SPM dah keluar : kemana arah tuju anda?

Tuesday, March 08, 2016 EJ 2 Comments

Salam adik adik yang sudi membaca blog ini,

(ada ke yang baca) hahahaha lol. So pada hari ni akak selaku tuan blog ni nak beri some of tips how korang nak cari course and bidang yang sesuai dengan hampa semua. Nak ambil diploma macam akak ni ke. Ambil asasi/matrik or maybe STPM. jeng jeng jeng. Mesti korang sekarang dok pikiaq nak masuk mana satu. UPU pun dah bukak. So masing-masing pun mesti menggelibas baru nak cari mana baguihh. Padan muka hangpa. Lepas spm asyik tidur je kat rumah pastu habiskan beras kat rumah. Ingat aku tak tau. Haa sekarang ni akak nak citer satu-satu biar terang hati korang nak pilih course and IPT mana.

So firstly dalam malaysia ni. Budak-budak lepas spm terutamanya budak sains akan pergi....

1) Matrik
Hello gais. Kat matrik ni korang akan hidup macam takde masa sebab kena habiskan hidup korang dengan attend kelas dari pagi sampai 4 petang. Selalunya la. Emm dan korang akan habiskan all chapter dalam masa 6 bulan. And grad dalam masa setahun. Jadi anda boleh bayangkan 1 tahun form 5 tu nak habis dalam 5-6 bulan. Senakkk..

Tetapi jangan risau. Sebab matrik adalah salah satu cara untuk singkatkan time korang daripada ambik diploma yang takes about 2-3 years. So dalam masa 1-2 tahun dalam matrik lepas tu korang boleh sambung degree.

Matrik ni pun ada 2 jenis iaitu program setahun and dua tahun. Sape tak layak untuk setahun dapat pergi program 2 tahun. Kira relaks sikit la belajar kat program 2 tahun tu.

2) Asasi
Selalunya yang pergi sini budak-budak pandai je la. Macam akak ni memang tak lepas la. SPM pun main-main hahahaha. Jadi result dia macam main-main jugak la. So kat sini pun lebih kurang macam matriks. Setahun je okay. Nak kata padat sangat boleh la. Actually tengok course jugak gais. Macam aku yang ambik dip ni pun padat weh. Kelas pagi habis petang gak. Penat aku. Tapi based on kawan-kawan aku cakap Asasi agak tough and tiring. Mohon muhasabah diri nak masuk sini.

3) Diploma
Hai geng hahaha. So sebab kat Malaysia ni IPTA still takde asasi seni or matrik course seni. Well actually ada tapi swasta dan yuran dia cekik darah. So i just close my eyes. Hahaha. So I have take a really big step in my life. Aku ambik diploma hahahaha for 3 years. Ambik kauuu. Lagi 1 and a half year nak habis. Bila nak habis ni woii. Kawan aku semua dah degree. So gais what is the greatest thing about diploma. Korang akan merasai kehidupan sebenar sebagai seorang student ipt. Di mana ada gap dan anda bebas ke mana-mana. Bebas memakai baju yang anda suka (tengok tempat and course). And ketika ini anda belajar apa yang anda suka. Banyak pilihan course.  Tapi nak habisnya masyallah. Kau akan melihat pelbagai karenah manusia dan melihat perjalanan kawan-kawan kau yang ambik matrik dah ambik degree. Jadi kau pun sering tertanya-tanya bila aku nak habis?? Tapi jangan lah menyesal kerana apa yang penting, bukan pasai sapa yang grad dulu tapi apa yang kita akan jadi nanti after grad tu. So there's no need rushing. Bak kata amir khan "all is well". Don't chase success, success will come if we excellent. lol betul ke quotes ni. hahaha. But for me there is point. Ramai orang sekarang nak berjaya tapi berapa ramai yang nak cemerlang. Belajar macam nak gila kejar pointer sekali buat benda yang opposite dengan apa yang kita struggle selama ni. Lol terasa ke? Hahaha

4) STPM
So kepada adik-adik yang masih tak boleh move on dengan sekolah. Rindukan sekolah. Rindukan tapak perhimpunan dan makcik kantin. Jangan risau kerana anda diberikan peluang kedua untuk masuk lagi sekolah. And the best thing aku dengar sekarang budak STPM dah macam budak u boleh pakai bebas tapi still formal like baju kurung kemeja. bla bla. Tiada lagi baju sekolah. Wahhh congrats gaiss. Sistem belajar pun dah macam u dah skrg. Hebak la depa. Tapi diorang still kena ikut timing sekolah. Bangun awal pagi, kena denda sebab lambat, kena rotan, kena tulis nama kat bilik disiplin dan sebagainya. Have fun gaisss~

So antara semua ni mana yg korang akan pilih. Semua ada pros and cons. Macam course aku ni graphic design. Sebab kitorang perlu banyak praktikal. So aku syor ambik diploma. Sebab diploma akan ajar kau macam budak baru nak tatih. Macam cikgu ajar kat sekolah. Pastu kalau sape yg ambik matriks then sambung degree art sgtlah rugi. Sebab can you imagine how dia nak survive dgn budak2 yang dah ambil diploma art 3 years. And diorang dah ada basic in diorg punya course. Unless budak matrik tu memang dikurniakan bakat semulajadi. Tu based on my perception la. Sebab at degree. Lecturer dah takkan ajar. They expect we know it already. Just like that. So gais serve your right hahaha. Janganlah rasa macam perghh 3 tahun belajar, lama tu. Baru nak habis diploma. Hello dalam 3 tahun, you had learned a lot okayy. Jangan pernah rasa rugi habiskan masa korang demi ilmu. Ilmu kan takkan pernah habis. Kenapa rasa rugi belajar. Belajar tak pernah merugikan. Tak kisah la kau belajar apa sekali pun. Ilmu sangat penting dalam hidup ni. Islam sendiri mengajar umatnya jangan pernah berhenti mengejar ilmu sehingga ke nafas terakhir. Haa kan dah keluar ustazah pilihan musim 2016. Hahaha. Aku kalau bab basuh kepala orang. Memang boleh suci kepala korang tu lulss.

Bagi aku kan SPM is not that important. Kalau SPM pun tak important apatah lagi UPSR and PMR yang cikgu kau selama ni dok push push. Macam penting gila jee. Padahal takde sape cakap pasal tu sekarang. So what kalau kau UPSR straight A. So what kalau kau ada 2B takyah nak nangis sangatlah woiii. Geram pulak aku. Aku menyampah betul dengan budak-budak darjah 6 hari tu. Dok nangis sebab tak dapat straight A. Like seriouslyyy. And the most annoying thing bila kena marah dengan parents. Woahhh chill la educated mom and dad. Your daughter/son have do their best kot. Takde orang yang peduli result upsr bila nak kawin nanti. Janganlah risau anak tu takde masa depan. hahahah. Overthinking la pakcik makcik ni. Takde orang peduli bape result UPSR bila kau nak mintak kerja. Nobody ask that. PMR pun sama tak penting pun bagi aku. That is just record tau. Your own achievement in life. Exam besar yang ada pengaruh dalam hidup aku actually SPM la. Tapi as long kau dah pilih apa yang korang nak (course apa) and just target A subjek yang diperlukan untuk masuk course tu. That is more than enough. Seriously weh.

Cikgu aku pernah cakap. Kawan dia ambik subjek senang nak score masa SPM. Pastu dia just target A subjek tertentu je. Sebab requirement dia nak masuk course tu need like 3 A's je. Very good tips right? Tapi for orang-orang yang always nak do the best and get better result korang kena lah struggle kan (macam i) mata ke atas. Ehem ehem bukan nak bangga SPM saya 7A. Tapi jangan risau. Sebab akak punya subjek sains semua b+ and c+. Tu petanda elak aliran sains hahaha. And aku dah rancang awal2 nak tambah 1 subjek sebab aku yakin boleh dapat A. Memang subjek tu aku dapat A pun. Sebab tu la result aku 7A. Hahahaha. Okay itu bukan pointnya.

Kat mana kita tadi hmm. Haa so masa adik di peringkat diploma nanti takde lagi kategori bodoh seperti di zaman sekolah. Di zaman sekolah ada banyak kasta. Ada kasta pandai, kasta bodoh, kasta don't give a damn, kasta acah-acah bad boy dan kasta hipster dan hot stuff opss hahaha. Hanya ada golongan yang tidak minat sahaja. Jadi sangatlah penting untuk korang pilih course yang korang betul-betul minat. Sebab dah lah kat sekolah kau tak minat belajar kata takde subjek yg kau suka. Dah tu time kat universiti takkan pilih benda yang kau tak suka jugak. Kau ni bodoh ke apaaa??? Kan akak dah marah. Astaghfirullah. Jadi kalau korang ada parents yang suka menentukan future korang. Bawak la berbincang leklok. Cakap lah...

" Mum it's my future can you stfu for a second and let me choose it by myself "

OKAY that's rude. So korang pilih la cara yang lebih sopan sejajar dengan agama kita yang mengajar lemah lembut sopan santun dan sejajar dengannya. Berdoa la supaya mak ayah korang lembut hati. Kalau selama ni diorg rasa nak hentam muka kau. Tapi kali ni biar muka korang bagai ada nur gitu. Baru tenang sikit mak ayah korang. Baru boleh bawak bincang. Ni muka macam pecah rumah. Kau ingt mak bapak korang selera tengok. Muka bawak gaduh je hahaha.

Or ayat lain yang kau boleh try :

Mak, untuk kali ni je boleh tak saya pilih apa yang saya suka, apa yang saya minat. For the sake of my life. Please. Saya janji saya akan belajar betul-betul dan banggakan mak 1 hari nanti. Saya akan sangat gembira kalau dapat buat apa yang saya suka. So please mak. Can you follow my decision this time.

Okay tu antara script-script yang aku boleh provide la hahaha. But most importantly korang kena la ikhlas okay. Get it. Kalau boleh biaq scene tu jadi scene yang paling dramatis dan emosional sekali. Sometimes parents tak semestinya paham kita and tau apa yang kita nak. But they know what the best for you and your future. Depa takkan suruh kau ambik course yang memudaratkan masa depan kau. Mesti semuanya yang ada future and stabil. Depa pun pernah hidup susah gak dulu. So diorang taknak apa yang diorang rasa kena kat korang. Diorang nak korang berjaya okay. Paham tak. So korang kena pandai slow talk and terangkan kat depa. Cakap memang cam senang kan. Mesti korang pikir aku ni macam reti cakap je kan. Aku ramai kawan yang ada masalah ni. And I try to help but diorang taknak take the first step. So how. Masalah takkan selesai. So we need one person to take the very first step la. I know its hard. Well everything changes when you make a first step in your life. Belajar macam mana nak atasi awkward/masalah korang tu. I know teenagers always awkward dgn parents. Zaman akil baligh la katakan. Suka duduk dalam bilik. Menyepi ntah hidup ntah mati. Masa korang teenagers memang selalu ada perasaan tak suka rumah la bagai. Bila kau dah start tak tinggal kat rumah. Pergi belajar dan sebagainya barulah korang akn berubah. It happens to me. And most of people out there. Korang kena learn how to communicate with your parents. And try cakap dalam nada yang paling lembut. Nescaya mak pak korang pun lembut hati. Kalau dok merengus je macam lembu memang tak jalan la weh. Kirim salam.

So I think thats enough for today. Besok aku nak pi tengok orang busking kat depan sogo. Hopefully ada la. Em em. Sape yang sudi baca blog ni thanks for reading. I really appreacite your hardwork to see my celoteh yang panjang lebar ni meskipun aku tak sefamous fatin liyana. Fatin you're my idol babe. I hope you all get la apa yang aku cuba sampaikan dalam bentuk karangan more than 350 words hahaha. So basically always follow our heart in making decision and not forget to always pray for the best decision. Jangan lupa restu mak ayah hampa. Tu paling penting. Lastly kita kena yakin dengan jalan yang kita pilih. So adik adik, selamat memilih course and achieve your dreams. Mudah-mudahan. Amin~

You Might Also Like

2 comments:

Unknown said...

Saya takde arah tuju bantu saya

EJ said...

Istikharah la dik hahaha