kat tabung haji tu hahaha. Tapi bangunan tabung haji tu memang menggamit memori betul la. Takkan mungkin ku lupa susah payah tunggu berjam-jam and berebut nak naik bas balik asrama every day. Demi mencari ilmu kan.. Apa nak buat.

2) Apa course yang ditawarkan di KPTM? Aku rasa aku dah tulis benda ni kat post aku tapi masih ada yang tanya, maybe kurang paham kot post aku.


So ni adalah latest choice course yang ditawarkan di KPTM batu pahat. Ada penambahan course baru iaitu Human Resource. Takdelah baru sangat but batch aku takde course ni. So for those who asking okay ke course ni ambik kat kptm, I have no idea sebab aku ambik course graphic. Kalau tanya pasal course graphic boleh lah sis nak menjawab.

Ni aku dah bagi link kat korang, tolong la check ye sebab kalau tanya aku memang tak mampu aku nak explain. Senarai program kptm batu pahat



3) Apa facilities baru yang ada kat KPTM ?

So aku alhamdulillah sempat bersiar siar kat dalam bangunan ni sebelum aku graduate, walaupun tak sempat belajar dalam bangunan tu I can say it does have better facilities than the previous one that I used to study. Aku sempat interview junior aku yang dapat merasa semester kat dalam bangunan ni.

Kampus batu pahat is not the biggest campus ever, but you guys got the basic like :

- Library
- Dewan serbaguna (besar jugak, boleh buat diploma show)
- Classroom
- Makmal komputer (3 Iab imac & 1 lab desktop biasa)
- Photo studio ( ada 2, have green backdrop)
- Office lecturer
- Asrama perempuan (Asrama lelaki di kktm, transport by provided bus)

Since this kampus tak besar sangat so takde lah sport facilities yang korang idam-idamkan seperti di IPTA. Aku rasa cafe pun takde but don't worry cause kat depan KPTM ni ada deretan kedai makan spt lempeng tok mah, kedai makan, mamak and so on. I think KPTM should make space for cafe inside campus so boleh la provide food for students with affordable price. I don't know la maybe 1 fine day. 

Kalau nak lagi best boleh pergi PURA KENCANA dalam 1 km dari kampus KPTM. Masa aku study kat bangunan tabung haji dulu best jugak sebab kawasan bandar dekat dengan mall and senang bergerak naik bus. Since bangunan baru ni kat Sri Gading so agak limited sikit nak ke bandar. So adalah pros and cons dia. Korang jugak boleh pergi Taman U, parit raja bersebelahan UTHM  and KKTM kampus. Btw aku pernah stay at kawasan sri gading ni for a semester sebab masa batch aku patutnya dah pindah bangunan baru. So kami semua dah pakat pindah sri gading dah settle rumah sewa tiba-tiba kampus tak jadi pindah. So stuck la aku kat situ for last semester. Bila diingatkan time tu memang menggelegak hati ini. Tapi apa pun benda dah lepas and aku pun dah selamat graduate.


4) Ada bantuan pinjaman tak di KPTM ?

So aku tau korang yang masuk KPTM ni mostly sebab dia institut MARA, so of course la akan ada bantuan loan mara for all student yang enrolled. Sekarang ni sistem dah berubah, based on new information korang layak mohon mara if dapat 3 credit any subject in SPM. Korang boleh check kat website kptmbp the credit requirement for every course sebab loan mara depends on it. 

Untuk makluman lanjut, korang call je office kptm batu pahat and tanya la merekea sebanyaka mana korang nak. Jangan takut sebab korang nak invest your future of course la nak at the right place kan. So it's okay to ask a lot daripada main taram je masuk. Sebab aku ni bukan staff so aku tak tau the new sistem kat KPTM. The only thing yang aku boleh tolong korang is provide the contact number. Baik kan aku sampai macam ni nak tolong korang. Btw masa zaman aku dulu elaun mara dia bagi RM535 so I don't know the rates now but cukup je untuk hidup kat batu pahat sana. Yuran pun MARA yang bayarkan so korang boleh chill and fokus nak score CGPA je. Eventually, MARA just provide loan je so korang kena la bayar balik after habis study but jangan risau ada pengurangannya. Masa time aku patutnya kes aku takyah bayar langsung sebab aku graduate with CGPA 3.9 tapi nasib aku agak malang sebab time tu MARA tengah crisis and banyak scandal so aku still kena payback 15% which is not bad la daripada bayar full price. So it depends on the gov as the terms could change from time to time. 

TBH kalau nak compare hidup aku time student and budak IPTA, mudah la jugak kami sebab ada elaun mara so tak perlu susahkan family. Compare to IPTA eventhough their tuition fees a little bit cheaper but still diorang need allowance monthly to survive. Also they can only use PTPTN which come with interest later. So you have the right to make decision for the sake of yourself in future. 

Alamat KPTM BATU PAHAT :

Lot 55194 (PTD 53869), Jalan Gading Emas 4,
Taman Gading Emas, Seri Gading,
83300, Batu Pahat, Johor


Tel : 07-4559902/ 07-45567295) Okay ke belajar kat KPTM, boleh berjaya ke, apa kelebihan belajar kat sini?

Well soalan ni adalah sangat subjektif. Bagi aku, aku tak letakkan tempat belajar sebagai pengukur kejayaan. And also where ever you study pun it all back to yourself. Your discipline and passion will help you to grow. Sambung belajar ni is an investment but it's not the only way to success. Success also is a subjective matter. To me if Im happy with what I am doing in life and start something that can help people open their eyes and inspire thousand of people and surrounding with people that I love, that is "Success" to me and it could be differs from everyone. Tanya balik diri korang, korang study untuk apa? adakah perlu? Sebab kalau korang tolak tambah tak sambung study pun you guys can still work too and maybe menjana duit instead of losing money and bila graduate kena bayar hutang pulak kan. Bagi aku lah tak salah pun untuk melabur duit sekarang belajar sebab dengan KPTM la aku collect ilmu and sekarang dengan bantuan KPTM la aku sambung study abroad. It seems like always a dream to study abroad. Tapi aku dah sampai sini dah membawa nama MARA hahaha. Bagi aku lecturer kat KPTM sangat sempoi and fun especially lecturer favourite aku Sir F hahaha. Sebab banyak dia bantu aku and buka minda aku. So kalau korang tanya aku okay ke KPTM. Well aku dah sampai New Zealand pun and dah final year weh. So i guess yeahhhhhh


Lepas graduate it's all the same for everyone, struggle to find job, struggle to payback student loan. Sebenarnya it's all like a human cycle. We study to find a good job to survive ? Instead of surviving je pikir balik apa motif untuk hidup korang. Korang just nak kerja je ke or korang nak cari ilmu? kalau korang tukar mindset korang insyaallah nothing is impossible in life. 

Btw kalau korang nak tau pasal hidup aku kat New Zealand check this out :

How it felt to study abroad ? Real life experience

The old KPTM post :

KPTM BATU PAHAT PART 1


Any question?

Email : inspiredgeeks.ej@gmail.com






Trend Micro Check

0 comments: