Kptm batu pahat

Tuesday, June 16, 2015 EJ 57 Comments

Assalamualaikum adik adik lepasan spm,

Korang mesti sekarang tengah mencari mana ipta or ipts yang bagus. Aku tak tau la kalau upu dah keluar or belum. Rasa macam dah. Tapi aku saje nak tulis benda ni as reference untuk korang yang nak sambung belajar. So korang yang berjaya dapat masuk ipta congrats la. Even aku pun tak dapat masuk huhu. Korang memang terpilih. So jangan sia-siakan peluang yang diberi. Akak doakan korang berjaya tsk tsk haha. Btw yang tak dapat masuk ipta tu it's okay. Well always remember rezeki ada kat mana mana. Memang la masuk ipta bagus tapi ipts pun ada benefit dia gak. And ada yang okay. Cth ipts yg okay macam unikl, msu, sunway university, taylor university and banyak lagi la. Korang kena pandai pilih okay.


So sekarang ni akak senior ni (kononlah) nak cerita pasal ipts akak iaitu KPTM. Aku sekarang belajar kat kptm batu pahat. It is a small town somewhere in johor between muar and ayer hitam. Hahaha. Sekarang aku dah nak masuk sem 3. Pointer sem 1 mmg cantik. Sem 2 tak tau ah ahahaha. So memandangkan aku ada sedikit pengalaman kat sini aku nak bagi tau korang before korang menyesal masuk sini lol.




First of all kat sini ada 4 course:

1) Diploma in computer graphic design
- Ini la course akak adik adik semua. Basically belajar pasal design (photoshop, illustrator) then ada photography, belajar buat video, advertising. Semua tu akan belajar. Banyak lagi act tapi malas nak list haha. Ramai yang salah anggap course ni tak perlu melukis sbb COMPUTER graphic design. Okay itu adalah salah sekali sebab semua course seni mesti akan belajar lukis dulu masa sem 1. Mesti wajibul gunnah. Wajibb pahamm. Jadi anda tidak akan terlepas dari melukis. 
Even korang power gila photoshop pun. Have fun la huhu

2) Diploma in information technology
-  Course ni lebih kpd IT. Belajar pasal database, math, english bla bla semualah. Aku tak tau sangat course ni tapi tulah dia. IT okay.

3) Diploma in business information technology
- Okay bisnes budak dbit cakap diorg belajar pasal statistic, math. And macam macam lagi. Course ni gabungan IT dgn bisnes. So kita belajar pasal bisnes tapi still ada knowledge dalam IT. 2 in one la kiranya.

4) Diploma in computer system and networking
- Okay course ni lebih kepada programming la. Belajar coding, buat games semua. Banyak lagi la.

So itu muqadimmah setiap course la ye. Korang takkan paham kalau aku cerita panjang lebar pun. Basically tu yang korang perlu tau. Dah belajar baru tau banyak pahamm. Hahaha. Okay so lepas ni aku nak cerita pasal kemudahan kat sini pulak. Okay kitorang ada sebuah bangunan yang sangat besar (lol besarlah sangat). Antara terbesar di batu pahat tak termasuk kilang kilang okay. Bangunan tu adalah bangunan tabung haji. 

Lihatlah bangunan yang anda akan belajar. Sila tabah wahai adik adik.

Bangunan ni ada banyak class tapi takde dewan semua tu. Ada dewan seminar tapi aku rasa kebesaran dia sebesar kelas aku kat sekolah dulu. Ada studio fotografi tapi aku tak pernah jumpa. Ada bilik mayat, library. Kitorang panggil bilik mayat instead of bilik rehat pelajar. Selalu budak takde class lepak sini or library. Batch aku banyak lepak bilik mayat ni. Kecik je bilik ni pastu sejuk gila sebab tu kitorg panggil bilik mayat. Tapi bilik tu dah jadi class. Tapi aku still lepak situ bila takde class kat bilik tu. Tak kira hahaha. Tempat favourite aku tu weh. Aku tak suka lepak library benci. Banyak mata memandang. Kemudahan kat kolej sangat sikit. Ada lab semua tu tapi biasa la tak besar sgt. Bangunan ni kecik je so paham paham la tapi ada aircond tu jangan risau hahaha. And aircond sejuk. Tu yang penting. Kat sini memang takde kemudahan macam ipta yang besar gedabak tu ,auditorium yang besaq gila mmg takde la. Kirim salam awal awal. Takde padang, or gelanggang pape. Jangan nak berangan okay. Tingkat G adalah kawasan tabung haji. Jangan kacau diorg nanti kena kompaun lulss. Kolej ni dekat gila dgn summit parade. Tak dekat sangat tapi korang mampu jalan kaki. Ada karaoke kat summit tu and bowling. So lepas class korg boleh lepas tension yang bersarang di kepala dek assignment yang menimbun.

Asrama pulak. Sem 1 and 2 wajib duduk asrama. Sem 3 duduk luar ye. Asrama korang takyah risau. Memang selesa. Tapi sangat jauh. 30 minit dari kolej so kptm ada sediakan bas setiap hari. Ada masa-masanya ikut kelas korang hari tu. Basically aku nak bagitau korang yang kita ni menumpang. Asrama menumpang and kolej pun menumpang. Hahaha bangga tak? Kita ni memang kaki tumpang tau jadi bergembiralah. Asrama tu namanya KKTM. Institut ni under mara. Sebab tu kita tumpang duduk asrama situ konon sama sama under MARA. Puihh. 
Bilik asrama ada 2 jenis, bilik 2 org dgn bilik 4 org. Bilik 2 org lagi banyak dari bilik 4 org. Bilik 4 orang serious luas. Bilik 2 orang pun okay. Memang selesa la. Kat IPTA tak dapat bilik luas macam ni. Oh almari diorang best besar. Takde la sebesar rumah korang punya almari tapi besar untuk asrama. Sapa pernah duduk asrama tau la almari kecik mana. Warden asrama sini baik kitorang panggil 'ibu'. Suami ibu kitorang panggil 'abah'. Sweet tak ala ala ibu ayah ada kat sini luls. Aku suka borak dengan abah. Abah ni ada buat bisnes sewa basikal. So aku ni kira pelanggan tetap la sebab suka pergi dobi kat taman U. huhu

Ni asrama siswi. Yang oren tu lah bangunan asrama kptm. Yang sebelah tu kktm punya. Petang-petang  aku suka tengok permandangan kat belakang asrama ni. Lepas tu bukak tingkap luas-luas kasi angin masuk. Time tu memang best. 

Ini adalah main gate asrama kktm. Sorry takde gambar siang. Masa ni lawa tu yang snap tu huhu. Sebab selaunya gate ni kelam dan suram je tetiba meriah je lol haha

Ni bilik aku dulu. Rindu bilik ni tsk tsk. Sesapa yang dapat bilik ni sila jaga elok elok please uhuk uhuk. Masa ni dah habis sem. Tu yang bersih.
Best bukak tingkap luas luas. Angin sedap. Spot ni sesuai nak usha crush lalu lalang.


Aku suka gambar ni nampak sangat elegan lol.

Kat asrama ni ada macam macam kemudahan tapi korang tak dibenarkan pergi guna sbb korang ni kptm bukan kktm. Kan aku dah cakap korang menumpang luls. So sedar la diri. Ceh cakap dengan cermin haha. Ada gelanggang tenis, badminton, padang, futsal court, astaka, cafe, gmart. TAPIIII korang boleh pergi cafe and gmart je. Jangan pergi main kat tempat lain. Dkt siswi ada court badminton. So situ korg boleh main. Padang aku tak pasti. Tapi kalau training as atlet kptm boleh kot. So jangan sesekali PERGI KE TEMPAT LARANGAN. Sebab diorg ni sensitif tau. Nanti mesti ada yang mengadu pastu bagitau org atasan kptm cakap kita ganggu diorang.

Kat sini boleh sewa basikal. Harga tu mampu sewa la ye haha. Kat luar asrama ni ada kawasan perumahan and kedai kedai namanya TAMAN U. Kat sini ada mcd, restoran bersepah, bank, dobi layan diri, kedai stationary. Sini boleh kata lengkap la untuk kemudahan pelajar. Sebelah bangunan kktm ni ada UTHM yang BESAR GEDABAK. Jeles aku tengok kemudahan kat situ. Ada balapan lari besaq gilaqq, tasik ada main kayak, ada dewan renang ( tapi aku tak pernah masuk), ada library terbesar di asia tak silap aku huhu. Korang as jiran kepada uthm boleh masuk sana pergi tasik, library. Diorg bagi. Kptm dengan uthm baik. Kptm dengan kktm kurang baik. Paham paham la ye. Kat sini ada gak pekan yang dekat kitorg panggil parit raja. Kat situ ada la pasar boleh pergi. Kat taman u pun ada pasar malam hari rabu. Basically taman u tu mmg kawasan pelajar. So lengkap and best. Tak bosan la. Aku mungkin akan rindu suasana kat sana nanti tsk tsk. Kat situ aman tak busy sgt macam kat bandar. Kurang bangla. Kalau kat bandar penuh je bangla aku tengok.


Jalan menuju ke Taman U. The most perspective view luls

Untuk outing kalau korang bosan atau menghadapi stress melampau. Kat sini ada 3 mall. Banyakkannn so tak payah pergi JB semata mata nak tengok wayang. Aku sebat korang. Assignment banyak nak pergi JB ciss. Ni lah mall kebanggaan batu pahat.


1) BP mall

2) Summit Parade


3) Square One

Tapi yang function and sesuai dibuat outing would be BP mall. So masa weekend anda boleh la datang ke sini bersama teman teman baru lol. BP mall ada wayang, karaoke, dan bowling. Kedai kedai pun okay la. Ada yang branded ada yang biasa. Kat square one ada Parkson. Jadi sapa yang memang gila barang kat parkson ni takde la sedih sangat kan. Sebelah square one tu ada Carefour. Square one ada karaoke and wayang. Summit ada karaoke and bowling. Orang kata sini murah sikit compare to bpmall.

Soal transport jangan risau. Bas berlambak kat sini. Takde la lambak sangat tapi ada la. Every 30 minutes ada bas. Kat sini ada 2 jenis bas dari asrama yang korang boleh naik kalau nak pergi bpmall. Johore motor and causeway (bas kuning). Johore motor takde aircond paham. Causeway ada tapi bau masam. Biasalah banyak golongan international dalam tu. Sabar je la. Bas nak pergi bus stand (terminal bas batu pahat) boleh naik johore motor and causeway.


Johore motor : Ayer hitam - sri gading - asrama kktm - bp mall - bandar bp - bus stand

Causeway: Sri gading - asrama kktm - bp mall - carefour/square one - summit parade - bus stand

Itu route bas tu. Aku saje bagi info ni sebab masa baru baru kat sini. Aku macam nak gila sebab tak pernah naik bas. Masa tu nak balik rumah first time naik bas. So kalau aku bagitau takde la korang gila sangat. Senior kat sini bukan senang sangat nak bergaul. Korang yang tau sendiri nanti. So bersyukurlah sebab aku bagitau. Aku kat sini memang naik bas je la memandangkan takde lesen. So penting untuk aku tau semua benda ni. Bas nak ke parit raja pun ada. Bas sama gak johore motor or causeway. Parit raja tu terletak sebelum kktm and uthm. Tapi jarang sangat la aku pergi. Hah selain bas ada perkhidmatan kereta sewa dekat uthm. Jadi anda hanya perlu call sahaja nanti diorg hantar kat gate asrama. Nanti dah masuk sini korang tau la mana nak dpt nombor. Harga kereta sewa okay la. Nak compare dgn kl memang tak dapat harga macam ni. 

Haaaa soal lecturer kat sini aku rasa okay la. Diorang memang sporting. Susah nak jumpa lecturer berjiwa pelajar kan. Tapi kat sini banyak. Maklumlah banyak lecturer muda. Aku rasa cikgu kat sekolah aku semua tua-tua kot. Masuk college lecturer muda muda. Pelik aku. Lecturer kat sini memang bagus and banyak bantu pelajar. Kira tak lokek ilmu. Diorang akan ajar selagi diorang boleh. Tu yang aku suka dengan lecturer kat sini. And kat sini korang boleh mohon pinjaman Mara kalau dapat pointer cemerlang takyah bayar langsung. So sapa taknak kan. Setiap bulan elaun rm500++. Sapa taknak rm500 sebulan. Boleh la tenang sikit hidup kat sana. Kalau takde mara memang senak nak cari duit survive. Tapi sapa yang layak je dapat mohon mara. Kalau tak lepas syarat kena ambik PTPTN. Tapi jangan risau once korang sem 2 ke atas korang dapat pointer bagus boleh mohon mara. Tapi tu time batch aku. Aku dengar sekarang sapa yang masuk kptm tak lepas mara guna sijil spm. Means tak boleh mohon mara after sem 1 even pointer lepas syarat mara. Idk about that. Tak pasti sangat. So result spm sangat penting.

So basically itulah kehidupan kat sini. Aku tulis entry hanya sebagai reference untuk korang kat luar sana. Sebab masa mula mula masuk sini pun aku tak tau pasal keadaan kat sini. And aku terkejut dengan kemudahan dia. Tapi bila lama lama rasa macam ala yang penting aku belajar. Yang penting aku berjaya. Kalau nak masuk Ipta yang besar gedabak tu kenalah usaha kuat sikit. Korang pun tau swasta banyak pakai duit and memang kena pandai independent. Kalau UITM dapat bantuan barang seni untuk pelajar. Kitorang beli sendiri barang seni pakai duit sendiri. Memang kena independent. Tapi sebab duit mara boleh cover benda tu so takpelah kan. We don't mind even belajar tempat kecik. Kemudahan takde. Yela swasta. Yang penting ilmu tu kita kutip and banggakan institut kita. Mana tau satu hari nanti KPTM boleh jadi university. Even UITM tu pun dulu cuma institut mara. Tapi dah jadi besar setaraf IPTA. So basically kita as pelajar yang bangunkan kolej ni sampai mampu jadi IPTA. Kalau result bagus mesti kita boleh. So adik adik jangan jadikan bangunan pengukur kejayaan sebab kejayaan datang dari usaha. Even kau sekolah pondok pun boleh berjaya. Aku ada impian nak sambung degree oversea. Hmm insyaallah kalau ada rezeki. I will fight for it. Kalau cemerlang kita boleh mohon program skim pelajar cemerlang mara ke oversea. Bestnya.. Kalau tak dapat pun takpe lah aku anggap takde rezeki. So itu jelah untuk hari ni. Aku ada terfikir nak sambung entry ni nanti. But idk macam dah banyak info aku bagi. Kalau ada info lagi aku akan masukkan dalam entry part 2 insyaallah. Kalau ada lah. huhu. Sekian akak senior yang baik hati.


Read more about KPTM


Any thoughts? Share in comment below or reach me out at 
inspiredgeeks.ej@gmail.com






57 comments: