Tips Travel New Zealand yang korang perlu tahu
Salam perantauan dari New Zealand,Hi korang in 2 days I will go back to Malaysia for summer break. Sedar tak sedar aku dah tinggal di New Zealand for 1 and half years. Wow I never expect I will ever live in a foreign country in my life. Well rezeki tu Allah yang tetapkan. Alhamdulillah dapat opportunity untuk datang sini and tengok sendiri keindahan bumi yang isolated from the rest of the world ni. Aku tau ramai rakyat Malaysia yang beriya nak travel to New Zealand tapi tak familiar dengan culture and law di negara ni. Sebagai student yang dah stay kat sini and ada pengalaman travel around in New Zealand. There might be some input I can possibly share to you guys.
1) Transport
Kat New Zealand ni, kalau nak travel yang best untuk explore and stop at any scenic spot. Of course la dengan sewa kereta. Kat sini kita boleh guna lesen from our home country for up to 12 month. And the diorang guna left lane to drive similar to Malaysia, so korang tak perlu risau nak drive macam mana. Another choice korang boleh sewa caravan tapi korang kena ingat caravan tak boleh park sesuka hati kat sini. Kalau korang nak bermalam korang perlulah book accommodation kat holiday park yang disediakan di New Zealand. Kat New Zealand ada banyak choice nak sewa kereta tapi yang paling aku such guna is "Apex car" sebab murah and kereta cantik. Kat sini kalau nak sewa kereta korang please add on insurance and choose "zero excess" sebabnya if anything suddenly happen, korang takyah bayar pape. Ada term insurance yang korang kena paid in advance pastu baru boleh claim. Yang ni bahaya sikit if nasib tak baik cost sampai 10k mana nak cekau duit. Kat Apex dia punya zero excess terms boleh terus claim takyah pakai duit sendiri first if anything happen. And for first timer yang drive kat NZ please study their road signs and law supaya korang tak kena saman or memalukan rakyat malaysia. Cth passenger back seat kena pakai seatbelt. Kat bawah aku ada share link roadtest untuk tourist yang banyak manfaat. Sebab highway sini tak sama dengan Malaysia. Nak parking tak boleh sesuka hati macam kat malaysia unless kat dalam hutan hahaha.
Kat sini boleh jugak nak guna bus tapi aku sangatlah tak suggest. Nak tau kenapa? Sebab last time aku ambik bus dari Wellington to Auckland teruk sangat experience. Aku rasa ada lah lebih 10 kali bus stop untuk drop off and pickup passenger. Setiap kali tu dia akan announce kat mic. Sumpah Aku tak boleh tidur weh. Jalan kat New Zealand sangatlah berliku liku so takyah cakaplah aku yang jarang kena motion sickness pun boleh nak termuntah. Seat tak boleh recline so berhuhu je la aku masa tu. That trip was about 10 hours long so bayanglah aku had macam mana. Kalau korang nak bergerak dengan pantas dalam NZ ni tak lain tak bukan naik flight je la bang. Kat sini flight lagi murah dari bus sometimes and ikut nasib hang.
Driving test for tourist : https://www.drivingtests.co.nz/roadcode/tourist/
Recommended car rental company : Apex car rental
Holiday park company yang best : Top 10 holiday park
Low cost flight :
- Jet star
- Air New Zealand
5) Food ( Halal Food in NZ)
Kat sini tak perlu risau bab makanan. Sebab korang boleh masak sendiri hahaha. Kat supermarket ada certain chicken brand yang halal spt Brinks and Tegel. Inilah penyelamat kitorang. Untuk daging aku beli kat halal butcher which is ada kat big city or town yang banyak muslim. Inshallah ada. Kalau takde Ayam boleh, seafood boleh. Takpun sayur-sayuran pun bisa aja. Kalau korang singgah bandar besar macam Auckland and Wellington ada banyak sangat asian market yang dari barang dari Asian spt Malaysia, India, Indonesia, Korea, Thailand etc. So jangan risau tempeh ratus tu ada je sini. Maggi and Ramen pun ada. Macam macam ada. Setakat nak buat rendang tu lepas la. Btw kat Auckland and Wellington banyak restaurant halal. Ni aku kasi la list sikit
Wellington area :
1) Cinta Malaysia ( all Halal ) Chicken rice tiptop ! My Fav place kat sini.
2) Little Penang ( Can ask for halal option)
3) Papparich ( all Halal tapi mahal)
4) Abrakebabra (the best arab kebab yang I like) All halal
5) Garuda (Indonesian food truck at Night market/Sunday market) All halal
7) Forbidden City ( Chinese food cuisine - all halal)
8) Dapur Johor @ Capital Market (Ni tempt aku pernah kerja dijamin halal dan sedap)
9) R&S Satay Noodle house ( Sumpah sedap sizzling, ada pork tapi ayam and daging halal- owner Malaysian chinese )
10) Aroy Thai ( Thai restaurant, ayam je halal pakai Tegel, Daging tak halal)
11) Sushi B (Chicken halal- Tegel)
12) One Sushi (Chicken halal- Tegel)
13) Crabshack (Seafood and chicken only)
14) Burger Fuel (request halal option)
15) Curry Heaven (Indian restaurant tapi halal)
Yang ni info dari senior and Malaysian yang dah duduk sini lama. Korang boleh je masuk kedai mana mana nak makan tapi ambiklah yang seafood je or veggie je or kalau nak lagi comfirm jah dari pork apa semua ambik option vegan sebab dia akan tukar frying pan and pakai ingredient vegan je. Begitulah yang aku observe mereka ni.
Auckland area :
1) Uncle Man's K Road
2) Ayuttaya Thai restaurant
3)Uncle Man's event cinema
4) Chamate, Albert st
5) Chatime ( Try friend chicken dia macam uncle bob)
6) Paradise Buffet - Sandringham Road
7) Gangnam Style BBQ Korean - Takapuna
8) Cheecky chicken - Manukau
9) Milanos - Manukau
Yang Auckland ni aku tak sure sangat. So korang kena la nak ask the restaurant itself. Kat sini memang susah nak jumpa restaurant yang ada tepek halal logo kat kedai. So korang kena approach diorg sendiri.
Supermarket for groceries :
1) Countdown
2) Newworld
3) Park n Save
Okay kalau korang super extreme and ada bucket list macam aku. Weh silalah try benda ni. Like you will never see the view like in nz. And kalau nak experience it the best way thru skydive la geng. Aku tak try lagi but tu 2020 vision I akan kecapi insyallah. Kalau aku dah buat nanti aku update my blog ni wuhuuu. Kawan aku dah buat and they said it the best thing the ever done in their life. Like ever. Soooooo apa tunggu lagi. Mari kita kecapi sama sama. SKydivng kat Abel Tasman ada kat Queenstown or Taupo. Aku nak try yang Queenstown sbb I nak tengok view gunung salji hehehe
3) Visit Animal farm
Untuk family friendly punya travel aku cadang untuk try visit animal farm yang berlambak kat NZ ni. Ni la masanya adik adik nak lihat alpaca and berinteraksi dengan mereka ye. Boleh visit nevaleaalpacas kalau nak cuba bergomol dengan alpaca itu sendiri. Mereka sangatlah comel and friendly. So wajib visit. Korang boleh pergi zoo tapi zoo macam limited sikit interaksi so takyah la weh hahaha. Animal farm boleh bagi makan boleh belai2 kalau berani hehe
4) Skyline luge - okay kalau korang tak tau apa itu luge. korang google la, tapi aku guarantee korang suka main benda ni. Hanya ada di Rotorua and Queenstown. Dia macam kereta kecik yang kau guna untuk turun bukit without any power so basically guna gravity je and it super fun. The first luge in the world begins in Rotorua. So guys apa lagi mai la try.
5) Waitomo Glowworm Cave tour
Dah datang sini try la mask gua gua kat sini. Memang rare la masuk gua naik boat tengok glowworm kat dalam. Tapi kat sini ada 3 jenis gua Waitomo, Aranui, Ruakuri. Aku personally prefer Ruakuri sebab ada glowworm and korang boleh explore gua tu tengok limestone jugak. Sangat incredible. kat sini jugak korang boleh try Black Water Rafting yang Aku tak pernah try sebab kawan aku takut air tapi aku yakin ianya super fun hehehe.
6) Visit Lavender farm
Haa Kalau datang NZ time summer korang carilah any lavender farm to put in your itineraries sebab rugi tak pergi oiii. Kat New Zealand ni Kalau famous lavender of course la kat Lake wanaka, South Island. Kalau area dekat dengan Wellington, North Island. Boleh visit Ranui Essential Kadang diorang ada event lavender picking and stargazing boleh join weh. Aku hari tu dah sampai tapi sebab cuai tak tengok operation hours datang time farm closed hahaha sumpah kecewa teramat. Terpaksa balik dengan hati yang lara.
7) Horse Riding
Dah datang sini try la weh alang alang. Benda ni memang agak pricey tapi bagi aku experience tu takleh ditukar ganti dengan wang ringgit. Kat Queenstown ada Moonlight Stables for ultimate horse riding experience. Banyak lagi kat New Zealand yang berpatutan.
8) Impromptu scenic spots
Bila korang drive nak ke destination tu silalah aware of signboard kat tepi jalan. Kadang dia ada tunjuk scenic spots yang sangat menarik. Aku suka sangat stop kat any place yang aku rasa magnificent view dia. Aku suka cari spot-spot best untuk sunset and stargazing. Sebab 2 benda tu korang boleh buat free and as someone yang suka nature its totally refreshing untuk aku.
Okay Guys tu je la kot aku boleh share setakat ni. Kalau ada lagi nanti aku share yang lebih details macam North Island trip iti ke okay spot spot best nak pergi. Aku dah ngantuk so kena berundur dulu. Kalau korang rasa bermanfaat entry ni silalah leave any comment kat bawah. hehehe. Bye korangg and jump lagi in next post yang tak tau bila. hehe