Pengalaman ambil exam IELTS di IDP

Friday, May 11, 2018 EJ 24 Comments

Salam 1 malaysia,

Selamat datang ke blog saya yg ada entry bila tuan dia rajin or tak boleh tidur. Haha. So today aku nak share pengalaman aku ambik IELTS exam. Okay first of all untuk noobies yg tertanya tanya apakah IELTS exam ni. Well dia macam MUET yg korang semua ambik tu for sambung degree but this is mainly for overseas punya english test. Normally english speaking country memang akan ada requirement for certain test untuk layak masuk ke uni depa. Okay paham tak murid murid setakat ni. Haha. So IELTS ni diperlukan la untuk mereka yg nak migrate tu another country or nak sambung belajar. Mostly ke aussie, Canada, UK and New Zealand.





Tujuan aku nak story pasal experience aku ambik IELTS ni bukan nak show off. Tapi aku tau betapa strugglenya orang kat luar sana nak ambik exam ni. Cause FYI the exam fees is almost RM900 per test. Ni memang naik melampau gak la. Sejak aku tanam niat nak fly overseas kan aku check baru RM500. But now naik mendadak betul. Memang cekik darah ni. So untuk mengelakkan anda rugi. Tolong la prepare betul betul. Jangan jadi macam aku repeat dua kali. Terbang duit aku. Dengan exam fees tu aku boleh gi travel seminggu tau haha.


Straight to the point la, aku ambik dekat IDP. Ada jugak yg ambik kat British Council (BC). Orang cakap BC ni strict sikit la dalam marking paper. IELTS exam consist of Listening , Reading, Writing and Speaking test. Sama je macam MUET. But aku rasa tougher kot dgn tak cukup masa weh. Menggeletar aku ambik exam ni, tbh lagi nervous dari SPM. Hahaha. Bagi aku okay la IDP run the test. Aku tak boleh nak judge which one is better sebab aku ambik dua dua exam kat IDP. Sebab malas nak register account kat BC. Haha. Aku rasa okay la sebab diorg really take care of us la.

Okay in speaking test kan, aku ambik kat IDP Subang Jaya. Tempat dia kecik je. Sorang sorang kena masuk 1 bilik. Sebab speaking test je pun so tak perlu dewan bagai. Dalam speaking test ada 1 to 1 interview dgn speaker. So ada 3 sections. Bagi aku soalan dia tak susah sangat. Tapi kalau korang takde vocab yg kuat and korang takde idea it can get a little bit tougher. But if korang prepare banyak baca topic yang selalu discuss in speaking test. Then there will be no problem for you. They key is to always practice and banyak baca topic yang IELTS selalu bincangkan. Ada banyak teknik sebenarnya. Kat bawah aku akan share link for study IELTS by yourself without buying expensive books. It's really worth it. Dengan website yang ajar free lesson ni aku berjaya jugak second try aku. Korang boleh jugak rajinkan diri tengok IELTS speaking test kat youtube. Bersepah weh. And dari video tu korang boleh judge sendiri korang tu layak band bape. Ada banyak teknik macam mana nak score dalam speaking. Idea tu penting untuk buat process speaking tu berjalan lancar. So kalau takde idea susah tau nak jawab soalan speaker yang kadang kadang aku tak terpikir. Untuk second try aku, aku dapat soalan dimana dia tanya "What is the meaning of your name?" Ini adalah soalan yang diluar jangkaan kau. Cause aku dah baca semua topic yang selalu ditanya. Tapi yang ni memang aku tak expect. Aku tau apa maksud nama aku cuma aku kaku nak jawab sebab soalan tu diluar expectation. Tapi takpe aku dah dapat cover balik dalam section 3 sebab dia dah start tanya current issues. That was my strength. Aku prepare untuk exam ni just for 2 weeks. In 2 weeks aku baru nak belajar format IELTS. Baru nak buat latihan. Memang crucial la citer dia. So please jangan jadi macam aku. Lain la hangpa ni semua speaking london kat rumah. Aku malas nak cerita format IELTS secara detail kat sini. Kalau aku citer gak memang 2 malam pun tak habis entry ni. So korang yg ambik tu pandai la study sendiri ye. Ingat usaha tangga kejayaan.

For listening test pulak, first try tu kan aku rasa aku buat bagus tau tapi aku tak dapat band yang aku nak. I was aiming for band 7 for listening test cause aku memang prepare listening ni. Slang US/UK sebenarnya takdelah susah nak paham. And aku dah biasa tengok movie hollywood and biasa dengar slang diorang. Takde la susah mana. Aku rasa most of malaysian boleh paham. Tapi IELTS ni kan takkan bagi kita slang senang je. Dia ada 4 section. And typically section 1 will be the easiest one and akan ada 1-2 section yg slang dia boleh buat berdarah telinga hampa semua. Serious aku cakap. Aku dah cuba dengar sefokus yang boleh still tak paham hahaha. Dahlah audio play sekali je. Pastu kau kena ikut timing depa. CD tu dia takde nak pause kalau kau tak cukup masa nk tulis jawapan. So tu yg agak challenging la. Bila tak dengar audio tu aku rasa macam nak baling je meja haha. Nampak tak masalah anger management di situ. Yela exam fees mahal kot. Kalau RM 5 aku takde la emotional sangat. And some tips aku lah. Listening ni takde cara singkat la korang nak prepare. Korang kena practice practice sampai korang dengar slang black american tu pun korang boleh paham. So practice gais. IELTS ada list for band score. So kau boleh target kat situ. Contoh kalau nak band 7 boleh salah 10 je. Ni penting tau. Sebab aku banyak buat latihan macam ni. Selalu target nak band berapa. Pastu kalau tak capai target kena la figure out apa masalahnya. Adakah otak kau terlalu lembap untuk faham format dia ni. Korang kena faham otak korang berfungsi macam mana. Ada yg slow macam kura kura. Ada yang laju macam cheetah. It's up to you la nak improve otak korang macam mana kan. Rambut sama hitam hati lain-lain. Okay dah mengarut pulak. Haha. And please fokus dekat contoh actual model for listening test. Kalau kau buat exercise yang senang. Nanti time real exam mulalah menggelibas. Kalau boleh cari soalan susah susah. Biar kita prepare dengan segala kemungkinan dari serangan musuh kita. Eceh haha. Merapu lagi. Link yang aku selalu guna for practice is "ielts-up.com" kat sini banyak bagi online exercise. Lagi satu "ieltsbuddy.com". Bila dah jawab dia akan total kan score kau and give you scored band. It's being really helpful to me. Sebab aku malas gila nak print banyak kertas soalan. So website ni dah mudahkan kerja aku.

Next reading test, tbh la kan reading test ni memang crucial part of the test. Kalau boleh kat sini korang score la setinggi mana yang mungkin. Kerna kat sini la kau boleh score. Sebab dia jawab soalan macam pemahaman. It's easy for me la. Tapi tak cukup masa. Kan aku dah kata IELTS ni takkan biar kita lulus senang senang. Dia nak kita repeat paham tak. So macam mana nak lawan agenda tersirat mereka ni kita kena prepare. Korang kena biasakan baca passage or baca novel la. Tbh la the passage quite challenging gak nak paham untuk otak lembap macam aku ni. Ada passage yg senang gila so situ boleh save masa. Ada passage yg melibatkan sejarah. Hah tang ni aku lemah. So aku ambik masa sikit. The crucial part is time management. Dalam exam hall tak boleh bawak jam. So kau tengok la LCD kat depan ada bape minit lagi. Dalm dewan tu segalanya berlalu dengan pantas. Takde masa ye nak pandang orang sebelah ye. Semua bergegar meja. Bunyi selakan kertas bergema. Kadangkala ada bunyi bunyi batuk yang memecah kesunyian. Tetapi perjuangan harus diteruskan. Dalam reading kena transfer jawapan kat dalam answer sheet so teknik aku adalah lepas jawab 1 section terus transfer. Sebab memang tak sempat ye nak last minute transfer answer. Dengan jantung yang berdegup kencang dengan pensel pemadam terbang. Korang akan menyesal. Percayalah. Hahaha. Tips untuk prepare reading ni senang je. Print 2-3 model paper from internet pastu jawab la. Jangan lupa check answer. And figure out apa yang kau salah. Takde banyak tips pun actually. Hah lupa nak mention kat soalan setiap section selalu ada bagi tau bilangan words or number untuk jawapan korang. So korang kena alert sikit la. Kadang kadang korang ingat 2 words tapi sbnrnya kat soalan dh mention nak 1 word je. So korg kena jugak pilih the most precise answer. Quite tricky jugaklah. BTW this test will take about 60 minutes and ada 3 section. Korang kena manage time korang. Untuk section mana yg nak spend more time. Kalau passage susah spend lebih masa kt situ. Kalau senang jangan buang masa sgt. Masa yg diberi sangatlah cukup cukup makan tuan puan semua.

The last test was writing. Hah lupa nak bagitau exam IELTS for listening, reading and writing buat dalam 1 hari. Takde break tau. Untuk test taker kat IDP la. Meanwhile, speaking test ambik 1-2 hari  before the rest of the test. So takde la menggelibas nak buat semua dalam 1 hari kan. Bagus la buat macam ni. Tak pening kepala sangat. So kita boleh budget masa nak study untuk speaking alone. And test yg lain tu boleh focus after speaking test. Untuk writing kan aku banyak belajar technique from videos kat youtube. And ada 1 website ni memang sangat membantu "IELTS LIZ". Apa yang dia ajar aku siap buat notes lagi. Umpama dia ni cikgu online aku la. Kalau dia jadi cikgu bi kat sekolah dulu comfirm english aku A+ tak diragui lagi haha. Other than that, aku ada gak baca contoh IELTS essay yang boleh score band 9. Tbh aku nak band 7 je. Sebab aku tau english aku ni macam mana. Kalau dpt band 7 pun dah okay la. Banyak sangat tips dalam website tu. Dalam IELTS tak perlu ayat berbunga bunga. Kita nak padat, tepat, ringkas dan menjawab soalan. Tu je. Takyah nak berbunga bunga ber-idioms bagai. Lagipun masa ada 60 minute je and ada 2 section. Task 1 kena explain graph or charts while Task 2 would be essay la. Ada banyak jenis essay such as opinion, benefits, advantage and disadvantage, cause and solution and banyak lagi. Korang boleh study contoh contoh essay kat web IELTS liz tu. Serious sangat helpful. Study teknik menjawab essay tu macam mana. Sebab korang kena ada strategy. Kalau korang membuta tuli ambik exam ni tanpa the right preparation, it's gonna be a waste. So please ladies and gentleman. Jangan malas. Task 1 tu ada teknik dia macam mana. Penting ye untuk study and bukan main hentam je. Task 2 pun sama. But in Task 2 we will have more freedom la. Semua ada dalaam website "IELTS liz" tu. Serious tu la website yang paling banyak bantu aku. Aku ambik exam ni solo without kawan kawan. So aku banyak self study and website tu la cikgu aku.

So aku nak summarizekan macam mana nak score IELTS dengan berkesan and effective :

1) Beli buku IELTS. Sebab of course lagi banyak teknik and model answer yang korang boleh study. Tapi kan aku tak beli pun buku sebab aku nak guna kejap je. Nanti bazir je beli. Other alternative boleh email or pm aku kat twitter or insta aku kalau nak free ebook IELTS at eqajamal@gmail.com. Tengok aku dah savekan duit korang. Patut bagi aku sumbangan sebab aku share ilmu ni. Haha

2) Self study kat website yang aku list kan ni :

* The most helpful IELTS material for noobies like us. Dalam website ni sesuai untuk study writing and speaking. Kalau reading and listening pun ada jugak exercise . Pokoknya kat website ni sangat helpful and cara explanation dia senang nak paham. Totally recommended.

http://ielts-up.com/index.html
* Aku suka guna website ni for listening and reading practice. Sebab dia online test so takyah print paper nak practice. Save environment la sikit kan. Tapi tbh listening kat sini senang sangat so listening better study kat website lain. Writing kat sini pun banyak tips and teknik menjawab soalan.

- https://www.ieltsbuddy.com
* For this website, listening practice is the best here. Sebab model soalan lebih kurang dalam exam. So good for practice. Reading pun sama. Plus point exercise boleh jawab secara online so takyah print banyak banyak. Same as reading. Model soalan lebih kurang dalam exam. So banyakkan practice kat sini. Aku discover website ni lambat sikit so rugi ah.

https://ieltsmaterial.com/
* Yang ni website yang okay jugak, Ada banyak sample answer for writing and tips menjawab exam.

https://dxschool.org/ielts/
* Last website yang boleh jadi korang punya IELTS material would be this site. Kat sini ada banyak free ebook and soalan yang korang boleh download. Pilih je mana yang berkenan. Aku ada download jugak tapi aku lagi suka print model answer yag aku suka. Daripada print the whole ebook. So aku banyak print from website ielts liz tu hehe.

3) Download IELTS apps kat smartphone.
Sekarang ni dunia dah maju and teknologi are very advance. Korang rajinkan lah download apps IELTS kat playstore tu. Sebelum tidur boleh revise apa yang patut. It's really convenient. Gambar kat atas ni adalah apps yang aku recommend and aku da.h guna pun. Senang nak revised di saat akhir. Idk why aku terlalu gigih nak tolong korang ni. Demi rakyat Malaysia saya masih menulis pada pukul 4 pagi ni. Kalau tak lulus jugak tak tau la.

Update :

1) Nak ambik Ielts kat mana yang okay? IDP or British Council (BC)

Since ada few of you yang tanya the same question, aku decide to add my opinion kat sini. Personally from my experience aku repeat test twice and both I took at IDP. Yang aku tau kat IDP Subang Jaya speaking examiner tu mostly Malaysian Indian so I think okay la. Kat BC, my friends said they have native speakers yg handle speaking test. So kalau korang rasa tak gugup nak speak depan mat saleh boleh la try kat BC hahaha. For marking schemes aku rasa both sama je. Since kawan aku yang first time try kat BC pun dah boleh pass. So it depends kat intellectual level masing2. Since Aku tak pernah try kt BC Aku tak boleh nak bagitau which one better. So if anyone ada experience sila lah share at ruangan komen hehehe.

So tu jelah for entry kali ni. Aku tau dah panjang berjela but this is one of my initiative to help you guys out there. So if you want to ask any question, kindly email me. Kalau korang ada any other useful tips yang nak share boleh comment kat bawah. So aku boleh add on any new info and stay updated. Thanks for reading and I wish you guys succeed in the exam. Goodluck guys !

Any thoughts? Share in comment below or reach me out at 
inspiredgeeks.ej@gmail.com

I give free ebook only to the one who make effort to reach out :)







Trend Micro Check

24 comments: