Looking back : Apa cita cita saya ?

Wednesday, August 11, 2021 EJ 1 Comments


Hii Semua
Happy bulan kemerdekaaan to all of my fans.

Ceh perasan ada fans. Orite aku tau my blog ada traffic but memang tak lah fans. Anyway thanks for visiting my blog. Actually kan bila pikir sejenak, sebenarnya it's been a while since i have my blog ni. Aku giat berblogging ni since korang tau tak zaman blogger blogger famous tengah naik macam hanis zalikha, The other khairul, cik epal, Fatin liyana. Pergh rindu gila zaman dulu where kau boleh make a content dgn writing je. Skrg zaman dh berubah and everyone dah shift to vlogging kat youtube. And yeah aku sangat rindu zaman blogger ni. Sebab aku pun minat membaca and dengan reading kau ada banyak imaginasi. 


Okay topic hari ni kan, aku dapat idea from podcast sterk actually hahah. Sebab dorang sembang pasal cita-cita diorang masa sekolah. Lately ni aku memang asyik layan podcast. And if korang tau any great and fun podcast yang boleh aku layan. Comment kat bawah or dm akh please. I need it uhuks. Balik pada topik, when I look back there was a few dreams la for myself. Angan-angan la konon. Dulu kan, aku sebenarnya nak jadi seorang kartunis. Aku dulu sangat obses dengan section komik dekat surat khabar sampai aku potong from it and tampal dalam buku nota aku. Nostalgik gila haha. Ni la budak budak zaman 90's punya hobby tau tak macam sekarang. Anyway aku memang minat melukis and membaca pun.  Dari kecik majalah kegemaran aku "Ujang, Asuh, Bintang kecil". Ni masa aku sekolah rendah la. Idk if you guys remember la zaman kegemilangan magazine kat malaysia. Where masa tu still ada demand for it. Majalah asuh tu kan aku beli every month weh. Aku banyak sangat buku dulu sbb mmg minat. Tapi, aku tak baca buku pelajaran. Aku suka baca buku cerita or fiction la. Aku suka gi library penuhkan buku nilam.  And bila pergi pasar malam, orang cari makanan. Tapi aku cari akan gi kat uncle yg jual buku buku cerita kanak2. Ni zaman kecil kecil dulu la. Sekarang ni aku dh normal balik, aku cari makanan hahaha. Tu yang berat naik tak ingat dunia ðŸ˜‚


And then masa pun berlalu, aku pun menginjak ke zaman high school di mana aku bertukar angin ke komik pulak. Aku ni antara penyeludup komik la kat sekolah dulu. Juga sebagai seorang comic collector, aku decided to share with my good friends but you know, with great power comes with great responsibility. Hahaha. Ini adalah bisnes rahsia aku selalu seludup bawak pergi sekolah and sewakan komik tu kt kawan kawan aku, murah je hahaha. 1 komik 20 sen tak silap. Aku ingat lagi. Mmg tak profitable tapi sebab kawan kawan kan. And plus kumpul komik tu hobby and why not menyebarkan mazhab komik ni kat kawan kawan aku. Baru dapat melahirkan ramai otaku 😂. Anyway aku ada berkotak collection comic aku from gempak starz series.  And semuanya masih dalam keadaan elok lagi. Tu macam harta karun aku la. Aku ada fikir nak let go je tapi kenangan kan. Sebab dulu berangan nak bukak kedai cafe komik hahaha. Quite nerd gak la aku punya impian dulu. 


Lepas tu bila aku habis sekolah, aku start layan buku fixi and Iamlejen. Korang tau tak? Masa tu la aku start expose tu Novel genre indie. Masa zaman sekolah aku baca gak novel tapi mostly from mainstream publisher macam karangkraf, media prima, PTS dan sebagainya. Buku Fixi ni dorang lari sikit dari mainstream genre. Basically dorang lebih open dengan penggunaan bahasa yang lebih realistik and santai. Pastu tak banyak censored sgt swear word ke apa. Story dia banyak fantasi tapi cara pergaulan dalam buku tu banyak representation of cara kita bercakap in reality. So aku pun memang layan ah. Plus aku dah bosan baca novel cinta remaja. Aku nak baca buku genre yang thriller, horror or drama pulak. Bila aku minat sesuatu tu kan aku automatic jadi collector. And macam biasa aku kumpul berkotak kat rumah tu jadi harta karun. Sekarang ni aku memgumpul gadjet pulak. Sebab takde duit je, kalau aku berlambak duit, memang macam macam aku upgrade weh.

Dari 1 cita-cita banyak gak aku elaborate hahaha. Maaf la aku memang suka bercakap. Kadang-kadang nonstop. Anyway itu la antara salah satu cita-citaku 10 tahun dulu. Iaitu menjadi seorang kartunis. And ada jugak aku terpikir nak jadi graphic designer. Tu pun sebab aku ingat boleh design cover buku komik or novel hahaha. Itu je tbh aku ingatkan kerja as graphic designer. Berpandukan cita-cita itulah aku ambik graphic design kat KPTM. And I think it was the best decision for myself. I am so proud to see how much knowledge I have received until now. It was life changing. Tapi sekarang ni aku kat bidang lain pulak iaitu filmmaking hahaha. Seriously guys, we cannot predict future. You never know bro what's there for you. Tapi bila ingat balik, sebenarnya aku dah start minat buat video masa aku 16 tahun lagi. First video aku buat aku submit for competition. Kelakar gila ada lagi kat youtube. Tu aku punya debut video and acting career aku hahahaha. It was damn hilarious. Noob

Conclusion dia kan aku nak cakap from this, anything you going for your life kan. Make sure it comes from your heart. Not from other people, not from society pressure, not because of work demand. That's the only mindset you should go with. Tbh ramai sangat yang aku kenal yang tak kerja bidang yang dorang belajar. Because their passion is something else. I mean that's okay too but if you discover yourself dah minat certain subject why not just go for it? Even if it doesn't work out you won't regret it. Sebab kau dah cuba and kau dah face the challenge. Aku selalu bagitau orang sekeliling aku benda ni. Hahaha ada yang belajar accountant sampai abroad tapi aku tengok potential dia kat filmmaking. Terus aku push potential dia untuk belajar buat video ke apa dengan aku. Sekarang dah pandai budak tu. Bagi aku when there's a will there's a way. Ada sorang kawan aku ni dia belajar physiotherapy and dah kerja dah pun bidang tu and gaji solid. Lepas tu dia quit everything and decided to study animation. I have mad respect for him sebab ada courage to do that. And he decided to start over at the age of 25 and still bila graduate dia dah 27 camtu. See, nothing is impossible. At the end of the day, kau akan buat apa yang kau minat jugak. Tbh it really depressing to come to work everyday and hate your job. If we want to get paid why can't we get paid with a smile on our face right? Ceh dah macam pakar motivasi pulak. Well if ada any publisher baca blog ni mana tau nak offer aku tulis buku ke. Walaupun aku tak reti nak tulis secara serious aku boleh cuba. Macam menarik gak hahaha. Anyway itu je kot aku nak sembang hari ni. 
Dont forget to leave comment below or you know you guys can reach me on my social media kalau nak berdiskusi lebih mendalam tentang ini. And kalau tegur aku tu cakap la coming from my blog. Kalau kau randomly cakap hi pastu nak berkenalan aku memang tak layan doh 😂 

FB : Eqa Jamal


See you guys around soon :)




You Might Also Like

1 comments:

bellemazlan said...

You make me moved by your inspiring words :’)