Priceless experiences for being a part timer

Sunday, August 06, 2017 EJ 12 Comments

Assalamualaikum,

Hai korang. Whats up? Hahaha. Acah la nak whats up bagai. So as the title above, korang mesti tau aku nak cerita pasal apa kan. Bersedia untuk membaca coretan yang panjang lebar muahaha. Well aku tak pernah buat entry sikit sikit ni. Sekali tulis siap karangan more than 350 words. Jiwa penulis la kononnya hahaha. Some blog suka buat entry sikit sikit. Weh 1 page karangan doesn't enough to tell the whole story. You need at least two whole page guys. I can fill the whole first page with introduction yang panjang melampau hahaha. So guys today aku akan story sikit la my experience in part time job yg aku pernah buat since sekolah. Yesss aku suka cari part time since cuti sekolah lagi. I don't know why. Actually aku nak jujur la, i terpengaruh dengan manga jepun yang selalu memomokkan part time job yg high schooler kt japan selalu buat. Hahahaha. So aku selalu berangan bertapa coolnya budak sekolah kerja part time. And aku selalu berangan nak jumpa cinta bila buat part time job. Eww cringe sis bila teringat balik. Jijik ya amat hahaha. Nampak tak bertapa kunonya pemikiran aku masa setahun jagung tu hahaha. I'm so pure and noob back then. Masa tu aku tak reti beza reality and fantasy kehidupan di zaman najib. Puihh. Lepas aku kerja macam macam tempat aku come out with low expectation setiap kali nak gi apply kerja mana mana. And always prepare mental and predict the hardest part of the work. It's all about psychology la guys. If korg prepare your mind harder than you expected. Kau mesti boleh tahan kerja tu dengan lebih lama. If kau dapat kerja cashier. And expect to be cashier jeee. It's not gonna work guys. Kau kena multitasking lagi. Always set your mind. It's more that a cashier. You've got to do the cleaning job and much more actually. Something like that ah. Weh panjang dah intro. Kang cheq dah habaq. Soooo let's get started.

1. Kerja pasar malam

Okay hahaha this is the first job ever in my life. Ceritanya aku dapat job ni sebab kawan aku punya family ada business kat pasar malam. Berniaga tudung. So masa tu dia tanya la nak kerja ke setiap rabu. Tolong berniaga kat pasar malam. Mula mula aku macam excited gila. Sebab aku tak pernah kerja so I didn't know the reality kahkahkah. Masa ni tahun 2011 masa aku PMR. Hahaha kau bayangkan orang lain sibuk exam. Aku sibuk nak kerja. Tapi aku dapat la arrange my schedule. Lagipun hari rabu je. Pukul 3pm-7pm camtu hahaha. Aku tak closing pun. Biasa lah masa tu budak budak tak boleh balik malam. Acah baik la konon. Pure and angel sangat masa tu hahahahaha. (Mohon jangan cringe sangat). So aku kerja adalah almost a year and a half kot. Sebab fun la. Makan boss support. Gaji masyuk gak la untuk budak sekolah time tu. Hahaha untuk beli komik manga, baju sikit. Not bad la. Sebab I'm growing up in family yang tak manjakan anak anak. If you want something kena kumpul duit sendiri. Kitorang bukan jenis yang mama nak iphone. Ha sebijik iphone7 depan mata. Nope guys. My mum memang bagi duit belanja lebih sikit to practice us saving money. So aku rasa berkesan gak ah ajarannya itu. Cause aku sekarang tak boleh cuti more than a month mesti menggelibas nak kerja. Like noww hahaha. Back to the story. Kerja pasar malam is so fun sebab first time aku dapat handle customer and layan macam macam karenah. At first macam takut takut. Lama lama confidence tu terbina sendiri. Ecewah. And aku belajar life is tough man. Hahaha. The reality perghh. But then I'm still grateful dapat belajar dari bawah. Bila kau dah pernah jadi kuli kau tak rasa berlagak sangat. Sedar je la kita ni budak taman. Bukan budak bandar nak kerja mall segala haha. And pernah rasa kerja kat bawah aku appreciate the hard work of orang yang kerja macam ni. Well org kita kan full with negativity towards this kind of career. And some of us langsung tak pandang kerja pasar malam ni as career. But aku rasa not bad la. No pressure pun. Pastu fun. Kerja sendiri. Pakaian santai. Perniagaan kan 1 sunnah tak kira besar atau kecik. Rezeki paling banyak datang dari perniagaan right. This kind of job ubah mentaliti kita actually. Moment yang aku tak boleh lupa sekali bila hujan lebat and then kau bayangkan kelam kabutnya kitorg nak selamatkan tudung dari basah. Kalau tak kerja pasar malam kau takkan paham bertapa strugglenya and crucialnya time nak selamatkan tudung tu hahaha. Dengan bumbung bocornya hahaha. Dengan customer sibuk nak beli tudung time ribut melanda tu. So benda ni mengajar aku jangan ganggu peniaga yg dah nak tutup kedai or tengah mengalami crisis hahahaha. Okay tu je la pasar malam. Banyak sangat aku mengarut. Next...

2. Cucuk seafood a.k.a jual nugget

Nama kerja pun macam pebenda ni hahahahaha. Aku pernah kerja jual Nugget and makanan goreng goreng ni depan pasaraya. Haaa nampak tak. Semua kerja aku rembat. Time ni masa 2012 hujung tahun cuti sekolah. Kerja sebulan je. Sebab desperate sangat nak kerja. Hahahaha. Sebab kerja fast food franchise semua nak budak 18+ above. Aku ni bawah umur. So takde choice. Mana ada rembat saja maa. Gaji kerja ni sungguh cikai. Tapi aku tak tau camne aku bertahan hahaha. Rm15 sehari. Kerja dari kul 10am-10pm hahahahaha. Untuk budak sekolah yg noob, aku sangat menghargai rm15 sehari tu. Weh kerja pasar malam dulu lagi worth it kot bhahaha. But takpela terdesak kan. Kerja aku basically handle gerai tu macam gerai aku. Ramai customer yang ingat aku ni anak muda berjaya yang mampu berniaga kecil kecilan hahaha padahal aku tolong jaga je pun. Product kami masa tu adalah keropok lekor, nugget murah, crabstick, chicken popcorn and banyak ah lagi. Ni yang aku ingat la. Gerai betul betul depan pintu masuk pasaraya. Sepanjang aku kerja sini. Classmate aku selalu datang and gelakkan aku kerja sini. Pastu menganjing bodo bodo. Biasalah budak lelaki time ni kerja kacau orang tak matang. Cara aku nak diamkan diorg bagi makan free hahaha. Bagi ah 2-3 cucuk nugget ke crabstick ke diam ah dorang. Lawak bila teringat balik. Haa the best part of kerja sini is aku kerja dengan kawan baik aku. Sepatutnya sorang rm30 tapi sebab aku nak kerja berdua dengan bff katanya. So terpaksa la split the payment gitu. Nampak macam kedekutnya lahai makcik ni. Bagi je la rm20 sorang. Tapi jangan risau kerana makcik ni mengamalkan sistem komisyen wahh jual nugget pun ada komisyen kan. Kalau sale lebih rm300 sehari, tambah ah rm5 sorang. If lebih rm400 tambah lagi rm5. Begitulah seterusnya. Benda ni buat kami lebih berusaha mempromote gerai kami kepada makcik makcik yang bawak anak kelaparan masuk pasaraya tu hahaha. Nak dapat komisyen punya pasal. Pastu aku ingat lagi janji yang kononnya lepas spm nak suruh kitorang handle terus gerai tu hahaha. Masa tu aku seronok dapat naik pangkat. HAHAHAHA. Namun sekarang ni aku telah menghilangkan diri dari makcik tu. Aku takut dia tuntut janji tu hahaha. Makcik lepaskanlah saya. Saya designer sekarang kahkahkah. Aku ada rahsia sikit nak bagitau korang. Hati hati dengan jualan nugget, keropok lekor di tepi jalan. Kadang kadang nugget tu nugget semalam kitorang goreng balik. Hahahahaha. Keropok lekor yang korang sedap makan tu kadang dah berkulat kitorang kikis kulat tu and goreng. Kadang tak sempat kikis dah goreng hahahahaha. Sebab tu aku takkan makan keropok lekor yg kitorang jual. Cause I knew the whole process hahahah. Bukan aku yang nak buat macam ni okay. Makcik tu yang ajar. Dia kata jimat. Sebab keropok lekor memang senang berkulat. Lagi lagi tak letak dalam peti ais. Memang berfungus ah keropok lekor yang korang dok makan hingga menjilat jari tu. Tapi jangan risau setakat ni takde yang mati lagi makan fungus tu. Hahahahahah. Habislahhh. Sape yang baca entry ni jangan triggered ye. Okay enough la pasal ni. Pape pun makcik tu baik. Tu yang best. Terima kasih makcik sebab hire kami masa tu.

3. Restauran thai yang sungguh sadis

Okay ni la kerja yang paling sadis and menyakitkan hati aku. Hahaha. Aku tak pernah kerja sebelum ni dimaki teruk tau. So kat sini ah baru aku nampak reality hidup. Kuli dimaki hamun sesuka hati. Boss senang hati. Sebab tu la semua orang berlumba lumba nak jadi boss. Masa ni lepas spm. Ye masa ni dah senang sikit dapat kerja. Dah masuk bab kedai hahaha. Kat sini masa mula mula kerja aku sangat takut. Sebabnya aku jadi waiter. Gabra gila first time nak ambik order. Masa mula mula aku masuk. Adalah dalam 2-3 hari aku tak ambik order. Aku just kemas meja and lap meja. Aku buat kerja cikai dulu. Observe staff lain buat kerja dua tiga hari baru aku ambik order. So before that aku just kemas and lap meja. Hantar makanan and so on. Biasa lah budak baru nak tatih hahaha. Lama lama aku dah makin cekap jadi waiter. Siap boleh tulis order sambil jalan tanpa tengok depan. Nampak tak. Bertapa multi taskingnya aku hahaha. Orang mungkin ingat kerja waiter ni mudah. Namun tidak tuan puan sekalian. Kerja waiter la kerja paling penat tapi bayaran cikai. Hahahaha. Paling banyak kena maki is waiter. Dengan customer kena marah, dengan boss kena marah dengan staff lain yg acah senior pun kena. Actually aku tak paham asal kena kerja dalam keadaan yang marah marah and stress. Benda ni senang je. Kalau semua orang take part and bagi teamwork takde masalah. And aku meluat dengan perangai orang kat sana yang suka cari salah orang. And bila ada silap sikit dia punya bisingnya sampai customer dengar. Kadang kadang benda sikit je silap. Boleh tolong cover kot, tu pun nak diadukan ke boss. Aku selalu je cover silap silap senior staff kat sana. Malas nak mengadu ngadu. Bila ada problem terus pikir solution bukan pikir macam mana nak besarkan lagi hal tu. Aku tak suka boss yang marah depan customer. Bagi aku tak professional. If nak marah tak kisah but kena la dengan caranya. Jangan la memalukan nama kedai kau sendiri depan customer. And aku malas nak sentuh bab staff yang kaki jilat boss. Pastu suka kutuk belakang staff lain. Well this type is makcik makcik la selalunya. Bila boss kau macam ni. Actually effect 1 kedai perangai macam ni. Lagi lagi yang dah kerja bertahun lama. Aku kerja sini 3 bulan je. Sebab aku penat dengan attitude kerja and environment yang tak best. Pastu 1 lagi ni restoran family. Aku malas ah kerja dengan family business ni. Sebab mostly tak professional. Mak mesti la backup anak kan walau salah macam mana pun dia. Sampai apa yang betul pun dia dah tak nampak pape je la. Haih. Pastu ada la sejenis staff ni pangkat makcik yang suka merungut depan customer. Aku ada satu benda aku paling tak suka ah time kerja situ. Which is merungut depan customer. Merungut pasal customer nak bahagian ayam tertentu hahaha pasal tu je. Lawak gila. Bagi aku biarlah customer nak macam mana pun. Kau ikut je la. Bukan ayam tu kau bayar pun. Lulss. Tak paham orang macam ni. Banyak ah kisah pahit aku kat situ. Pergaduhan kecik besar. Peristiwa mengalirnya air mata ini hahahaha. Bila pikir balik macam lawak pun ada. Tak worth it pun aku nangis masa tu. Buat apa doh nangis untuk orang yang macam tu. Buang masa. The thing is diorg tak appreciate pekerja. But dalam pahit tu mesti ada manis kan. Kawan kawan aku yang banyak buat aku bertahan and sabar kat situ actually. Sebab kami ni budak budak selalu la kena buli tapi sebab kitorang ada lah makin meriah kedai tu. Serious kedai tu banyak ajar aku macam macam dalam hidup ni. Macam mana nak handle orang orang yang suka maki hamun and so on. Macam mana nak kerja dengan pantas and multitasking. Teknik teknik cleaning yang mostly kedai akan buat for opening and closing. The good thing is stamina aku meningkat berganda-ganda lepas kerja kat situ. Hahaha. Nampak tak effect kesihatan kat situ. So ada give and take la. Papepun terima kasih la auntie and boss sebab bagi saya banyak pegajaran hidup ni. Bila kita tengok orang yang menakutkan kita banyak insaf dengan diri kita hahahaha.

4. Kerja pizzahut @ kitchen crew

Banyak banyak kerja part time yang aku buat. Kerja ni yang paling tak penat sangat and fun gila babeng hahahaha. Ada gak masa masa penat tu tapi enjoy ah. Even penat gila pun kau rasa boleh gelak gelak lagi. Staff kat sana serious best. Ada teamwork and takde maki maki. And aku pulak rapat dengan manager jarang ah kena maki. But bila dia mengamuk aku takut gak actually hahahaha. Aku takdenya nak jilat manager bagai. Tapi ntah aku boleh masuk dengan manager tu. Kitorang selalu gak ah gi lepak lepas habis kerja dekat kedai mamak konon hilang stress. Gaji tak banyak mana tapi fun. Korang paham tak. Tak stress. Sebab semua pun muda muda so takde la yg suka maki membebel macam makcik makcik dulu tu. Ada la sorang yang poyo sikit acah senior suka arah sana sini. Padahal aku lagi tua dari dia. Puihh. Takde la isu gaduh besar besar sampai jatuh air mata. Takde lagi hahahaha. Sebab tu ah aku cakap. Manager/boss memainkan peranan kat workplace if diorang fun tempat kerja and staff pun akan terikut dengan budaya fun tu hahahaha. Kat sini aku kerja sebulan setengah je. Sebab aku kena start practikal bulan seterusnya. Sedih nak berhenti. Aku kerja sini time bulan puasa. Sehari 6 jam je hahaha. Dari 6pm-12am. Aku jenis takde masalah balik lambat. Mak aku tak kisah asalkan bukan sebab melepak. Haa tu dia bising gila kalau nak melepak. Tapi kalau kerja takpelah. Kerja sini semua okay tak bestnya satu je. Gaji sikit bangat. Tolak hari hari aku makan lepak afterwork. Takde profit pun hahahaha. Kalau fulltime okay la sikit. Part time memang kesian la. Kerja ni sesuai untuk student nak cari duit lebih. Ada shift. Gaji tak banyak bro. KFC, PIZZAHUT, AYAMAS ni semua 1 company. Rate gaji sama. Kadang kadang kitorg tukar staff meal dengan kfc. Diorg dapat pizza. Kitorg dapat KFC. Untung gak ah. Aku kat sini jadi cashier mula mula. Tapi manager aku tukar aku jadi kitchen crew sebab aku blur. Hahahaha sebenarnya aku memang blur masa mula mula. Lama lama okay je. Sebabnya mula mula aku jadi cashier tapi aku selalu buat kerja kitchen. Sebab manager aku cakap aku backup kitchen gak. So aku pun macam kejap depan belakang aku pergi hahahaha. Pastu masa tu cashier lama tak berhenti lagi. So buat apa ada 2 cashier kat counter. So bila ada staff tu jaga counter aku gi la belakang. Sebab kitchen banyak nak kena backup. Kerana itu la aku ditukarkan ke kitchen. And badan aku macam mok mok sikit nampak ah macam larat nak angkat tong sup and tray berat berat tu. Aku pun redha je la. Kerja kitchen seronok gak. Takyah aku hadap customer. Aku buat order je. Berlari ah kat dapur tu kalau busy memang macam cilaka. Tu je aku boleh cakap. Kalau penat rehat jap kat chiller (bilik frozen bahan pizza). Kerja aku mostly kat side order punya tempat la. Kadang kadang aku backup ingredient pizza maker tu. Bawang holland sumpah pedih weh. Baru potong 1 dah menangis hahahahaha. Sampai orang yang lalu kat tepi bawang tu pun menangis sekali. Sadis sungguh. Hahahaha. Aku belajar macam mana nak potong bawang dengan cantik and perfect gitu. Potong dia ada cara tau. Nak potong cili benggala pun kena ukur weh pakai pembaris hahahaha. Sumpah aku rasa nk cabut lari je time tu. Tapi aku tak ikut pun. Aku agak agak je. Nasib baik manager tak strict sangat. Potong tomato pun kena perfect square. Gilaa hahaha. So hari hari aku dipenuhi dengan fun and dalam masa yang sama sadis sebab kena potong bawang berguni. Kalau takde order. Tu la kerja aku hari hari potong bawang. Sampai gi mana mana bau bawang. Pastu aku paling suka kerja situ masa closing. Rasa macam sunway lagoon main air. Kerja rider kena basuh pan bertimbun tu. Kerja kitchen time closing kena basuh lantai and basuh table kat our workstation ah. Seronok ah main tarik air hahaha. Lepas tu aku tukang mop lepas sesi tarik menarik air. Tu je la kerjanya. Penat tapi fun. Tu je aku boleh cakap hahaha. Ha pastu bestnya store aku ni sebab phd pizzahut je. Means customer mostly delivery and take away je, table pun ada 4 je hahahaha. Takde la nak kena serve sangat. Kalau pizzahut restaurant kena serve semua kan. Siap ada waiter, orang buat air. Kat sini takde. Hahaha pinggan pun takde. Makan je la dari kotak tu. So nak kerja pizzahut cari yg takde meja makan sangat. Senang weh nak closing. Kecik je space tak penat sangat. Ha tu je la pengalaman aku kat pizzahut. Papepun thank you Cik Ku hire saya walau hanya sebulan. And thanks sebab bagi saya beraya bersama keluarga. Kesian staff lain kena kerja time raya. Tapi aku tau seronok diorg datang kerja pakai baju raya. Meriah dengan rendang bagai. Jeles sis. Hahahahaha Weh panjang gila entry ni. Ada lagi 1 nii kerja aku hahaha. Next..

5. Kerja kat print expert @ internship

Aku malas sebenarnya nak post pasal company ni. Sebab nanti boss besar baca entry ni. Hahahaha. Harapnya tak la. Aku tak burukkan company pun luls. Dalam banyak banyak kerja partime aku. Kerja kat sini la paling masyuk sekali. Lagi lagi kau OT. Bertambah tambah income hang. Aku praktikal je pun elaun kadang cecah rm800. Siap OT, elaun bagai. Aku rasa bertuah sungguh dapat masuk situ. Kalau staff permanent gaji beriban. Hahahahaha. Siap bagi hostel weh. Semua company tanggung. Bestnya la. Sistem bagus. Takde problem gaji lambat ke apa. Takde. Management tiptop la. Ada la sikit slack. Sebab sini amalkan customer satisfaction. Bagus sebenarnya buat macam ni but bagi aku tak boleh la berat sebelah. Kalau staff tak salah kena la bagi support. But aku faham la customer ni tak boleh nak dikawal. Diorg sukahati reka cerita kalau tak puas hati. Kadang management pun tak sempat nak siasat dah marah dulu. Well tu asam garamnya. Aku takde la kena sampai macam tu. Kerja sini kalau penat, penat gila. Kalau relax, relax gila hahaha. Susah nak cakap. Aku tak pernah ah stress sebab staff ke apa. Aku selalu stress sebab customer. Sebab sini service macam macam. One stop printing service. Segala benda yang kau terfikir nak print. Everything is possible. Sampai aku pun sakit kepala. Kalau nak buat job yang takde harga dalam catalog. Sakit gak nak call HQ discuss harga bagai. Pastu dengan manpower kadang tak cukup. Dah ramai dah staff dekat 10 orang 1 masa tu. Tapi kadang ramai sangat orang. Sampai tak terlayan. Kedai dekat dengan IPTA. Memang sakitlah. Student mana tak pernah buat kerja last minute. Sama je la aku pun sama. Sekarang aku dah paham perasaan tauke kedai printing kat tempat aku study dulu. Diorg sampai bukak kedai 24 jam time student final project. Hahaha lawak kan. Kita yang final project. Orang kedai printing yang sakit kepala. Aku intern ada lah dekat 5 bulan. Pastu aku sambung lagi sebulan untuk part time. Sebabnya masyuk la hahahaha. Pastu kedai tu diorang buat ala ala cc. Ramai la yang suka buat kerja last minute kat sini. Pastu baru kita nak buat kerja kat belakang ada je yang panggil. Buat itu ini. Banyak sangat task dalam 1 masa. Membuatkan ia sangat sukar. Kerja kat sini macam multiple multitasking la. Aku kerja kat branch so takde department. Semua benda kitorang la yang buat. Takde specific jawatan. Kecuali manager and bangla untuk production kat belakang. Aku boleh kerja situ. Gaji pun banyak berbaloi la. Penat tapi worth it la orang kata. But aku belajar design. So kalau aku tak buat design. Buat apa aku belajar selama ni. Situ ada je ambik job design. Tapi aku tak selalu dapat la. Masa intern dapat la job design. Sekarang job design semua hantar HQ. Sana ada department design. Kitorang pun tak sempat nak buat design. Dengan customer tak berhenti datang. So it's so hard. Aku nak pengalaman. Sebab tu aku tak sambung situ dah. Sistem diorg memang terbaik. Benefit memang tak dinafikan best.

So tu la pengalaman kerja aku selama 21 tahun hidup. Ikhlas dari hati saya hahahaha. Sebab aku tetiba tulis entry pasal ni cause aku sekarang sedang tanam anggur and mencari kerja hahahaha. Aku cari bidang design. Merata aku cari. Tapi tak dapat dapat. Sampai ke kl aku gi interview. Tapi rezeki tu allah belum bagi lagi. So aku sabar je la. Staff kat print expert ada yang tanya. Taknak ke masuk situ. Bukan taknak masuk. Tapi aku nak pengalaman design tu. Sebab kalau aku masuk company lama tu aku still akan di tahap yang sama. Skill aku takkan improve pun. Aku akan focus pada printing jee. And aku fikir sampai bila kan. So aku pun hold dulu. Kalau takde pilihan aku masuk la balik sana. Tapi aku akan cuba gak ah cari apa yang aku minat. Kerja kena ikut passion. Baru semangat sikit. Sekarang ni sebab susah nak dapat kerja designer. And aku pun dah tak larat menganggur. Aku pun apply kerja guardian and kerja kedai buku. Tetiba dapat pulak iv untuk dua dua. Tu yang pening ni. Buat masa ni tu la plan aku. Asah soft skill. Tahun depan aku start cari balik kerja design. Tahun ni biar lah aku membawa hati yang lara kerja biasa biasa. Aku ada terpikir nak buat freelance job. But idk if ada rezeki aku buat la. Taknak la skill tu hilang bila dah lama tak practice. So tu je la kot. If korang suka dengan post panjang lebar tak reti nak habis ni. Drop some comments below. Share la your experience if ada. Jangan malu malu. Hahaha. That's it. Lots of love from me EJ

Any thoughts? Share in comment below or reach me out at 
inspiredgeeks.ej@gmail.com

12 comments: