Berat kau berapa? Beauty standard yang lapuk

Saturday, June 13, 2020 EJ 0 Comments


Assalamualaikum,

Hi korang semua yang sudi membaca blog ini. Tajuk blog ni kan macam agak macam controversial hahah and mungkin sensitif tapi aku kan nak share sikit apa aku rasa pasal beauty standard ni.


Hari ni kan aku tengok 1 video kat 1 variety show korea ni cakap pasal beauty standard. Ada seorang mamat ni dia pergi show tu and talk about how fat her sister is walaupun kakak dia tak gemuk. Aku tak tau la maybe sebab korean culture yang sangat mementingkan visual ni and how you must be skinny to be define as pretty terutamanya untuk girls la. Sebelum aku ulas lebih lanjut lagi issue ni, aku nak terangkan apa itu beauty standard.

Definition :

The feminine beauty ideal is "the socially constructed notion that physical attractiveness is one of women's most important assets, and something all women should strive to achieve and maintain".


So kat sini dia cakap "socially constructed" okay means beauty standard ni berbeza dari mana kau tinggal. Contoh aku from Malaysia and yang aku rasa telah menjadi norm untuk masyarakat kita definisikan cantik tu dengan formula ni:

1) Kulit kena putih gebu
2) Badan kena kurus
3) Kulit wajib licin

Ni adalah some of criteria nak menjadi cantik dalam buku orang malaysia. Aku rasa bukan negara aku je but from other asian countries jugak. Honestly aku pun dulu pikir kalau kita nak di identify sebagai cantik, kena guna this formula. 


Tapi kenapa kita at the first place have to start this ideology ni sedangkan orang malaysia sendiri kulitnya memang bukan originally putih gebu macam kulit mat saleh apa semua. Bukan ke kulit org malaysia ni pelbagai range. Kalau melayu kuning langsat, kalau cina kulit cerah, kalau india kulit gelap. Kenapa kita tak create sendiri beauty standard tu based on our original skin colour. So aku sedar manusia ni nak something yang dorang tak boleh dapat. So aku konklusikan, beauty standard adalah something yang mustahil manusia boleh kecapi. Kenapa aku cakap macam ni, sebab kita dimomokkan dengan formula ni oleh masyarakat kita sendiri and also from media jugak yang sentiasa guna model kulit putih, kurus. Korang tau tak mat saleh diorang nak kulit gelap. Beauty standard diorang adalah, kulit tanned, big boobs, big butt, tiny waist, badan curvy. So kat sini diorang nak kulit kita and kita nak kulit diorang. Nampak tak the situation sekarang. 


Masa aku kat Malaysia dulu, aku selalu rasa self conscious bila tengok diri kat cermin. Sebab apa? Sebab dari aku kecik sampailah besar, orang sentiasa comment about how I looked. Let me tell you a story, aku masa kecik dulu kurus kering gila, pastu hitam gelap. Bila tengok balik gambar aku masa kecik, aku tak selalu senyum sebab aku benci the way i looked. Aku selalu tanya kenapa aku kulit aku gelap dari adik beradik? Kenapa i look different from them. Bayangkan ye seorang budak sekolah rendah boleh fikir benda ni semua. Aku selalui diejek oleh family ku sendiri. Even orang cakap asal aku tak macam adik adikku yang putih cerah apa semua tu. Apatah lagi nak dipuji cantik memang tak. So i live my whole life thinking that Im not pretty. Aku bukan golongan CANTIK itu.


Sekarang ni bila aku keluar duduk negara orang diselaputi lautan mat saleh ni aku sedar yang bila kau semua look the same. Means bila society around kita tu kulit putih, so diorang takde la desire untuk lebih putih. So kat sana hanya dengan berkulit putih, kau takleh define sebagai cantik in their standard. Sebenarnya mat saleh ni dia nampak cantik sebab bila dia datang negara kita contohnya. Of course la diorang nampak lawa sebab muka org malaysia tak macam diorang. Sebab diorang punya features semua berbeza. Tapi bila diorg kat negara sendiri tak semestinya diorg tu category cantik. Paham tak apa yang aku cuba sampaikan. Macam kt New Zealand ni, diorang rasa perempuan asia tu lawa bukan southeast asia tapi asia belah2 cina, korea tu. Sebab selalunya orang asia ni lambat aging. Aku tengok budak-budak kat sini umur baru 19-20 dah macam kita umur 25-26. Nampak matured diorang ni. 


So aku buat konklusi yang beauty standard ni bullshit sebenarnya. It just a way to convince ourselves if we somehow achieve this formula, then we will be considered as pretty. So sekarang ni aku rasa aku makin chubby, kulit aku masih gelap tapi aku lagi rasa happy diri aku sekarang compare masa aku kurus dulu. Kenapa? Sebab aku dah boleh embrace colour kulit aku. Aku sendiri start nampak the beauty of dark skin. Patut lah orang cakap hitam manis. Dulu aku tak suka terms ni sekarang aku dah paham. So maksudnya hanya dengan kurus or how cerah kulit kau tak menjamin kebahagiaan kau or macam mana orang layan kau. Kalau kita kejar this beauty standard ni sampai bila kita tak menang. Kita yang kena accept ourselves tu baru kita boleh menang. Kita yang kena embrance our skin colour and our body shape. Aku kenal ramai sangat orang yang identified sebagai lawa, cantik apa semua ni tapi masih self conscious dengan diri sendiri. Masih obses how they look all the time. Sampai kita lupa apa lagi value kita sebagai seorang manusia. Aku takdelah cakap sekarang oh aku perfect sekarang takde flaws apa semua. Bukan itu ye aku cuba sampaikan. 


But now aku dah tak mind my skin colour malah aku embrace it. Aku bangga sebab colour kulit aku menjadikan siapa diri aku. Sekarang takde sape lagi cakap aku hitam ke apa. Sebab maybe orang dah tau aku tak kisah dah pasal tu. Benda yang masih buat aku self conscious adalah badan aku. Aku masih berlawan dengan diri sendiri pasal ni, aku cuba ubah mindset ni tapi tak mudah bila orang sentiasa talk about it. Aku tau kalau aku kurus pun orang akan bercakap jugak. So aku tak tau nak buat apa. Aku pun masih cari value hidup aku. 


Benda yang semua wanita sentiasa conscious, tak kisahlah dia kurus ke gemuk ke iaitu berat badan. Okay bagi aku la kan kalau seorang wanita tu tinggi dia 165cm takkan la berat dia kena 45kg kan? First of all macam gila je kalau orang expect perempuan punya berat takleh lebih 50kg. Kalau umur 20-an takkan la still nak bawah 50kg. Untuk budak sekolah boleh la. Aku ada kawan yang bila dia 47kg pun still nak turun lagi berat badan. And berat makin berumur memang akan naik. It's a fact. Sebab faktor umur, stress, pemakanan and banyak lagi. Kalau korang nak kurus aku tak kisah tapi jangan letak nombor sebagai judgement menentukan oh dia ni gemuk bla bla bla. And 1 lagi nak cakap sikit hahaha, kalau jumpa kawan lama or someone dah lama tak jumpa, memang perlu cakap pasal berat ke? or how fat you looking now. Kau tau tak aku ni dari kecik kena hadap benda ni. Bayangkan aku dulu kurus kering tau, so of course la bila aku berat macam normal pun orang cakap aku gemuk. So aku kena sentiasa hadap komen pedas macam asal kau makin besar? Asal kau makin tembam? Asal makin gemuk? Kadang aku ni rasa macam tikus makmal pulak. Nak tau kenapa? sebab aku pernah kurus, hitam, berjerawat. Cakap je apa semua yang orang rasa buruk tu aku ada. So bila hadap orang macam ni aku selalu buat muka straight face or acah-acah macam aku okay dengan gurauan tu. Every single time weh pergi rumah sedara mara. Takde topik lain ke masyarakat kita ni boleh cakap selain benda tu. Aku tau aku look macam mana, and you don't have to remind me all the time. 


Aku faham korang rasa benda ni macam norm but sampai bila society kita kena teruskan legasi ni? This rude comments got to stop. Seriously benda macam ni la yg membuatkan orang ada masalah self conscious and mental health. Kalau ye pun dia gemuk or makin berisi ke apa. Kau boleh keep it inside kan? I get it orang kadang terlepas tapi apa manfaatnya pun kalau kita mention pasal benda ni kat orang tu? Itulah melayu la terutamanya namanya je muslim tapi kadang takde adab. Aku rasa orang kiwi sini pun tak cakap pasal benda tu bila jumpa kawan diorg or family lama tak jumpa sebab bagi diorg benda tu rude. Apatah lagi kalau cakap pasal colour kulit lagi lah dianggap racist. Aku faham benda ni tak boleh diubah sekelip mata. Like it's been there for generation tak mudah untuk ubah. Lagi-lagi makcik pakcik kita yang memang suka sangat komen pasla benda ni. Sebab tu bila aku borak dengan kawan kawan perempuan aku, aku akan cuba share insight aku pasal beauty standard. 


Okay fuh done hahaha. Aku rasa tu je kot aku nak sembang hari ni hahaha. Boleh tahan panjang tapi aku harap coretan ni boleh ubah sedikit sebanyak apa korang rasa pasal benda ni. First step, embrace yourself. Okay guys bye see you in next post.










0 comments: