Assalamualaikum adik adik lepasan spm,
Korang mesti sekarang tengah mencari mana ipta or ipts yang bagus. Aku tak tau la kalau upu dah keluar or belum. Rasa macam dah. Tapi aku saje nak tulis benda ni as reference untuk korang yang nak sambung belajar. So korang yang berjaya dapat masuk ipta congrats la. Even aku pun tak dapat masuk huhu. Korang memang terpilih. So jangan sia-siakan peluang yang diberi. Akak doakan korang berjaya tsk tsk haha. Btw yang tak dapat masuk ipta tu it's okay. Well always remember rezeki ada kat mana mana. Memang la masuk ipta bagus tapi ipts pun ada benefit dia gak. And ada yang okay. Cth ipts yg okay macam unikl, msu, sunway university, taylor university and banyak lagi la. Korang kena pandai pilih okay.
So sekarang ni akak senior ni (kononlah) nak cerita pasal ipts akak iaitu KPTM. Aku sekarang belajar kat kptm batu pahat. It is a small town somewhere in johor between muar and ayer hitam. Hahaha. Sekarang aku dah nak masuk sem 3. Pointer sem 1 mmg cantik. Sem 2 tak tau ah ahahaha. So memandangkan aku ada sedikit pengalaman kat sini aku nak bagi tau korang before korang menyesal masuk sini lol.
First of all kat sini ada 4 course:
1) Diploma in computer graphic design
- Ini la course akak adik adik semua. Basically belajar pasal design (photoshop, illustrator) then ada photography, belajar buat video, advertising. Semua tu akan belajar. Banyak lagi act tapi malas nak list haha. Ramai yang salah anggap course ni tak perlu melukis sbb COMPUTER graphic design. Okay itu adalah salah sekali sebab semua course seni mesti akan belajar lukis dulu masa sem 1. Mesti wajibul gunnah. Wajibb pahamm. Jadi anda tidak akan terlepas dari melukis.
Even korang power gila photoshop pun. Have fun la huhu
2) Diploma in information technology
- Course ni lebih kpd IT. Belajar pasal database, math, english bla bla semualah. Aku tak tau sangat course ni tapi tulah dia. IT okay.
3) Diploma in business information technology
- Okay bisnes budak dbit cakap diorg belajar pasal statistic, math. And macam macam lagi. Course ni gabungan IT dgn bisnes. So kita belajar pasal bisnes tapi still ada knowledge dalam IT. 2 in one la kiranya.
4) Diploma in computer system and networking
- Okay course ni lebih kepada programming la. Belajar coding, buat games semua. Banyak lagi la.
So itu muqadimmah setiap course la ye. Korang takkan paham kalau aku cerita panjang lebar pun. Basically tu yang korang perlu tau. Dah belajar baru tau banyak pahamm. Hahaha. Okay so lepas ni aku nak cerita pasal kemudahan kat sini pulak. Okay kitorang ada sebuah bangunan yang sangat besar (lol besarlah sangat). Antara terbesar di batu pahat tak termasuk kilang kilang okay. Bangunan tu adalah bangunan tabung haji.
 |
Lihatlah bangunan yang anda akan belajar. Sila tabah wahai adik adik.
|
Bangunan ni ada banyak class tapi takde dewan semua tu. Ada dewan seminar tapi aku rasa kebesaran dia sebesar kelas aku kat sekolah dulu. Ada studio fotografi tapi aku tak pernah jumpa. Ada bilik mayat, library. Kitorang panggil bilik mayat instead of bilik rehat pelajar. Selalu budak takde class lepak sini or library. Batch aku banyak lepak bilik mayat ni. Kecik je bilik ni pastu sejuk gila sebab tu kitorg panggil bilik mayat. Tapi bilik tu dah jadi class. Tapi aku still lepak situ bila takde class kat bilik tu. Tak kira hahaha. Tempat favourite aku tu weh. Aku tak suka lepak library benci. Banyak mata memandang. Kemudahan kat kolej sangat sikit. Ada lab semua tu tapi biasa la tak besar sgt. Bangunan ni kecik je so paham paham la tapi ada aircond tu jangan risau hahaha. And aircond sejuk. Tu yang penting. Kat sini memang takde kemudahan macam ipta yang besar gedabak tu ,auditorium yang besaq gila mmg takde la. Kirim salam awal awal. Takde padang, or gelanggang pape. Jangan nak berangan okay. Tingkat G adalah kawasan tabung haji. Jangan kacau diorg nanti kena kompaun lulss. Kolej ni dekat gila dgn summit parade. Tak dekat sangat tapi korang mampu jalan kaki. Ada karaoke kat summit tu and bowling. So lepas class korg boleh lepas tension yang bersarang di kepala dek assignment yang menimbun.
Asrama pulak. Sem 1 and 2 wajib duduk asrama. Sem 3 duduk luar ye. Asrama korang takyah risau. Memang selesa. Tapi sangat jauh. 30 minit dari kolej so kptm ada sediakan bas setiap hari. Ada masa-masanya ikut kelas korang hari tu. Basically aku nak bagitau korang yang kita ni menumpang. Asrama menumpang and kolej pun menumpang. Hahaha bangga tak? Kita ni memang kaki tumpang tau jadi bergembiralah. Asrama tu namanya KKTM. Institut ni under mara. Sebab tu kita tumpang duduk asrama situ konon sama sama under MARA. Puihh.
Bilik asrama ada 2 jenis, bilik 2 org dgn bilik 4 org. Bilik 2 org lagi banyak dari bilik 4 org. Bilik 4 orang serious luas. Bilik 2 orang pun okay. Memang selesa la. Kat IPTA tak dapat bilik luas macam ni. Oh almari diorang best besar. Takde la sebesar rumah korang punya almari tapi besar untuk asrama. Sapa pernah duduk asrama tau la almari kecik mana. Warden asrama sini baik kitorang panggil 'ibu'. Suami ibu kitorang panggil 'abah'. Sweet tak ala ala ibu ayah ada kat sini luls. Aku suka borak dengan abah. Abah ni ada buat bisnes sewa basikal. So aku ni kira pelanggan tetap la sebab suka pergi dobi kat taman U. huhu
 |
Ni asrama siswi. Yang oren
tu lah bangunan asrama kptm. Yang sebelah tu kktm punya. Petang-petang
aku suka tengok permandangan kat belakang asrama ni. Lepas tu bukak
tingkap luas-luas kasi angin masuk. Time tu memang best.
|
 |
Ini adalah main gate
asrama kktm. Sorry takde gambar siang. Masa ni lawa tu yang snap tu
huhu. Sebab selaunya gate ni kelam dan suram je tetiba meriah je lol
haha
|
 |
Ni bilik aku dulu. Rindu
bilik ni tsk tsk. Sesapa yang dapat bilik ni sila jaga elok elok please
uhuk uhuk. Masa ni dah habis sem. Tu yang bersih. |
 |
Best bukak tingkap luas luas. Angin sedap. Spot ni sesuai nak usha crush lalu lalang. |
Aku suka gambar ni nampak sangat elegan lol.
Kat asrama ni ada macam macam kemudahan tapi korang tak dibenarkan pergi guna sbb korang ni kptm bukan kktm. Kan aku dah cakap korang menumpang luls. So sedar la diri. Ceh cakap dengan cermin haha. Ada gelanggang tenis, badminton, padang, futsal court, astaka, cafe, gmart. TAPIIII korang boleh pergi cafe and gmart je. Jangan pergi main kat tempat lain. Dkt siswi ada court badminton. So situ korg boleh main. Padang aku tak pasti. Tapi kalau training as atlet kptm boleh kot. So jangan sesekali PERGI KE TEMPAT LARANGAN. Sebab diorg ni sensitif tau. Nanti mesti ada yang mengadu pastu bagitau org atasan kptm cakap kita ganggu diorang.
Kat sini boleh sewa basikal. Harga tu mampu sewa la ye haha. Kat luar asrama ni ada kawasan perumahan and kedai kedai namanya TAMAN U. Kat sini ada mcd, restoran bersepah, bank, dobi layan diri, kedai stationary. Sini boleh kata lengkap la untuk kemudahan pelajar. Sebelah bangunan kktm ni ada UTHM yang BESAR GEDABAK. Jeles aku tengok kemudahan kat situ. Ada balapan lari besaq gilaqq, tasik ada main kayak, ada dewan renang ( tapi aku tak pernah masuk), ada library terbesar di asia tak silap aku huhu. Korang as jiran kepada uthm boleh masuk sana pergi tasik, library. Diorg bagi. Kptm dengan uthm baik. Kptm dengan kktm kurang baik. Paham paham la ye. Kat sini ada gak pekan yang dekat kitorg panggil parit raja. Kat situ ada la pasar boleh pergi. Kat taman u pun ada pasar malam hari rabu. Basically taman u tu mmg kawasan pelajar. So lengkap and best. Tak bosan la. Aku mungkin akan rindu suasana kat sana nanti tsk tsk. Kat situ aman tak busy sgt macam kat bandar. Kurang bangla. Kalau kat bandar penuh je bangla aku tengok.

Jalan menuju ke Taman U. The most perspective view luls
Untuk outing kalau korang bosan atau menghadapi stress melampau. Kat sini ada 3 mall. Banyakkannn so tak payah pergi JB semata mata nak tengok wayang. Aku sebat korang. Assignment banyak nak pergi JB ciss. Ni lah mall kebanggaan batu pahat.
1) BP mall
2) Summit Parade
3) Square One
Tapi yang function and sesuai dibuat outing would be BP mall. So masa weekend anda boleh la datang ke sini bersama teman teman baru lol. BP mall ada wayang, karaoke, dan bowling. Kedai kedai pun okay la. Ada yang branded ada yang biasa. Kat square one ada Parkson. Jadi sapa yang memang gila barang kat parkson ni takde la sedih sangat kan. Sebelah square one tu ada Carefour. Square one ada karaoke and wayang. Summit ada karaoke and bowling. Orang kata sini murah sikit compare to bpmall.
Soal transport jangan risau. Bas berlambak kat sini. Takde la lambak sangat tapi ada la. Every 30 minutes ada bas. Kat sini ada 2 jenis bas dari asrama yang korang boleh naik kalau nak pergi bpmall. Johore motor and causeway (bas kuning). Johore motor takde aircond paham. Causeway ada tapi bau masam. Biasalah banyak golongan international dalam tu. Sabar je la. Bas nak pergi bus stand (terminal bas batu pahat) boleh naik johore motor and causeway.
Johore motor : Ayer hitam - sri gading - asrama kktm - bp mall - bandar bp - bus stand
Causeway: Sri gading - asrama kktm - bp mall - carefour/square one - summit parade - bus stand
Itu route bas tu. Aku saje bagi info ni sebab masa baru baru kat sini. Aku macam nak gila sebab tak pernah naik bas. Masa tu nak balik rumah first time naik bas. So kalau aku bagitau takde la korang gila sangat. Senior kat sini bukan senang sangat nak bergaul. Korang yang tau sendiri nanti. So bersyukurlah sebab aku bagitau. Aku kat sini memang naik bas je la memandangkan takde lesen. So penting untuk aku tau semua benda ni. Bas nak ke parit raja pun ada. Bas sama gak johore motor or causeway. Parit raja tu terletak sebelum kktm and uthm. Tapi jarang sangat la aku pergi. Hah selain bas ada perkhidmatan kereta sewa dekat uthm. Jadi anda hanya perlu call sahaja nanti diorg hantar kat gate asrama. Nanti dah masuk sini korang tau la mana nak dpt nombor. Harga kereta sewa okay la. Nak compare dgn kl memang tak dapat harga macam ni.
Haaaa soal lecturer kat sini aku rasa okay la. Diorang memang sporting. Susah nak jumpa lecturer berjiwa pelajar kan. Tapi kat sini banyak. Maklumlah banyak lecturer muda. Aku rasa cikgu kat sekolah aku semua tua-tua kot. Masuk college lecturer muda muda. Pelik aku. Lecturer kat sini memang bagus and banyak bantu pelajar. Kira tak lokek ilmu. Diorang akan ajar selagi diorang boleh. Tu yang aku suka dengan lecturer kat sini. And kat sini korang boleh mohon pinjaman Mara kalau dapat pointer cemerlang takyah bayar langsung. So sapa taknak kan. Setiap bulan elaun rm500++. Sapa taknak rm500 sebulan. Boleh la tenang sikit hidup kat sana. Kalau takde mara memang senak nak cari duit survive. Tapi sapa yang layak je dapat mohon mara. Kalau tak lepas syarat kena ambik PTPTN. Tapi jangan risau once korang sem 2 ke atas korang dapat pointer bagus boleh mohon mara. Tapi tu time batch aku. Aku dengar sekarang sapa yang masuk kptm tak lepas mara guna sijil spm. Means tak boleh mohon mara after sem 1 even pointer lepas syarat mara. Idk about that. Tak pasti sangat. So result spm sangat penting.
So basically itulah kehidupan kat sini. Aku tulis entry hanya sebagai reference untuk korang kat luar sana. Sebab masa mula mula masuk sini pun aku tak tau pasal keadaan kat sini. And aku terkejut dengan kemudahan dia. Tapi bila lama lama rasa macam ala yang penting aku belajar. Yang penting aku berjaya. Kalau nak masuk Ipta yang besar gedabak tu kenalah usaha kuat sikit. Korang pun tau swasta banyak pakai duit and memang kena pandai independent. Kalau UITM dapat bantuan barang seni untuk pelajar. Kitorang beli sendiri barang seni pakai duit sendiri. Memang kena independent. Tapi sebab duit mara boleh cover benda tu so takpelah kan. We don't mind even belajar tempat kecik. Kemudahan takde. Yela swasta. Yang penting ilmu tu kita kutip and banggakan institut kita. Mana tau satu hari nanti KPTM boleh jadi university. Even UITM tu pun dulu cuma institut mara. Tapi dah jadi besar setaraf IPTA. So basically kita as pelajar yang bangunkan kolej ni sampai mampu jadi IPTA. Kalau result bagus mesti kita boleh. So adik adik jangan jadikan bangunan pengukur kejayaan sebab kejayaan datang dari usaha. Even kau sekolah pondok pun boleh berjaya. Aku ada impian nak sambung degree oversea. Hmm insyaallah kalau ada rezeki. I will fight for it. Kalau cemerlang kita boleh mohon program skim pelajar cemerlang mara ke oversea. Bestnya.. Kalau tak dapat pun takpe lah aku anggap takde rezeki. So itu jelah untuk hari ni. Aku ada terfikir nak sambung entry ni nanti. But idk macam dah banyak info aku bagi. Kalau ada info lagi aku akan masukkan dalam entry part 2 insyaallah. Kalau ada lah. huhu. Sekian akak senior yang baik hati.
Read more about KPTM
Any thoughts? Share in comment below or reach me out at
inspiredgeeks.ej@gmail.com
Assalamualaikum semua,
Lately ni, aku ada try nak book hotel guna agoda. Kononnya best, murah and senang. Lol. Bukan nak burukkan nama agoda la. Tapi ni based on aku punya experience la. Aku book mula mula macam okay. Harga asal rm600++ untuk dua malam. Then dah campur tax semua naik sampai rm750. Hahaha. Kaget aku. Tapi aku malas nak kisah aku pun go on je la. Tutup mata la tekan book hehe. Lepas tu bermula la episod hitam ku
First problem. Aku nak masukkan additional documents. Kejadah apa la nak book siap kena ambik gambar front card visa tu and gambar ic. Masa mula mula aku dah macam apa benda ni. Tapi sebab percaya dan inginkan percutian yang seronok aku pun buat je la. Walaupun aku rasa cam annoying and menyusahkan aku. Nak transfer bagai. Serious annoyed. Then lepas aku dah transfer semua dah settle try nak procceed, server plak buat problem. Menyirap bukan kepalang aku. Berjuta kali doh try tapi still sama. Pastu call agoda banyak kali macam nak gila. Guna international hotline pun tak dapat. Plus kat agoda punya website, hotline untuk malaysia aku try dial banyak kali semua tak dpt. Aku kena google kat somewhere else website and then jumpa la no telefon agoda.
Agoda patutnya update la nombor telefon kat website korang tu. Kalau papehal camne nak contact. Takkan nak email jeee. Dah la balas dalam masa 24 jam. Tak tenang aku tunggu dalam masa 24 jam tu. Lepas dah email dapat jawapan lambat la gak. Pastu try reload guna browser lain. Sekali boleh. Ingatkan episod hitam ni akan berakhir. Then aku try la proceed booking. okay settle just nak buat payment. Aku punya ni non refundable punya. Sbb aku malas nak perhabis duit bebanyak. Sebab aku pasti akan pergi. Aku taknak cancel kan. So ambik je la yg murah.
Sekali agoda hantar email cakap tak boleh authorize visa aku. Aku pun dah macam urghh?? Asal plak. Takkan tak aktif lagi sbb aku pun baru lepas buat. Pastu terpaksa la call maybank semua. Maybank cakap aku kena set kan amount debit card limit. Apa ntah. So aku dah setup. Okay so aku pikir dah nak settle. Semangat ni nak call agoda. Ha lupa nak cakap. Agoda hantar email kat aku lepas tu, diorg dh cancel booking aku sebab aku tak settlekan payment, aku try nak call agoda tapi susah nak contact. Camne aku nak jelaskan. No telefon pun tak jumpa. Jumpa kat website lain kot. Urghh aku dh start tension. Lepas visa dah settle aku call agoda lepas jumpa no telefon diorg tu, aku cakap la ada masalah dengan payment lepas tu agoda dah cancel booking aku before aku sempat settlekan problem aku.
Then dia tanya aku pakai kad debit ke kredit. Aku cakap la aku pakai maybank debit card yg ada visa tu. Then dia cakap agoda mmg tak guna debit card. What???? So sia sia la buat visa bagai. Aku buat semua tu untuk agoda kot sbb senang nak book hotel. Dia cakap agoda just pakai kredit card. Tapi aku search kat blog banyak yg cakap diorg pakai debit card takde masalah. Aku dh start confuse. Dia cakap ada yg lepas pakai debit card ada yg tak ikut nasib lah. Aku dah sedih la kan. Aku malas nak pakai credit card aku taknak berhutang kalau boleh. Menyusahkan aku je nanti. So orang tu cadang guna paypal. Hmm dah satu hal aku nak search pulak pasal benda tu. Aku memang pernah dengar pasal paypal tu tapi aku risau la. Macam rumit. Mungkin orang lain biasa tapi aku ni baru nak berjinak jinak kan nak guna online online ni.
So dengan semangat bercuti yang masih bersisa aku pun try la sign up account paypal. Masalahnya aku tak paham sangat. Aku dah penatt. Then aku rasa cam nak give up je. Kalau call hotel tu direct dah sah sah mahal dia cas. So aku pun termenung mengenang nasib ku. Hahaha syahdu doh. Pastu aku teringat booking.com. hah situ pun macam agoda tapi mahal sikit. So aku try la sign up carik hotel yg sama and rate dia. Rupanya rate dia sama dgn agoda tapi diorg dah included dgn tax and service. So basically harga dia sebijik dgn agoda lepas tambah tax dgn service. Wehhhh tipah tertipu. Kan senang kalau aku pergi booking.com je dari awal. Urghhhh.
Menyusahkan diri betul. So aku tak buang masa terus book. And guess what. Tak sampai 10 minit pun. Nak book dgn agoda ambik 2 hari. And apa yg buat aku seronok sangat sebab booking.com ada kasi free cancellation sampai tarikh tertentu. Agoda pun ada tapi lebih mahal rate dia. So malas aku. Dengan free cancellation kita boleh cancel anytime and anywhere tau. Plus kita punya debit card tak dicas pun. Dah sampai sana baru kita bayar nak pakai visa, cash, credit card semua boleh. Omg so easyyyy. So bagi kita yg macam tak percaya pada benda online ni takde la rasa risau dan sangsi gitu hehehe. Tapi booking.com ni takde point macam agoda. kalau kumpul point banyak mmg untung tu. Hehe. Tapi process dia yg rumit dan susah nak contact buat aku menyampah tahap gaban. Booking.com sebijik je macam agoda, beza dia bayar kat hotel. And process pun bape minit je. Memang senang la.
So kepada pengguna setia agoda jangan la terasa hehe. Aku cuma menceritakan pengalaman aku dalam menyettlekan process rumit agoda ni. So from now on aku akan avoid agoda. (Untill agoda improve their service)
Assalamualaikum semua, adakah anda sudah sedia untuk melayan angan angan saya sekarang ini hahaha.
Disebabkan aku tak boleh nak tidur, so aku decide nak tulis entry pasal futher study abroad from malaysia gitu. Hahaha. Lately ni aku selalu cerita pasal ketidakpuasan hati aku hahaha. Poyo kan. Always negative. Sebenarnya buat camtu sbb takde tempat nak luah. U know bila u takde bff yg boleh dipercayai kat sini. It suckss. Okay itu bukan pointnya.
Masa aku tengah scroll instagram i. Aku ternampak my old friend upload gambar dia kat tempat dia study sekarang. Let call him as Zul. Zul ni memang budak top 10 la masa sekolah dulu. Dalam kelas asyik dia je nombor one. Huhu hebatkan. I dapat tau dia masuk INTEC under uitm. Dia macam programme before study luar negara. Macam korea, japan, uk and macam macam lagi. Serious jelesnya weh. Aku pernah berangan nak sambung belajar kat luar negara. Terutamanya korea tapi sbb aku ni memang ada masalah tak boleh makan makanan pelik especially makanan korean and japanese. Aku batalkan saje niat tu. And student kat korea pun cakap makanan halal agak susah nak dapat kat sana.
Aku ni plak bukan orang yang boleh starving. Aku maybe boleh berdikari jauh dari family urus diri sendiri. But soal makanan aku sangat memilih and nak macam malaysia. But aku still nak study luar negara hahaha mengada kan. Sebab tu aku nak cuba pelbagai food supaya aku tak terkejut beruk nanti.
Okay sekarang ni aku tgh memasang cita cita untuk study kat uk hehehe. Poyo siakkk. Ahhh persetankan budak budak yang cakap i berangan. Aku nak cuba. Dapat pointer baik and study abroad. Even aku ni just budak kptm. Insyallah. I will prove it. Kalau tak dapat takpelah i redha. Maybe ada hikmah right. So aku nak start improve english aku yg kucar kacir ni. Konon spm english A. Heh padahal omputeh tanda kertas aku gred aku just "C" u know that. Malu aku. Biarlah benda sudah berlalu.
Tapi aku ada masalah homesick sikit. Huhu. Aku bukan rindu kan family sangat. Ceh padahal sebulan tak balik macam nak mati. Aku sangat rindu tempat aku membesar. Sekarang ni belajar kat johor pun asyik balik. Tapi aku just balik bila ada public holiday or cuti lama sikit. Kalau banyak public holiday sebulan banyak la balik umah huhu. Bila aku cakap dengan orang aku belajar johor semua cakap jauh. Batu pahat je weh bukan jb ke sarawak ke. Kat sini ada kawan aku yg duduk kluang belajar kat batu pahat je. hehh Sangat tak mencabar and tak cukup berdikari. Weh sampai bila kau nak duduk celah ketiak Mak kau. Tapi aku memang tabik kat budak budak kelantan yg study kat sini. Jauh bapak hanggg. Semangat tuu. Wa tabikkk. Mesti hati sangat kental tatkala semua kawan kawan asyik balik rumah. Biasalah budak sem 1 homesick dia over sikit. Kalau ada member yang asyik nak balik tiap minggu tu memang mintak kaki. Kalau takleh jauh dengan family mohon takyah belajar la. Pergi masuk sekolah tu balik haiyaaa.
Haaa berbalik kepada nak sambung study. Walaupun baru lepas spm. Tapi ada member aku yg dah study kat jakarta la macam macam. Aku pun pelik. Bagi aku kalau baru lepas spm tu takyah la sambung kat luar negara. Sebab korang tu baby lagi hahaha lol. Hati belum kental. Duduk dulu dalam negara ni and then belajar independant dulu. Kalau dah rasa okay sikit baru sambung kat luar negara masa degree ke or master maybe. Tapi aku ingat nak study sampai degree je. Sebab aku taknak susahkan mak aku dok bayar kos hidup aku ni. So aku plan kalau result aku gempak aku akan usahakan study kat uk. University pun aku dah pilih. Nama dia manchester metropolitan university. Aku ingat nak ambik film or teruskan je Course graphic aku ni. Dekat manchester agak senang dapat makanan halal. So takde la kebulur. Plus duit elaun kat uk agak mencukupi. Kalau boleh dpt biasiswa lagi best. Tapi as student of course kau kena kental maaa. Hadapi all ujian tanpa keluarga di sisi. Sound lonely right hehe. Mana tau hang dapat mat saleh kaaa jadi suami. Berangan siakkk.
Benda ni cuma terjadi kalau aku improve english aku. Ada sebab kenapa aku study luar ni. First sebab aku nak improve kan confidence level plus nak pengalaman hidup sendiri. Camne nak survive sendiri without family. Hidup kat luar negara sangat mencabar okay. Perbezaan budaya dia. Bahasa semua tu cuaca bla bla bla. Duduk johor pun aku dapat rasa perbezaan hidup and sosialism kat sini. Rasa cam nak stay je dalam selangor tu. Tapi bila fikir balik apa salahnya belajar kenal negeri org. Faham perbezaan pemikiran. Itu yang buat kita lebih matang. Aku ni bukan anak orang kaya. Family aku orang biasa je. Mak aku tak sambung belajar pun. Tapi mak aku sangat berdikari. Lepas spm masuk kelas menjahit menaip pastu cari kerja. Skrg gaji dia dah cecah ribu jugak lah. Standard gaji untuk orang yang pendidikan tak tinggi mana . Tapi dia still bersyukur dengan apa yang dia ada. Family aku kira agak susah dulu and aku selalu merungut. Aku cakap kenapalah mak aku tak pandai and sambung tinggi tinggi so gaji banyak la sikit. Tapi mak aku cakap gaji ni lah yg sara kita sekarang ni. Mama tak pernah meminta duit orang.
Dia cakap camtu. Aku rasa dia dah cukup puas hati dengan hidup dia. Dia dah capai apa yang dia nak. Bagi dia duit tak menjamin kebahagiaan. Dulu aku ingt berjaya adalah apabila kau kaya and ada pendidikan yang tinggi. Actually kejayaan tu sangat subjektif. Sometimes gaji kau rm4000 tapi kau dh rasa puas hati and rasa dah berjaya dalam hidup. Sometimes kau ada gaji rm10 000 tapi still tak puas hati dengannya. Kau tak rasa kau dah berjaya. Belum cukup berjaya lagi so kau teruskan usaha. Everyone has their own goals in life. Aku mengaku aku seorang yang materialistik hahaha. Aku sangat suka duit and kedekut. Aku nak contohi mak aku. Dia tu kan sangat pemurah. Dia selalu utamakan anak anak. Dia lebih pentingkan makan minum kitorg. Tapi bab baju ke hehe dia suruh kitorg berdikari. Mak aku ni kan sangat pemurah dia ada potong zakat macam macam ah. Gaji dia buat potongan untuk kitorang adik beradik. Dia selalu fikir pasal masa depan kitorang. Dia banyak menabung. Sebab tu kitorang hidup dalam kesederhanaan.
Sekarang ni dah dua tahun lebih arwah abah tinggalkan kitorang. Bukan nak cakap apa sejak dia pergi hidup kami agak senang sikit. Rasa bersalah sbb lebih senang skrg compare masa abh ada dulu tapi mungkin itu balasan yg allah kasi sbb dia dah ambik sesuatu yang sangat bernilai bagi kitorang. Seorang ayah. Walaupun aku tak rapat sgt dengan abah tapi setiap kali raya aku akan rindu dia sangat sangat. Sedih hati ni bila fikir. Sebab abah sangat ceria masa raya and dia ramah dengan semua adik beradik dia pakcik makcik segala sedara mara lah. So jadi meriah. Sekarang ni semua tinggal kenangan. Aku dah lama tak melawat kubur abah. Mesti mak aku sangat sunyi. Kalau aku belajar luar negara sapa nak tgk mak aku. Itu pun kena fikir jugak.
Aku harap abang aku akan stick jaga mak aku. Sbb anak sulung lelaki wajib jaga mak dia. Mana boleh tinggal. Kalau dia tinggal siap diaa. Makin aku dewasa makin aku sedar pasal kehidupan. Aku ni memang banyak muhasabah diri and aku pandai bagi nasihat kat orang hahahaha. Rasa macam bagus kalau jadi guru kaunseling. Sebab i sangat bagus bagi advice. Ceh bajet. Adakah aku ditakdir menjadi seorang guru. Biar masa menentukan. Perlu kah aku menjadi seorang guru tuisyen. Ntahlah. Darah seni ni mengalir dalam darahku walaupun masa depan aku lebih cerah kalau pilih sains tapi aku still choose art walaupun benda tu risky. Kawan aku semua cakap why aku ambik art. They dont understand what i want. Tapi takpe biarlah aku study je skrg ni. Biar masa yang menentukan. Aku yang salah atau diorg yang salah. Tapi masyarakat tak patut pandang rendah pada seni. Antara math dan art, art lagi payah kau tau tak. Math tu kalau tau formula kira boleh la kan. Dalam seni kami tak diajar nak warna bunga rose. Semuanya sendiri. Lecturer just suruh buat task tu. Dari situ kami develop skill kitorg. At least math tu lecturer ajar. Ingt senang nak lukis balik bunga rose contoh sebijik sebijik. Semua urat dia kena real. Do u think its easyyy. No wayyy. Nothing easy in this world. Even nak kerja sapu sampah pun susah. Minat je yang mampu buat kau survive. Lagi satu art ni nak siapkan satu artwork ambik masa tau dak. Kadang sampai tak tidur malam. Ada orang buat math tak tidur malam. Haish takde kan. Jarang kott. Kalau ada pun maybe dia sangat tekun. So janganlah pandang rendah. Budak budak art ni cool tau sebab diorg ni creative. Besttt thats why i choose art sebab nak hidup dalam kehidupan yang berseni gitu. Kerjaya yang berseni hahahaha. Mengada kan. So budak art janganlah rendah diri. Aku selaku ex budak sains sangat tabik ketekunan budak art. Sebab budak sains takde buat kerja kena reject by lecturer. Tapi budak seni susah payah buat artwork pastu kena koyak kena reject. Dont u know the feelinggg. Memang down habis. Kadang cam nak bertekak je dengan lecturer apa yang dia tak suka semua. Sebelum kitorang buat assignment selalu kena tunjuk gambar as subject matter. Lecturer aku selalu reject gambar yg aku ambik. And selalu aku mempertikaikan keputusan dia hahaha. Aku selalu ask sir aku asal gambar ni taknak. Pastu pertahankan angle yg aku ambik. Hahaha lol. Mana tak geram dalam banyak banyak gambar yang aku ambik semua dia taknak. Punyalah merata aku snap dia taknak. Kejadahhhh. So aku paksa gak sir tu. And bagi reason asal nak reject. Kadang kau tak leh jadi skema sangat ikut sir tu. Lukis sesuatu yg kau mampu and of course takkan meninggal hahahaha. Kadang sir tu pilih gambar yang macam nak kasi kau meninggal. Dia tak tau ability korg so dia main pilih je. Its ur decision tu take the challenges or simply make something that u'r afford. Dah la i nak tidurm battery pun dh nak kong. So goodnight everyone. I patutnya cerita pasal sambung study but aku dah melalut ke mana ntah. But guys wish me luck. I hope my dream comes true. Amin~
Hye guys. Okay we straight to the point. So pada budak yang nak apply seni kat uitm. Korang kena bawak portfolio. Takde portfolio diorg tak pandang. Im telling the truth. Disebabkan lukisan aku tak banyak diorg bukak sekilas je. Langsung tak tengok betul betul. Aku agak terkilan dengan panel tu. Panel tu bukan nak tau pasal aku malah dia bebel kat aku. Urghh rasa geram. And korang mesti yakin and confident boleh bawak subjek tu. Ramai sangat lepasan spm yg mohon seni. Gila ramai. So korang better bersedia. Kalau nak photography bawak gambar gambar yg korang tangkap. Kalau seni halus tunjuk painting korang. Yang nak fesyen tunjuk jahitan korang, bawak la baju kurung yg korang jahit ke hahaha. Kalau graphic tunjuk editing korang. Nak masuk uitm seni memang susah. Dari portfolio ni la diorg judge korang. Korang kena tunjuk artwork korang. Kalau takde portfolio peluang nak masuk memang tipis. So budak yang ambik subject art masa sekolah memang beruntung la sebab korang ada advantage kat situ. Patutnya aku ambik art dulu. Sebab korang akan ada portfolio scr tak langsung, kerja kursus yg korang buat masa spm tu boleh jadi portfolio. So sesapa yang minat seni tu please tunjukkan korang minat and nak belajar. Tapi pastikan tunjuk drawing korang. Yela kalau cakap minat nak belajar tapi drawing langsung takde nampak sangat penipu kan hahaha. Show your passion to them. That is very important. And you need to prove them that you have that talent. That's gonna make them choose you to be one of their students. And lastly jgn nervous. Nervous tu yg buat diorg tak yakin nak pilih kita. So guys be confident and prove them that you're good enough for that course. Sekiann.