KPTM Batu Pahat Part 2 : New Building

Assalamualaikum,

Hi korang pekabar semua


Since sekarang adalah musim adik-adik lepasan SPM cari tempat nak sambung study, maka blog dan social media aku mula dibanjiri dengan pelbagai soalan yang kadang-kadang aku tak tau macam mana nak jawab. Kenapa aku cakap macam ni sebab korang kadang kala menganggap aku seperti salah satu staff KPTM sedangkan untuk pengetahuan korang semua aku hanyalah ex student yang sudah pun graduate tahun 2017. Dalam masa 3 tahun banyak benda yang telah berubah. Post aku yang lama tu ditulis pada tahun 2015 which is 5 years ago. 


So this post ditujukan kepada semua adik-adik lepasan SPM mahupun tuan puan yang nak hantar anak study ke kptm. First of all aku nak declare kat sini aku bukan lah sponsored by kptm, so all of my reviews and suggestions are based on my personal experience.



Aku akan listkan soalan-soalan famous by adik adik kita ni ye :


1) Bangunan KPTM sekarang masih di tabung haji ke ?

Good news untuk student baru selepas 2017, korang dah boleh start guna bangunan baru yang banyak facilities yang ex student tak pernah dapat. Hahaha bitter kejap. Aku dapat guna dewan serbaguna dia je tu pun for my diploma show. So here you go



Ni video by KPTM yang introduce their new building. Bagi aku twice the size from the old building. Since this new building is our own so takyah korang nak berebut dengan pakcik makcik yang nak buat haji kat tabung haji tu hahaha. Tapi bangunan tabung haji tu memang menggamit memori betul la. Takkan mungkin ku lupa susah payah tunggu berjam-jam and berebut nak naik bas balik asrama every day. Demi mencari ilmu kan.. Apa nak buat.

2) Apa course yang ditawarkan di KPTM? Aku rasa aku dah tulis benda ni kat post aku tapi masih ada yang tanya, maybe kurang paham kot post aku.


So ni adalah latest choice course yang ditawarkan di KPTM batu pahat. Ada penambahan course baru iaitu Human Resource. Takdelah baru sangat but batch aku takde course ni. So for those who asking okay ke course ni ambik kat kptm, I have no idea sebab aku ambik course graphic. Kalau tanya pasal course graphic boleh lah sis nak menjawab.

Ni aku dah bagi link kat korang, tolong la check ye sebab kalau tanya aku memang tak mampu aku nak explain. Senarai program kptm batu pahat



3) Apa facilities baru yang ada kat KPTM ?

So aku alhamdulillah sempat bersiar siar kat dalam bangunan ni sebelum aku graduate, walaupun tak sempat belajar dalam bangunan tu I can say it does have better facilities than the previous one that I used to study. Aku sempat interview junior aku yang dapat merasa semester kat dalam bangunan ni.

Kampus batu pahat is not the biggest campus ever, but you guys got the basic like :

- Library
- Dewan serbaguna (besar jugak, boleh buat diploma show)
- Classroom
- Makmal komputer (3 Iab imac & 1 lab desktop biasa)
- Photo studio ( ada 2, have green backdrop)
- Office lecturer
- Asrama perempuan (Asrama lelaki di kktm, transport by provided bus)

Since this kampus tak besar sangat so takde lah sport facilities yang korang idam-idamkan seperti di IPTA. Aku rasa cafe pun takde but don't worry cause kat depan KPTM ni ada deretan kedai makan spt lempeng tok mah, kedai makan, mamak and so on. I think KPTM should make space for cafe inside campus so boleh la provide food for students with affordable price. I don't know la maybe 1 fine day. 

Kalau nak lagi best boleh pergi PURA KENCANA dalam 1 km dari kampus KPTM. Masa aku study kat bangunan tabung haji dulu best jugak sebab kawasan bandar dekat dengan mall and senang bergerak naik bus. Since bangunan baru ni kat Sri Gading so agak limited sikit nak ke bandar. So adalah pros and cons dia. Korang jugak boleh pergi Taman U, parit raja bersebelahan UTHM  and KKTM kampus. Btw aku pernah stay at kawasan sri gading ni for a semester sebab masa batch aku patutnya dah pindah bangunan baru. So kami semua dah pakat pindah sri gading dah settle rumah sewa tiba-tiba kampus tak jadi pindah. So stuck la aku kat situ for last semester. Bila diingatkan time tu memang menggelegak hati ini. Tapi apa pun benda dah lepas and aku pun dah selamat graduate.


4) Ada bantuan pinjaman tak di KPTM ?

So aku tau korang yang masuk KPTM ni mostly sebab dia institut MARA, so of course la akan ada bantuan loan mara for all student yang enrolled. Sekarang ni sistem dah berubah, based on new information korang layak mohon mara if dapat 3 credit any subject in SPM. Korang boleh check kat website kptmbp the credit requirement for every course sebab loan mara depends on it. 

Untuk makluman lanjut, korang call je office kptm batu pahat and tanya la merekea sebanyaka mana korang nak. Jangan takut sebab korang nak invest your future of course la nak at the right place kan. So it's okay to ask a lot daripada main taram je masuk. Sebab aku ni bukan staff so aku tak tau the new sistem kat KPTM. The only thing yang aku boleh tolong korang is provide the contact number. Baik kan aku sampai macam ni nak tolong korang. Btw masa zaman aku dulu elaun mara dia bagi RM535 so I don't know the rates now but cukup je untuk hidup kat batu pahat sana. Yuran pun MARA yang bayarkan so korang boleh chill and fokus nak score CGPA je. Eventually, MARA just provide loan je so korang kena la bayar balik after habis study but jangan risau ada pengurangannya. Masa time aku patutnya kes aku takyah bayar langsung sebab aku graduate with CGPA 3.9 tapi nasib aku agak malang sebab time tu MARA tengah crisis and banyak scandal so aku still kena payback 15% which is not bad la daripada bayar full price. So it depends on the gov as the terms could change from time to time. 

TBH kalau nak compare hidup aku time student and budak IPTA, mudah la jugak kami sebab ada elaun mara so tak perlu susahkan family. Compare to IPTA eventhough their tuition fees a little bit cheaper but still diorang need allowance monthly to survive. Also they can only use PTPTN which come with interest later. So you have the right to make decision for the sake of yourself in future. 

Alamat KPTM BATU PAHAT :

Lot 55194 (PTD 53869), Jalan Gading Emas 4,
Taman Gading Emas, Seri Gading,
83300, Batu Pahat, Johor


Tel : 07-4559902/ 07-45567295) Okay ke belajar kat KPTM, boleh berjaya ke, apa kelebihan belajar kat sini?

Well soalan ni adalah sangat subjektif. Bagi aku, aku tak letakkan tempat belajar sebagai pengukur kejayaan. And also where ever you study pun it all back to yourself. Your discipline and passion will help you to grow. Sambung belajar ni is an investment but it's not the only way to success. Success also is a subjective matter. To me if Im happy with what I am doing in life and start something that can help people open their eyes and inspire thousand of people and surrounding with people that I love, that is "Success" to me and it could be differs from everyone. Tanya balik diri korang, korang study untuk apa? adakah perlu? Sebab kalau korang tolak tambah tak sambung study pun you guys can still work too and maybe menjana duit instead of losing money and bila graduate kena bayar hutang pulak kan. Bagi aku lah tak salah pun untuk melabur duit sekarang belajar sebab dengan KPTM la aku collect ilmu and sekarang dengan bantuan KPTM la aku sambung study abroad. It seems like always a dream to study abroad. Tapi aku dah sampai sini dah membawa nama MARA hahaha. Bagi aku lecturer kat KPTM sangat sempoi and fun especially lecturer favourite aku Sir F hahaha. Sebab banyak dia bantu aku and buka minda aku. So kalau korang tanya aku okay ke KPTM. Well aku dah sampai New Zealand pun and dah final year weh. So i guess yeahhhhhh


Lepas graduate it's all the same for everyone, struggle to find job, struggle to payback student loan. Sebenarnya it's all like a human cycle. We study to find a good job to survive ? Instead of surviving je pikir balik apa motif untuk hidup korang. Korang just nak kerja je ke or korang nak cari ilmu? kalau korang tukar mindset korang insyaallah nothing is impossible in life. 

Btw kalau korang nak tau pasal hidup aku kat New Zealand check this out :

How it felt to study abroad ? Real life experience

The old KPTM post :

KPTM BATU PAHAT PART 1


Any question?

Email : inspiredgeeks.ej@gmail.com






Trend Micro Check

Tips Travel New Zealand yang korang perlu tahu

Salam perantauan dari New Zealand,

Hi korang in 2 days I will go back to Malaysia for summer break. Sedar tak sedar aku dah tinggal di New Zealand for 1 and half years. Wow I never expect I will ever live in a foreign country in my life. Well rezeki tu Allah yang tetapkan. Alhamdulillah dapat opportunity untuk datang sini and tengok sendiri keindahan bumi yang isolated from the rest of the world ni. Aku tau ramai rakyat Malaysia yang beriya nak travel to New Zealand tapi tak familiar dengan culture and law di negara ni. Sebagai student yang dah stay kat sini and ada pengalaman travel around in New Zealand. There might be some input I can possibly share to you guys.



1) Transport




Kat New Zealand ni, kalau nak travel yang best untuk explore and stop at any scenic spot. Of course la dengan sewa kereta. Kat sini kita boleh guna lesen from our home country for up to 12 month. And the diorang guna left lane to drive similar to Malaysia, so korang tak perlu risau nak drive macam mana. Another choice korang boleh sewa caravan tapi korang kena ingat caravan tak boleh park sesuka hati kat sini. Kalau korang nak bermalam korang perlulah book accommodation kat holiday park yang disediakan di New Zealand. Kat New Zealand ada banyak choice nak sewa kereta tapi yang paling aku such guna is "Apex car" sebab murah and kereta cantik. Kat sini kalau nak sewa kereta korang please add on insurance and choose "zero excess" sebabnya if anything suddenly happen, korang takyah bayar pape. Ada term insurance yang korang kena paid in advance pastu baru boleh claim. Yang ni bahaya sikit if nasib tak baik cost sampai 10k mana nak cekau duit. Kat Apex dia punya zero excess terms boleh terus claim takyah pakai duit sendiri first if anything happen. And for first timer yang drive kat NZ please study their road signs and law supaya korang tak kena saman or memalukan rakyat malaysia. Cth passenger back seat kena pakai seatbelt. Kat bawah aku ada share link roadtest untuk tourist yang banyak manfaat. Sebab highway sini tak sama dengan Malaysia. Nak parking tak boleh sesuka hati macam kat malaysia unless kat dalam hutan hahaha.
Kat sini boleh jugak nak guna bus tapi aku sangatlah tak suggest. Nak tau kenapa? Sebab last time aku ambik bus dari Wellington to Auckland teruk sangat experience. Aku rasa ada lah lebih 10 kali bus stop untuk drop off and pickup passenger. Setiap kali tu dia akan announce kat mic. Sumpah Aku tak boleh tidur weh. Jalan kat New Zealand sangatlah berliku liku so takyah cakaplah aku yang jarang kena motion sickness pun boleh nak termuntah. Seat tak boleh recline so berhuhu je la aku masa tu. That trip was about 10 hours long so bayanglah aku had macam mana. Kalau korang nak bergerak dengan pantas dalam NZ ni tak lain tak bukan naik flight je la bang. Kat sini flight lagi murah dari bus sometimes and ikut nasib hang.

Driving test for tourist : https://www.drivingtests.co.nz/roadcode/tourist/
Recommended car rental company : Apex car rental
Holiday park company yang best : Top 10 holiday park 
Low cost flight :
Jet star
Murah bak hang macam style airasia kena add on luggage sendiri. Tapi paling murah kat NZ.
Air New Zealand
Selesa and ada complimentary baggage. Aku jarang guna sbb selalu mahal sikit dari jetstar hehe


2) Accommodation 

For anyone yang datang NZ ofcourse nak accom yang best best kan. Kalau sape naik caravan boleh la park kat holiday park yang ada banyak kemudahan kat situ. Ada shared kitchen/bathroom, bbq area, kadang ada pool ikut tempatlah. Or nak lagi best korang boleh try camping kat sini. Sumpah jimat cost and challenging haha. Aku personally tak pernah lagi camping sbb kat sini kena tengok cuaca gak. Cuaca kat nz sangat drastic ye bertukar so kena aware. Takyah cakap la kejap hujan kejap windy. Lagi lagi kat wellington kalau bad day. Kau rasa nak terbang weh berjalan ke market. Serious. Kalau korang nak try the worst weather ever boleh datang wellington and rasakan the wind power kat sini. Memang new experience lah. Totally recommended gitu Hahaha.To yang drive kereta aku suggest korang book airbnb. Kat sini kalau hotel memang lagi mahal dari airbnb. Airbnb kat sini sangat2 murah and affordable. Plus point korang boleh masak sendiri which is jimat cost hampa. Kat sini ada jugak bacpacker hostel tapi aku rasa asian punya lagi best hahaha. Kat sini bacpacker hostel memang sedih la. Hahaha sebab tu aku tak pernah guna. Better kau cari airbnb la kasi mudah.


3) Money
Ramai orang tanya aku datang sini berapa bajet. Aku tbh tak tau nak jawab soalan ni dan aku takkan jawab pun. Sebabnya it's totally impossible untuk aku bagi korang estimate price if aku tak tau korang nak pergi mana, berapa lama kat sini. And lagipun orang punya style travel lain lain. Aku personally bukanlah true backpackers and aku pun bukan lah high end traveller. Aku punya style travel adalah kasi puas. Kalau aku rasa benda tu worth it nak try aku pergi, i mean korang tak boleh nak compare the journey and money. Aku cari experience and tak kisah untuk belanja kalau it can provide satisfaction for myself .Begitulah. Kat sini tak ramai orang pakai cash and aku selalu pakai debit card je. Most kedai boleh debit card even kat night market pun. Korang yang datang sini ready je la cash tapi tak perlu pun nak bawak beribu dalam purse kalau risau. Well i know Nz is a safe country but still precaution korang pakai card swipe je. And jangan lupa activekan overseas withdrawal so korang boleh cash out at atm sini anytime. Wuhuuuu. 

4) Clothing 
Ramai sangat tanya aku kalau datang sini nak bawak baju apa. Okay bagi aku any season kan kalau kau datang wajib bawak waterproof jacket/windbreaker sebabnya kat sini weather macam orang gila. Kalau kau check weather forecast hari hari pun tak semestinya betul. Sebab drastic dia punya changes. Basically aku pakai baju macam kat Malaysia tapi aku kasi layering. Pastu tak usahlah kau membawa payung sebab dengan keadaan angin yang mengganas terutama di Wellington. Payung pun boleh terbang uolls. Kat sini takde angin sepoi sepoi feeling2 hindustan. Memang takde ye. Semua angin yang menampar pipimu buas sekali.

Kalau winter suggestion :
1) Winter Jacket
2) knitwear/sweatshirt
3) Longjohn or inner je ( preferable but not compulsory )
4) a good pair of running shoes /sneakers (kalau datang sini takyah la nak pakai flat ke heels ke toksah la. Nanti korang visit mountain/farm better pakai shoes je kalau tak bukan heel tapi jadi hell hahaha)
5) Glove (kalau tak tahan sejuk, aku tak pakai sebab dah biasa) 

Mafla apa semua tak perlu doh bagi aku. And topi snowcap tu kalau pakai nak fashion je la. Tapi aku panas nak pakai rimas. So aku pakai tdg je la dah nyaman hahaha. 
Boots perlu kalau bersalji je. Tapi kat wellington tak salji pun so takyah susah. And kalau korang incase pergi ski field dia bagi boots dia. So korg takyah bawak boots pun takpe. Buat berat luggage je luls.

Untuk season yang lain korang just bawak Sweater, windbreaker/waterproof jacket and baju macam biasa. Pastu bawak topi. Aku yang gegirl pun pakai topi sis cannot nanti sunburn. Cuaca sejuk pun boleh sunburn uolss. Matahari terik menusuk lapisan epidermisku. Add on bawak la sunglasses untuk acah acah traveller and for instagram look yang semua orang dok kejar tu. Luls. Hahah gurau je. Aku pun pakai sunglasses. Sebab silau sangat. Okay kalai pergi ski field pakai weh sunglasses kalau taknak buta mata tengok salji. Kalau time sunny nanti silau sangat nak main salji. So recommended. Eheks.

5) Food ( Halal Food in NZ)


Kat sini tak perlu risau bab makanan. Sebab korang boleh masak sendiri hahaha. Kat supermarket ada  certain chicken brand yang halal spt Brinks and Tegel. Inilah penyelamat kitorang. Untuk daging aku beli kat halal butcher which is ada kat big city or town yang banyak muslim. Inshallah ada. Kalau takde Ayam boleh, seafood boleh. Takpun sayur-sayuran pun bisa aja. Kalau korang singgah bandar besar macam Auckland and Wellington ada banyak sangat asian market yang dari barang dari Asian spt Malaysia, India, Indonesia, Korea, Thailand etc. So jangan risau tempeh ratus tu ada je sini. Maggi and Ramen pun ada. Macam macam ada. Setakat nak buat rendang tu lepas la. Btw kat Auckland and Wellington banyak restaurant halal. Ni aku kasi la list sikit

Wellington area :
1) Cinta Malaysia ( all Halal ) Chicken rice tiptop ! My Fav place kat sini.
2) Little Penang ( Can ask for halal option)
3) Papparich ( all Halal tapi mahal)
4) Abrakebabra (the best arab kebab yang I like) All halal
5) Garuda (Indonesian food truck at Night market/Sunday market) All halal
7) Forbidden City ( Chinese food cuisine - all halal)
8) Dapur Johor @ Capital Market (Ni tempt aku pernah kerja dijamin halal dan sedap)
9) R&S Satay Noodle house ( Sumpah sedap sizzling, ada pork tapi ayam and daging halal- owner Malaysian chinese )
10) Aroy Thai ( Thai restaurant, ayam je halal pakai Tegel, Daging tak halal)
11) Sushi B (Chicken halal- Tegel)
12) One Sushi (Chicken halal- Tegel)
13) Crabshack (Seafood and chicken only)
14) Burger Fuel (request halal option)
15) Curry Heaven (Indian restaurant tapi halal)

Yang ni info dari senior and Malaysian yang dah duduk sini lama. Korang boleh je masuk kedai mana mana nak makan tapi ambiklah yang seafood je or veggie je or kalau nak lagi comfirm jah dari pork apa semua ambik option vegan sebab dia akan tukar frying pan and pakai ingredient vegan je. Begitulah yang aku observe mereka ni.

Auckland area :
1) Uncle Man's K Road
2) Ayuttaya Thai restaurant
3)Uncle Man's event cinema
4) Chamate, Albert st
5) Chatime ( Try friend chicken dia macam uncle bob)
6) Paradise Buffet - Sandringham Road
7) Gangnam Style BBQ Korean - Takapuna
8) Cheecky chicken - Manukau
9) Milanos - Manukau

Yang Auckland ni aku tak sure sangat. So korang kena la nak ask the restaurant itself. Kat sini memang susah nak jumpa restaurant yang ada tepek halal logo kat kedai. So korang kena approach diorg sendiri.

Supermarket for groceries :
1) Countdown
2) Newworld
3) Park n Save

6) Activities and Attraction recommended by me

Okay kat NZ ada banyak sangat aktiviti yang korang boleh buat from any extreme sports lover to family-friendly trip. Di sinilah syurga anda ye pastikan poket anda tebal supaya kau boleh grab semua yang kau nampak depan mata. Untuk great deals and discount yang menarik boleh tengok website ini "Bookme"

Ni Suggestion activities in NZ : 
1) Kayaking - okay kalau korang minat water sports la ni la masanya abg and kakak untuk try. Aku first time kayak kat NZ and i love it sangat hahaha. Aku memang suka air so ni memang totally recommended. Aku buat ni kat Abel Tasman national park. Sumpah recommended !

2) Skydiving

Okay kalau korang super extreme and ada bucket list macam aku. Weh silalah try benda ni. Like you will never see the view like in nz. And kalau nak experience it the best way thru skydive la geng. Aku tak try lagi but tu 2020 vision I akan kecapi insyallah. Kalau aku dah buat nanti aku update my blog ni wuhuuu. Kawan aku dah buat and they said it the best thing the ever done in their life. Like ever. Soooooo apa tunggu lagi. Mari kita kecapi sama sama. SKydivng kat Abel Tasman ada kat Queenstown or Taupo. Aku nak    try yang Queenstown sbb I nak tengok view gunung salji hehehe

3) Visit Animal farm

Untuk family friendly punya travel aku cadang untuk try visit animal farm yang berlambak kat NZ ni. Ni la masanya adik adik nak lihat alpaca and berinteraksi dengan mereka ye. Boleh visit nevaleaalpacas kalau nak cuba bergomol dengan alpaca itu sendiri. Mereka sangatlah comel and friendly. So wajib visit. Korang boleh pergi zoo tapi zoo macam limited sikit interaksi so takyah la weh hahaha. Animal farm boleh bagi makan boleh belai2 kalau berani hehe



4) Skyline luge - okay kalau korang tak tau apa itu luge. korang google la, tapi aku guarantee korang suka main benda ni. Hanya ada di Rotorua and Queenstown. Dia macam kereta kecik yang kau guna untuk turun bukit without any power so basically guna gravity je and it super fun. The first luge in the world begins in Rotorua. So guys apa lagi mai la try.

5) Waitomo Glowworm Cave tour


Dah datang sini try la mask gua gua kat sini. Memang rare la masuk gua naik boat tengok glowworm kat dalam. Tapi kat sini ada 3 jenis gua Waitomo, Aranui, Ruakuri. Aku personally prefer Ruakuri sebab ada glowworm and korang boleh explore gua tu tengok limestone jugak. Sangat incredible. kat sini jugak korang boleh try Black Water Rafting  yang Aku tak pernah try sebab kawan aku takut air tapi aku yakin ianya super fun hehehe.



6) Visit Lavender farm


Haa Kalau datang NZ time summer korang carilah any lavender farm to put in your itineraries sebab rugi tak pergi oiii. Kat New Zealand ni Kalau famous lavender of course la kat Lake wanaka, South Island. Kalau area dekat dengan Wellington, North Island. Boleh visit Ranui Essential Kadang diorang ada event lavender picking and stargazing boleh join weh. Aku hari tu dah sampai tapi sebab cuai tak tengok operation hours datang time farm closed hahaha sumpah kecewa teramat. Terpaksa balik dengan hati yang lara.


7) Horse Riding
Dah datang sini try la weh alang alang. Benda ni memang agak pricey tapi bagi aku experience tu takleh ditukar ganti dengan wang ringgit. Kat Queenstown ada Moonlight Stables for ultimate horse riding experience. Banyak lagi kat New Zealand yang berpatutan.


8) Impromptu scenic spots


Bila korang drive nak ke destination tu silalah aware of signboard kat tepi jalan. Kadang dia ada tunjuk scenic spots yang sangat menarik. Aku suka sangat stop kat any place yang aku rasa magnificent view dia. Aku suka cari spot-spot best untuk sunset and stargazing. Sebab 2 benda tu korang boleh buat free and as someone yang suka nature its totally refreshing untuk aku.


Okay Guys tu je la kot aku boleh share setakat ni. Kalau ada lagi nanti aku share yang lebih details macam North Island trip iti ke okay spot spot best nak pergi. Aku dah ngantuk so kena berundur dulu.   Kalau korang rasa bermanfaat entry ni silalah leave any comment kat bawah. hehehe. Bye korangg and jump lagi in next post yang tak tau bila. hehe

How it felt to study abroad ? Real life experience

Hi guys and Assalamualaikum,

It's eqa yeahh. Tbh I've been wanting to post an update about my current life but sadly I always busy. And some people came across my blog and asked about Ielts ebook and wanted to know my experience while studying abroad. Okay so for sapa yang tak tau aku study abroad. If you ever read my previous post where aku share about my experience doing IELTS test and why aku ambik that test. Nanti hang paham la. Rajin sikit geledah my post tak banyak pun cause i rarely post. Ada yang mengarut but ada yang informative okay hahaha. So back to our topics.

Gambar hiasan semata-mata


To introduce a little bit about myself la, so korang tak macam pelik ke dengan aku yang expect korang kenal aku personally. So ceritanya, I was a graduate from KPTM batu pahat. Aku ada post pasal kptm tu hahaha. Sila lah baca. Promote sikit. I have a major in graphic design. Aku rasa like tak ramai kenal aku. Tapi post tu ramai gak yang baca and I just realize someone from kptm use it as marketing purpose for them. Siap share link kptm kat comment post tu hahahah. Maaf cik kalau nak suruh saya promote KPTM. Please pay me hahaha. Marketing always come with financial support okay. Atleast mintak la izin tuan blog. I need some money okay to survive.

So how I manage to study abroad. Well I definitely not one of rich asian kidsss. You guys could probably guess that I get it through my scholarship from MARA. Yeah MARA yang aku dok kutuk tu la. Yang hantar aku pi study abroad. Yeah haha. Bukan kutuk apa just the system tu aku a bit tak berkenan. But it's alright. For any MARA representative yg baca ni thanks la sebab sudi sponsor saya. Jasamu dikenang selalu. How I get this scholarship korang probably ask this cause I know how malaysian are sooooo damn obsessed with studying abroad. It's not always beautiful like they portrays in drama. I would to tell you why. Sat naa... aku nak bebel pasal diri aku jap. I don't really consider myself as "pandai". Probably just lucky and you know I'm just doing what I love. Aku rasa every each of us have different values means that I could be better in this but you might be better in other stuff like I might not. So aku rasa tak perlulah kita jealous with others and just focused on ourselves. If you really want to study abroad, make it happen. It's a good experience tho and it's really mentally challenging haha. I do sacrifice a lot of things to come here. Every dreams come with stakes you know.

Soooo in July 2018, I flew to New Zealand to pursue my dreams. Wah I didn't know what is my dreams tho. So aku pun ambik major yang aku tak sangka aku ada courage nak habiskan duit MARA study benda ni. Which is "filmmaking" hahahaha. Lawak tak. Aku sendiri pun rasa lawak tapi aku rasa macam come on girl, this is the moment for eqa to rise and shine wuhuu. Aku tak bagitau sedara mara yg aku ambik course ni sebab aku tau some type of typical judgement towards this course like takde masa depan. And older generation mostly tak paham and appreciate arts as much as young generation yg lebih open minded. Yeah aku paham. So aku just cakap multimedia but still ada yang cakap "kenapa jauh sangat belajar ambik multimedia je" hahaha this comment is quite harsh tho. Like tak boleh ke aku nak study multimedia jauh jauh. Biarlah. Takkan boleh study law, economics, business or accountant je kat luar negara.  Came from makcik bawang. So makcik bawang probably don't have dreams. So aku ignore je la. Like hello bila aku dah jadi director terkemuka kat dunia ni baru kau nak cari and jilat tapak kaki aku luls. Gurau je. Makcik pakcik jangan triggered okay haha.
In my family, I am the only child yang study oversea. Actually my mum tak bagi hahahah but aku pujuk dia cakap ni destiny aku kena fulfill eceh haha. Sebab weh bila lagi aku nak cuba tinggal kat negara orang. This is the moment bro. I have to do this. Lagipun masa tu nothing hold me back in Malaysia. Like aku tak sambung study, aku tak jumpa kerja, aku takde relationship hahaha (okay ni sedih). So bak kata shawn mendes "There's nothing holding me back". And bila lagi nak dapat peluang orang nak taja hang. Lagipun memang dari first sem aku kat KPTM aku struggle gila-gila and score dean list every semester sebab aku nak dapat study abroad la. Tapi tbh aku takde la berharap sangat sebab MARA kan penuh dengan janji manismu. So aku chill-chill je la. Tapi tulah Allah tu dah siapkan jalan untuk aku.  I just follow my destiny babe. Okay done ah intro banyak gila.
Orang kita selalu macam agung-agungkan sangat kan study luar kan kononnya pandai. Speaking english fluent la apa la. Well the fact is english aku teruk gila. I mean like I don't speak english at home. Most of my friends back in Malaysia are all Malays for godsake. Kenapa aku nak study oversea sebab aku nak cabar diri aku. Aku nak keluar dari comfort zone aku. Tbh aku memang independent since young, aku ni free spirit sikit aku tak suka ikut rules sangat haha. Aku suka think different. Eceh. Parents i memang tak risau if i nak pergi travel mana mana pun. Cause they know me. Aku boleh je nak tinggal mana mana kat dalam malaysia. Aku boleh adapt. Tapi aku nak tengok adakah aku mampu untuk survive kat negara orang where aku takde family or close friends kat sana. That was my true intention actually. And then since I kan acah nak travel backpackers la konon. So of course la i nak pergi New Zealand sendiri tengok dengan kepala sendiri. Lagipun NZ memang ada dalam bucket list aku lol.

So right now aku dah 2nd year, kira dah setahun aku duduk sini. So far so good. I mean i can adapt. But lately ni aku macam rindu sangat life aku kat Malaysia. Haha pelik kan. Dah duduk sini nak balik Malaysia pulak. Well life is tough man. Luar memang nampak happy. But hati ni siapa la tau. I mean i didn't have real close friends here. So sometimes I am so depressed about it but didn't know where to let go what was in my heart. I admit I do met a lot of new people but you know I didn't found any chemistry with them. Aku bila ada problem aku selalu keep it inside. I didn't share with my family cause I didn't want them to worry about me. Lagi lagi my mum. Kalau dia tau i struggling mentally she must be so sad about it. So aku diamkan je. Aku rasa mental health is quite important la since kita sorang kat sini. Apa apa jadi you need to figure it out sendiri. Aku selalu rasa empty and sunyi. And I didn't know how to remove that feeling. Is it normal? It's not about love life ke apa benda hahaha. Bukan pasal tu. Ntah lah labu. Saya pun tak tau. Masa first 6 month aku datang sini. Aku sangat- sangat depressed. Adalah beberapa kali aku nangis hahaha. I didn't know I was so fragile. Bila aku datang sini aku nak excel in my study but my english was freaking bad weh. Korang tau tak masa 1st semester adalah dalam 2 months aku tak paham accent lecturer aku tu hahaha. Aku tak paham cara orang kat sini belajar. Aku slow and blur so menambahkan stress aku. Kawan aku pulak jenis cepat pickup tapi tak reti tolong kawan struggling. Bagi aku kawan kat sini setakat tu je la. Bukan kawan susah senang. Aku literally rasa I'm the dumbest person in that lecturer hall. Aku kat malaysia aku macam very outspoken and extrovert. Aku tak takut jumpa orang baru. Tapi bila aku datang sini my personality changing drastically. Aku mula tak confident dengan diri. Aku susah nak adapt dengan classmates. Aku insecure sangat dengan english aku and diri aku. I'm just feel I'm not good enough to be here. And sebab aku adalah student tajaan buat aku lagi stress nak reach dorang punya expectation.

Ada la one time in this class. Belajar pasal circuit la programming la coding. Aku memang blur pasal coding and I hate it for godsake. Tak tau asal aku sign up that course haha. Lecturer tu orang aussie. And korang tau la mat saleh cakap laju gila. Pastu pace kelas tu laju. Pastu asyik kena buat experiment circuit yang aku tak paham tu. Aku nangis weh sebab tak dapat follow their pace. Tak pernah dalam hidup aku nangis sebab lembap nak paham apa orang ajar. Tu la aku macam asal aku nangis hahaha. Tapi sebab aku kecewa sangat dengan diri aku. And aku struggling tapi takde sape tolong aku. Sebab tu kot. But sebab benda ni jadi bagus gak. Sebab lecturer tu nampak aku lepas tu. I mean she give extra attention to me. I work my ass off to impress her. Hari hari aku stayback kat workshop nak siapkan project. Aku first year weh tapi project aku buat 3rd year pun kagum. Hahah poyo. Masa presentation aku menang best award and get many attention from other classmates. Aku serious seronok gila. Sebab aku belajar bangkit dari failure you know. Pastu aku dapat masuk magazine uni aku. Sumpah terharu. Kat Malaysia aku takdelah work hard sangat. Tapi kat sini aku gandakan my effort to get recognition from them.

Aku belajar banyak sangat benda kat sini. I suprising improve my english when I study here. I'm not the fluent english speaker ever. Tapi aku improve la. Aku dah tak takut speak english. And aku comfortable je nak cakap dengan orang. Aku suprisingly and naturally dah tengok bukak subtitle bila tengok english show kat youtube. Masa aku kat Malaysia kalau takde benda tu memang tidak paham saya. Namapka tak long terrm benefitnya. Last year aku macam susah sikit nak communicate dengan my groupmates. Tapi sem ni aku cam seronok gila buat project dengan diorg. Sebab my groupmates semua baik-baik and I'm so happy cause they very open and listen to my idea and we get along pretty well. Aku macam grateful gila aku jumpa diorg as my teammate. Aku dapat kawan from vietnam, china, europe, filipino and NZ. Aku tak pernah ada kawan different race. And I am happy to be friend with them. Aku dulu takut nak cakap dengan lecturer. Tapi sekarang aku suka tanya diorang. I slowly getting my confidence back. Kat sini banyak presentation, dulu aku takut nak present even 1 minute pun sebab you know my english was so shitty back then. Aku selalu rasa diorang macam better than me. But sekarang ni aku rasa, alah diorang semua sama. Aku ada kelebihan aku sendiri. Aku maybe tak fluent english tapi aku ada pengalaman lain, aku belajar graphic and aku boleh speak 2 language okay. Hahaha. Berlagak pulak. Sorry just trying to convince myself. So aku dah tak takut nak present depan diorang. 

Aku punya dreams nak break the stereotypes yang diorang ada for muslim. Aku sedar aku and my friend je the only muslim dalam course tu. So kira 2 orang je perempuan bertudung dalam hall tu haha. Kitorang pun bukan kelas sentiasa sama pun. Masing masing ada minat sendiri. So aku memang dah biasa dah being the only muslim. Dulu aku macam insecure tau tapi sekarang aku macam try to get along with them. Try to show them i can shoot video like them too. Aku rasa diorang pun maybe takut nak tegur aku sebab tak biasa tengok orang pakai tudung study film kan kat sana. I mean i get it. So aku take initiative to approach them. Course aku ni sumpah banyak sesi ice breaking classmate la buat presentation la. Every courwe ada groupwork la. Kena berlakon la. Acting tu sumpah aku tak suka. Hahaha sebab aku tak suka acting okay like urghh taknak. Dorang sini acting power weh macam dalam tv. Kat Malaysia kan student malay selalu acting kaku kan hahaha. Tapi sini tak weh. So beza culture kat sini and Malaysia. Diorang bawak hal sendiri. And dalam class tu tak semua kenal each other. Dah habis semester pun maybe kitorang still tak tau nama each other. Tu biasa. But sebab aku malay kan so aku selalu ingat nama nama diorang. Sebab deep in my heart I want to get along with them luls. Tapi diorang tak pernah ingat nama aku. Kay sedih. Crush aku pun maybe tak tau nama aku. Even aku banyak gak tegur dia hahahahaha. Sedihhhhh. Okay ermm aku rasa itu je kot aku nak cerita pada hari yang indah ni. This is totally my personal experience takde kena mengena dengan orang lain. Some people memang suka sangat study sini. Aku macam tengah - tengah. Ada pros and cons but I'm okay tho. If you guys read this. Please doakan eqa sihat walafiat and stay strong. Cause your pray can help me to survive mentally and physically. Inshaallah. Pastu if you guys have any more topic and things you guys want to know. Please drop comment below. Insyaallah aku baca and aku cuba update and story lagi pasal hidup aku. Hehe. Doakan saya and jumpa lagi di next post. Kalau ada lah. Assalamualaikum byeee ~

Any thoughts? Share down below or reach me out at 
inspiredgeeks.ej@gmail.com

Trend Micro Check

Pengalaman ambil exam IELTS di IDP

Salam 1 malaysia,

Selamat datang ke blog saya yg ada entry bila tuan dia rajin or tak boleh tidur. Haha. So today aku nak share pengalaman aku ambik IELTS exam. Okay first of all untuk noobies yg tertanya tanya apakah IELTS exam ni. Well dia macam MUET yg korang semua ambik tu for sambung degree but this is mainly for overseas punya english test. Normally english speaking country memang akan ada requirement for certain test untuk layak masuk ke uni depa. Okay paham tak murid murid setakat ni. Haha. So IELTS ni diperlukan la untuk mereka yg nak migrate tu another country or nak sambung belajar. Mostly ke aussie, Canada, UK and New Zealand.





Tujuan aku nak story pasal experience aku ambik IELTS ni bukan nak show off. Tapi aku tau betapa strugglenya orang kat luar sana nak ambik exam ni. Cause FYI the exam fees is almost RM900 per test. Ni memang naik melampau gak la. Sejak aku tanam niat nak fly overseas kan aku check baru RM500. But now naik mendadak betul. Memang cekik darah ni. So untuk mengelakkan anda rugi. Tolong la prepare betul betul. Jangan jadi macam aku repeat dua kali. Terbang duit aku. Dengan exam fees tu aku boleh gi travel seminggu tau haha.


Straight to the point la, aku ambik dekat IDP. Ada jugak yg ambik kat British Council (BC). Orang cakap BC ni strict sikit la dalam marking paper. IELTS exam consist of Listening , Reading, Writing and Speaking test. Sama je macam MUET. But aku rasa tougher kot dgn tak cukup masa weh. Menggeletar aku ambik exam ni, tbh lagi nervous dari SPM. Hahaha. Bagi aku okay la IDP run the test. Aku tak boleh nak judge which one is better sebab aku ambik dua dua exam kat IDP. Sebab malas nak register account kat BC. Haha. Aku rasa okay la sebab diorg really take care of us la.

Okay in speaking test kan, aku ambik kat IDP Subang Jaya. Tempat dia kecik je. Sorang sorang kena masuk 1 bilik. Sebab speaking test je pun so tak perlu dewan bagai. Dalam speaking test ada 1 to 1 interview dgn speaker. So ada 3 sections. Bagi aku soalan dia tak susah sangat. Tapi kalau korang takde vocab yg kuat and korang takde idea it can get a little bit tougher. But if korang prepare banyak baca topic yang selalu discuss in speaking test. Then there will be no problem for you. They key is to always practice and banyak baca topic yang IELTS selalu bincangkan. Ada banyak teknik sebenarnya. Kat bawah aku akan share link for study IELTS by yourself without buying expensive books. It's really worth it. Dengan website yang ajar free lesson ni aku berjaya jugak second try aku. Korang boleh jugak rajinkan diri tengok IELTS speaking test kat youtube. Bersepah weh. And dari video tu korang boleh judge sendiri korang tu layak band bape. Ada banyak teknik macam mana nak score dalam speaking. Idea tu penting untuk buat process speaking tu berjalan lancar. So kalau takde idea susah tau nak jawab soalan speaker yang kadang kadang aku tak terpikir. Untuk second try aku, aku dapat soalan dimana dia tanya "What is the meaning of your name?" Ini adalah soalan yang diluar jangkaan kau. Cause aku dah baca semua topic yang selalu ditanya. Tapi yang ni memang aku tak expect. Aku tau apa maksud nama aku cuma aku kaku nak jawab sebab soalan tu diluar expectation. Tapi takpe aku dah dapat cover balik dalam section 3 sebab dia dah start tanya current issues. That was my strength. Aku prepare untuk exam ni just for 2 weeks. In 2 weeks aku baru nak belajar format IELTS. Baru nak buat latihan. Memang crucial la citer dia. So please jangan jadi macam aku. Lain la hangpa ni semua speaking london kat rumah. Aku malas nak cerita format IELTS secara detail kat sini. Kalau aku citer gak memang 2 malam pun tak habis entry ni. So korang yg ambik tu pandai la study sendiri ye. Ingat usaha tangga kejayaan.

For listening test pulak, first try tu kan aku rasa aku buat bagus tau tapi aku tak dapat band yang aku nak. I was aiming for band 7 for listening test cause aku memang prepare listening ni. Slang US/UK sebenarnya takdelah susah nak paham. And aku dah biasa tengok movie hollywood and biasa dengar slang diorang. Takde la susah mana. Aku rasa most of malaysian boleh paham. Tapi IELTS ni kan takkan bagi kita slang senang je. Dia ada 4 section. And typically section 1 will be the easiest one and akan ada 1-2 section yg slang dia boleh buat berdarah telinga hampa semua. Serious aku cakap. Aku dah cuba dengar sefokus yang boleh still tak paham hahaha. Dahlah audio play sekali je. Pastu kau kena ikut timing depa. CD tu dia takde nak pause kalau kau tak cukup masa nk tulis jawapan. So tu yg agak challenging la. Bila tak dengar audio tu aku rasa macam nak baling je meja haha. Nampak tak masalah anger management di situ. Yela exam fees mahal kot. Kalau RM 5 aku takde la emotional sangat. And some tips aku lah. Listening ni takde cara singkat la korang nak prepare. Korang kena practice practice sampai korang dengar slang black american tu pun korang boleh paham. So practice gais. IELTS ada list for band score. So kau boleh target kat situ. Contoh kalau nak band 7 boleh salah 10 je. Ni penting tau. Sebab aku banyak buat latihan macam ni. Selalu target nak band berapa. Pastu kalau tak capai target kena la figure out apa masalahnya. Adakah otak kau terlalu lembap untuk faham format dia ni. Korang kena faham otak korang berfungsi macam mana. Ada yg slow macam kura kura. Ada yang laju macam cheetah. It's up to you la nak improve otak korang macam mana kan. Rambut sama hitam hati lain-lain. Okay dah mengarut pulak. Haha. And please fokus dekat contoh actual model for listening test. Kalau kau buat exercise yang senang. Nanti time real exam mulalah menggelibas. Kalau boleh cari soalan susah susah. Biar kita prepare dengan segala kemungkinan dari serangan musuh kita. Eceh haha. Merapu lagi. Link yang aku selalu guna for practice is "ielts-up.com" kat sini banyak bagi online exercise. Lagi satu "ieltsbuddy.com". Bila dah jawab dia akan total kan score kau and give you scored band. It's being really helpful to me. Sebab aku malas gila nak print banyak kertas soalan. So website ni dah mudahkan kerja aku.

Next reading test, tbh la kan reading test ni memang crucial part of the test. Kalau boleh kat sini korang score la setinggi mana yang mungkin. Kerna kat sini la kau boleh score. Sebab dia jawab soalan macam pemahaman. It's easy for me la. Tapi tak cukup masa. Kan aku dah kata IELTS ni takkan biar kita lulus senang senang. Dia nak kita repeat paham tak. So macam mana nak lawan agenda tersirat mereka ni kita kena prepare. Korang kena biasakan baca passage or baca novel la. Tbh la the passage quite challenging gak nak paham untuk otak lembap macam aku ni. Ada passage yg senang gila so situ boleh save masa. Ada passage yg melibatkan sejarah. Hah tang ni aku lemah. So aku ambik masa sikit. The crucial part is time management. Dalam exam hall tak boleh bawak jam. So kau tengok la LCD kat depan ada bape minit lagi. Dalm dewan tu segalanya berlalu dengan pantas. Takde masa ye nak pandang orang sebelah ye. Semua bergegar meja. Bunyi selakan kertas bergema. Kadangkala ada bunyi bunyi batuk yang memecah kesunyian. Tetapi perjuangan harus diteruskan. Dalam reading kena transfer jawapan kat dalam answer sheet so teknik aku adalah lepas jawab 1 section terus transfer. Sebab memang tak sempat ye nak last minute transfer answer. Dengan jantung yang berdegup kencang dengan pensel pemadam terbang. Korang akan menyesal. Percayalah. Hahaha. Tips untuk prepare reading ni senang je. Print 2-3 model paper from internet pastu jawab la. Jangan lupa check answer. And figure out apa yang kau salah. Takde banyak tips pun actually. Hah lupa nak mention kat soalan setiap section selalu ada bagi tau bilangan words or number untuk jawapan korang. So korang kena alert sikit la. Kadang kadang korang ingat 2 words tapi sbnrnya kat soalan dh mention nak 1 word je. So korg kena jugak pilih the most precise answer. Quite tricky jugaklah. BTW this test will take about 60 minutes and ada 3 section. Korang kena manage time korang. Untuk section mana yg nak spend more time. Kalau passage susah spend lebih masa kt situ. Kalau senang jangan buang masa sgt. Masa yg diberi sangatlah cukup cukup makan tuan puan semua.

The last test was writing. Hah lupa nak bagitau exam IELTS for listening, reading and writing buat dalam 1 hari. Takde break tau. Untuk test taker kat IDP la. Meanwhile, speaking test ambik 1-2 hari  before the rest of the test. So takde la menggelibas nak buat semua dalam 1 hari kan. Bagus la buat macam ni. Tak pening kepala sangat. So kita boleh budget masa nak study untuk speaking alone. And test yg lain tu boleh focus after speaking test. Untuk writing kan aku banyak belajar technique from videos kat youtube. And ada 1 website ni memang sangat membantu "IELTS LIZ". Apa yang dia ajar aku siap buat notes lagi. Umpama dia ni cikgu online aku la. Kalau dia jadi cikgu bi kat sekolah dulu comfirm english aku A+ tak diragui lagi haha. Other than that, aku ada gak baca contoh IELTS essay yang boleh score band 9. Tbh aku nak band 7 je. Sebab aku tau english aku ni macam mana. Kalau dpt band 7 pun dah okay la. Banyak sangat tips dalam website tu. Dalam IELTS tak perlu ayat berbunga bunga. Kita nak padat, tepat, ringkas dan menjawab soalan. Tu je. Takyah nak berbunga bunga ber-idioms bagai. Lagipun masa ada 60 minute je and ada 2 section. Task 1 kena explain graph or charts while Task 2 would be essay la. Ada banyak jenis essay such as opinion, benefits, advantage and disadvantage, cause and solution and banyak lagi. Korang boleh study contoh contoh essay kat web IELTS liz tu. Serious sangat helpful. Study teknik menjawab essay tu macam mana. Sebab korang kena ada strategy. Kalau korang membuta tuli ambik exam ni tanpa the right preparation, it's gonna be a waste. So please ladies and gentleman. Jangan malas. Task 1 tu ada teknik dia macam mana. Penting ye untuk study and bukan main hentam je. Task 2 pun sama. But in Task 2 we will have more freedom la. Semua ada dalaam website "IELTS liz" tu. Serious tu la website yang paling banyak bantu aku. Aku ambik exam ni solo without kawan kawan. So aku banyak self study and website tu la cikgu aku.

So aku nak summarizekan macam mana nak score IELTS dengan berkesan and effective :

1) Beli buku IELTS. Sebab of course lagi banyak teknik and model answer yang korang boleh study. Tapi kan aku tak beli pun buku sebab aku nak guna kejap je. Nanti bazir je beli. Other alternative boleh email or pm aku kat twitter or insta aku kalau nak free ebook IELTS at eqajamal@gmail.com. Tengok aku dah savekan duit korang. Patut bagi aku sumbangan sebab aku share ilmu ni. Haha

2) Self study kat website yang aku list kan ni :

* The most helpful IELTS material for noobies like us. Dalam website ni sesuai untuk study writing and speaking. Kalau reading and listening pun ada jugak exercise . Pokoknya kat website ni sangat helpful and cara explanation dia senang nak paham. Totally recommended.

http://ielts-up.com/index.html
* Aku suka guna website ni for listening and reading practice. Sebab dia online test so takyah print paper nak practice. Save environment la sikit kan. Tapi tbh listening kat sini senang sangat so listening better study kat website lain. Writing kat sini pun banyak tips and teknik menjawab soalan.

- https://www.ieltsbuddy.com
* For this website, listening practice is the best here. Sebab model soalan lebih kurang dalam exam. So good for practice. Reading pun sama. Plus point exercise boleh jawab secara online so takyah print banyak banyak. Same as reading. Model soalan lebih kurang dalam exam. So banyakkan practice kat sini. Aku discover website ni lambat sikit so rugi ah.

https://ieltsmaterial.com/
* Yang ni website yang okay jugak, Ada banyak sample answer for writing and tips menjawab exam.

https://dxschool.org/ielts/
* Last website yang boleh jadi korang punya IELTS material would be this site. Kat sini ada banyak free ebook and soalan yang korang boleh download. Pilih je mana yang berkenan. Aku ada download jugak tapi aku lagi suka print model answer yag aku suka. Daripada print the whole ebook. So aku banyak print from website ielts liz tu hehe.

3) Download IELTS apps kat smartphone.
Sekarang ni dunia dah maju and teknologi are very advance. Korang rajinkan lah download apps IELTS kat playstore tu. Sebelum tidur boleh revise apa yang patut. It's really convenient. Gambar kat atas ni adalah apps yang aku recommend and aku da.h guna pun. Senang nak revised di saat akhir. Idk why aku terlalu gigih nak tolong korang ni. Demi rakyat Malaysia saya masih menulis pada pukul 4 pagi ni. Kalau tak lulus jugak tak tau la.

Update :

1) Nak ambik Ielts kat mana yang okay? IDP or British Council (BC)

Since ada few of you yang tanya the same question, aku decide to add my opinion kat sini. Personally from my experience aku repeat test twice and both I took at IDP. Yang aku tau kat IDP Subang Jaya speaking examiner tu mostly Malaysian Indian so I think okay la. Kat BC, my friends said they have native speakers yg handle speaking test. So kalau korang rasa tak gugup nak speak depan mat saleh boleh la try kat BC hahaha. For marking schemes aku rasa both sama je. Since kawan aku yang first time try kat BC pun dah boleh pass. So it depends kat intellectual level masing2. Since Aku tak pernah try kt BC Aku tak boleh nak bagitau which one better. So if anyone ada experience sila lah share at ruangan komen hehehe.

So tu jelah for entry kali ni. Aku tau dah panjang berjela but this is one of my initiative to help you guys out there. So if you want to ask any question, kindly email me. Kalau korang ada any other useful tips yang nak share boleh comment kat bawah. So aku boleh add on any new info and stay updated. Thanks for reading and I wish you guys succeed in the exam. Goodluck guys !

Any thoughts? Share in comment below or reach me out at 
inspiredgeeks.ej@gmail.com

I give free ebook only to the one who make effort to reach out :)







Trend Micro Check